Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, December 11, 2011

GEMPARRR..!!! BUKTI GUAN ENG "SKODENG NENEN" MASA NAIK KAPAL SELAM..?!!!

Guan Eng submarine

"Aiyaaa...talak nampak la itu nenen..ada orang lindung laaa..kasi tepi la sikit..gua mau skodeng ni..."

Pakatan Haram hanya mampu menghantar seorang saja wakil untuk meninjau kebolehan KD Tun Razak, kapal selam jenis Scorpene yang dibeli Kementerian Pertahanan di Langkawi International Maritime and Aerospace 2011. Walaupun ramai dikalangan pemimpin pembangkang dijemput, namun hanya Guan Eng saja yang hadir.

Itupun, Guan Eng terpaksa membawa beberapa orang konco-konconya sebagai peneman ketika dibawa menyelam bersama KD Tun Razak. Akhirnya, dia akui juga bahawa kapal selam yang selama ini dikutuk dan difitnah tidak mampu menyelam, terbukti mampu menyelam lebih 90 minit di bawah paras laut…

Bagaimanapun, sempat juga Guan Eng cuba memutar belit tentang kapal selam itu. Kononnya, Pakatan Haram tidak mempertikai tentang keupayaan kapal selam itu menyelam atau dari sudut teknikal, namun mereka mempertikaikan tentang harga kos pembelian kapal selam itu yang dikatakan sangat tinggi.

“Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam”, kata Guan Eng kepada media sejurus selepas “mabuk laut” bersama KD Tun Razak.

Mabuk ke apa, Guan Eng? Lebih 3 tahun para pemimpin Pakatan Haram memperlekeh KD Tun Razak kononnya tak mampu menyelam dan banyak kekurangan. Alih-alih, Guan Eng kata mereka tak pertikai tentang keupayaan atau teknikal? Kepala hotak dia! Nampak sangat menipunya…

Menjawab kepada pertikaian kos KD Tun Razak yang dikatakan sangat tinggi, saya menyatakan memang benar kosnya tinggi. Jadi apa masalahnya? Tahukah Guan Eng dan semua pemimpin Pakatan Haram bahawa sesuatu yang dilengkapi dengan peralatan ketenteraan yang sofistikated, canggih dan termoden perlu dibayar dengan kos yang tinggi?

Sekiranya Kerajaan memesan sebuah kapal selam “kosong” yang hanya mampu menyelam saja tanpa peralatan-peralatan ketenteraan, sudah tentulah harganya murah sahaja! Nak buat apa dengan kapal selam “kosong”? Nak suruh TLDM kejar ikan tenggiri atau ikan pari di dasar laut?

Takkanlah Kerajaan nak beritahu para pemimpin pembangkang tentang spesifikasi khas yang dipesan bersama pakej kapal selam itu? Itu semua rahsia Kerajaan. Takkanlah nak didedahkan kekuatan peralatan pertahanan negara dikhalayak umum atau kepada para pemimpin pembangkang?

Lagipun, boleh percaya ke para pemimpin Pakatan Haram ni? Tak diceritakan rahsia Kerajaan pun mereka sebok keliling negara memburuk-burukkan negara. Apatah lagi kalau diceritakan rahsia pertahanan negara. Dijualnya pada musuh diluar sana pulak nanti.

Alah..sebelum ini pun bukan kita tak tahu banyak rahsia Kerajaan yang dibocorkan kepada pihak luar. Kalau tak percaya, tanya Anwar Ibrahim. Berapa banyak rahsia Kerajaan yang telah dijual kepada negara asing ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Alaahh..macamlah orang tak tahu! Tiba-tiba saja US tahu itu dan ini pasal hal dalaman Malaysia dulu…

Kos KD Tun Razak tinggi disebabkan oleh spesifikasinya yang termoden, ketepatan yang terbaik, peralatan yang terbaik dan sebagainya. Memandangkan spesifikasi itu dirahsiakan (hanya beberapa pihak saja yang tahu, menteri BN pun ada yang tak tahu sebenarnya), maka pembangkang ambil kesempatan pula mempertikaikan perkara kos tersebut. Kita pun tahu lah taktik busuk pembangkang tu…

Pada saya, hanya puak-puak yang malas berfikir saja yang akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang itu. Kononnya komisyenlah, itulah, inilah..padahal semua tu tipu belaka! Sengaja pembangkang mahu mempermainkan minda rakyat untuk memburuk-burukkan Kerajaan.

Demikianlah perangai puak-puak pembangkang berlidah biawak macam Guan Eng. Dibiaya percuma merasai pengalaman menaiki KD Tun Razak pun lagi mahu komplen banyak. Orang kasi kek hitam dan 4 set kek najis pun tak reti berterima kasih. Dituduhnya pula UMNO yang buat, padahal terang-terang NGO-NGO yang mengaku hadiahkan kek-kek itu. Aparaaaaa..!!!


Sumber: Klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Tentang kos yg tinggi tu, kena ingat TLDM bermula dari zero tentang kapal selam. Aku rasa sebelum ni ramai pegawai tinggi TLDM yg tak pernah jejak kapal selam pun. Jadi byk kos utk persediaan dan training.

Kos yg tinggi tu termasuk kos training. Bila nak belajar dari zero tentulah banyak nak kena belajar. Dah tu kena belajar di France sebab di Msia tak ada siapa yg boleh ajar dan makan masa hampir 2 tahun.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!