Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, December 23, 2011

GEMPARRR..!!! INILAH PM KITA KALAU PAKATAN HARAM JAJAH PUTRAJAYA..!!!?


Siapa yang tak kenal dengan Professor Aziz Bari.., beliau sejak akhir-akhir ini sudah menjadi penyokong kuat Pakatan sampaikan sanggup meninggalkan jawatan yang beliau sandang di sebuah institut pengajian tinggi ternama negara.

Tapi pernah tak kita fikir, kenapa Professor sebijak Aziz Bari menyokong Pakatan Rakyat? Kenapa Aziz Bari tak menyokong kerajaan yang selama ini memberikan sumber pencarian padanya? Betul kah Aziz Bari menyokong penuh kepimpinan yang ada pada Anwar Ibrahim?

Ini le bakal PM tu kotttt..?

Bagi sesetengah pemerhati politik dalam negara, Aziz Bari sebenarnya sedang perjudikan nasib serta masa depannya dengan menyokong Pakatan. Dan beliau dilihat bukan percaya kepada Anwar, tetapi Aziz Bari lebih fokuskan kepada gaya kepimpinan Nurul Izzah.

Siapa tahu, mungkin Aziz Bari menganggap, jika Pakatan menang di PRU13 nanti, akan ada jawatan dalam kabinet untuk beliau. Itu jika Pakatan mampu menewaskan gergasi Barisan Nasional.., tetapi kalau Pakatan kalah.., habislah Aziz Bari..

Kenapa dikatakan Aziz Bari lebih fokus kepada Nurul Izzah dan kurang yakin dengan kepimpinan Anwar? Baru-baru ni semasa satu program diskusi khas di Kelab Shah Alam, Aziz Bari dengan terbuka dan bangganya menyokong Nurul Izzah sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Ketika mahu memperkenalkan Nurul Izzah sebagai antara panel yang hadir, Aziz berkata..,“Saya perkenalkan, bakal Perdana Menteri Malaysia, Nurul Izzah Anwar….”. Pengumuman itu telah mengejutkan semua hadirin di dewan utama kelab tersebut.

Nurul Izzah turut kelihatan terkejut dengan kenyataan yang diluar jangkaan dari Aziz. Tony Pua, Dzulkefly Ahmad dan Ambiga Sreenevasan yang ada disitu juga turut tersentak. Ramai berpendapat, Aziz Bari terlalu awal mengampu “bakal Perdana Menteri Malaysia” tersebut.

Persoalannya sekarang, kenapa kenyataan Aziz Bari tu dibuat ketika Anwar Ibrahim sedang didalam kemelut perbicaraan di Mahkamah? Kenapa Aziz tak memikirkan perasaan Anwar yang sedang menunggu keputusan perbicaraannya yang dijadualkan 9 Januari ni?

Semua ini bukan saja menunjukkan Aziz memang menganggap Anwar akan jadi penunggu dalam Penjara Sg Buloh, tapi professor tersebut sedang cuba mempromosi Nurul Izzah sebagai ikon baru dalam Pakatan. Aziz Bari nampaknya memilih kem Nurul Izzah berbanding dengan Kem Azmin Ali.

Masalahnya sekarang, dimana Aziz Bari hendak campakkan Azmin Ali yang juga disebut-sebut sebagai pengganti Anwar? Cukupkah Azmin jadi MB Selangor jika Pakatan menang besar di PRU13 nanti? Bukankah Azmin telah “direstui” oleh Anwar disetiap pemilihan parti? Jadi bolehkah Azmin tunduk pada Nurul?

Aziz Bari mungkin lupa.., Azmin sudah banyak “melabur” untuk sampai ketahap kedudukannya sekarang. Bukan senang Anwar nak lupakan “jasa-jasa” Azmin terutamanya ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Jadi, untuk mengatakan Nurul Izzah menjadi bakal Perdana Menteri jika Pakatan memerintah, ianya amat sukar untuk diyakinkan. Selain Azmin, PAS dan DAP juga mempunyai calon mereka sendiri jika Anwar merengkok dalam penjara. Apakah Aziz Bari yakin mereka semua akan setuju dengan Nurul Izzah?



Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

PRINTKAN GAMBAR ADAM ADLI YG DALAM KEADAAN BOGEL DAN TUT TUT TUT TU DAN BUAT BUNTING ATAU BANNER DAN GANTUNG DI SEMUA TEMPAT PUAK2 JAHANAM TU NAK BUAT PERHIMPUNAN DAN HANTAR SATU KEPADA BAPAK DIA.NASRUDIN PAS,AWANG HADI,NIK AZIZ DAN SEBARKAN DISEMUA MASJID DISELURUH MALAYSIA.. ADAKAH INI MANUSIA BERIMAN ? ADAKAH UMAT ISLAM WAJIB BELA KEPADA INSAN KUFUR INI? ADAKAH PAS SANGGUP BERSUBAHAT DENGAN PENGAMAL HOMOSEKSUAL?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!