Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, December 20, 2011

GEMPARRR..!!! CINA PENANG MENGAMUK..!!! DAP HAMPIR HANCUR DI"KUNG FU"KAN..!!!

Keputusan Ketua Cabang KeAdiLan Bukit Gelugor, Lim Boon Chang untuk keluar dari PKR memang sudah dijangka. Awal-awal lagi sudah ada desas desus mengenai niat beliau untuk meninggalkan parti kerana perselisihan fahamnya dengan pemimpin tertinggi DAP negeri.

Didalam pentadbiran Kerajaan Negeri DAP P.Pinang, Lim Boon Chang telah lama disifatkan sebagai duri dalam daging kepada Pakatan rakyat. Apa taknya, setiap keputusan yang dibuat oleh DAP, beliaulah yang menjadi “pembangkang” dikalangan rakan-rakannya.

Yang terbaru, Lim Boon Chang telah mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri DAP didalam Skandal sPICE yang membabitkan ratusan juta ringgit wang rakyat. Beliau membuat bantahan mengenai projek sPICE tersebut kerana tindakan Lim Guan Eng dikatakan memberi projek tersebut secara runding terus (direct nego) kepada syarikat Eco-Meridian Sdn Bhd.

Itu merupakan faktor utama Ketua Cabang KeAdilan Bukit Gelugor kembali untuk menyertai Gerakan di P.Pinang. Beliau nampaknya tak mampu lagi bersekongkol dengan DAP negeri dalam perbuatan menipu wang rakyat. Beliau juga tak sanggup lagi bersama PKR menjadi kuda tunggangan kepada DAP di negeri itu.

DAP di P.Pinang selama ini jelas telah mempergunakan PKR serta PAS bagi menarik sokongan bangsa melayu dan India. DAP juga menjadikan PAS dan PKR sebagai “tukang cuci najis” kepada semua kezaliman yang wakil DAP lakukan terhadap rakyat negeri yang berbilang kaum.

Malah, kepimpinan DAP negeri mengamalkan sistem diktator didalam membuat semua keputusan. Bukan saja Lim Boon Chang tak berpuas hati dengan keadaan tersebut, malah Timbalan Ketua Menteri II P.Pinang juga menerima akibatnya baru-baru ini apabila menyuarakan hak kaum india dalam DAP.

Inilah realitinya kisah dalaman pentadbiran DAP di P.Pinang. Seluruh rakyat negeri itu sedar bahawa PKR dan PAS tak “wujud” dalam pentadbiran negeri. PKR dan PAS juga langsung tak diberi peranan dalam terlibat dalam perjalanan politik P.Pinang malah PKR dan PAS hanya berfungsi sebagai “penjaga pintu” sahaja didepan “rumah” DAP.

Disebalik semua itu, Lim Boon Chang mungkin sedar, PKR adalah parti yang semakin hilang sokongan rakyat serta bakal karam di Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Disaat Anwar Ibrahim sibuk menangani kes liwatnya di Mahkamah, PKR kini dilihat sebagai parti yang tak mempunyai hala tuju. Siapa yang mahu lagi bersama dengan parti yang terumbang ambing seperti PKR?

Penghijrahan kembali beliau ke Parti Gerakan pastinya menjadi inisiatif dalam usaha menguatkan parti tersebut yang kini dalam usaha melakukan transformasi. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon juga pastinya mengalu-alukan kemasukan kembali Lim Boon Chang yang sebelum ini sudah 15 tahun berbakti kepada Gerakan.

Kembalinya anak mendiang Lim Chong Eu kepada parti Gerakan harus dilihat sebagai signal kejatuhan DAP di P.Pinang pada PRU akan datang. Jika Gerakan kembali kuat, DAP akan secara automatiknya lemah untuk mempertahankan kedudukannya di negeri itu.


Sumber:klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!