Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, December 12, 2011

Dakwat Kekal: Anwar Tetap Akan Mencetus Kekecohan..?

Anwar ambiga

Berita terkini mengenai penggunaan dakwat kekal pada setiap Pilihanraya Umum di negara ini telah dimuktamadkan apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, mengesahkan bahawa dakwat kekal yang pernah diuji sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008, boleh dipakai pada PRU ke-13 sekiranya bahan kandungannya masih sama.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penggunaan dakwat kekal seperti yang dipersetujui Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen, pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kandungan bahan yang akan digunakan.

Dengan itu, maka dianggap isu penggunaan dakwat kekal oleh pengundi pada setiap PRU di negara ini telah selesai. Dan saya kira, sudah tentu ia bakal memuaskan hati ramai pihak, terutama puak pembangkang dan Bershit 2.0 yang mengambil tindakan bodoh dan tidak bertamadun untuk meminta sesuatu yang boleh diminta dengan cara yang sangat mudah dan elok.

Namun, percaya atau tidak, pembangkang tetap tidak akan berpuas hati dengan keputusan tersebut dan tetap akan buat kacau pada PRU ke-13 kali ini. Nak tahu kenapa?

Menurut sumber, puak pembangkang dah “all out” untuk PRU kali ini. Salah satu modal tetapnya untuk berkempen ialah tetap isu penggunaan dakwat kekal.

Menurut sumber yang merupakan salah seorang bekas pemimpin PKR, puak-puak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, akan memanipulasikan isu dakwat kekal sama ada BN menang atau kalah pada PRU kali ke-13 ini.

Kalau BN menang, Pakatan Haram dijangka akan mencetus kekecohan besar ala-ala Dataran Tahrir di Mesir dengan menimbulkan kekacauan dan ketidak stabilan dalam negara secara berlarutan seberapa lama yang boleh. Mereka dijangka akan mengambil kesempatan di dalam tempoh pembentukan Kabinet baru BN.

Malah, dikatakan juga bahawa mereka akan buat kacau sehingga PM dan barisan kabinet tidak boleh dan dihalang untuk mengangkat sumpah di hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Namun, sekiranya BN tewas pada PRU kali ini, maka isu dakwat kekal akan dimain dari “angle” lain. Katanya, puak-puak Anwar akan memainkan isu bahawa BN selama ini menipu dalam setiap PRU sejak merdeka dan kekalahan BN pada PRU yang menggunakan dakwat kekal membuktikan dakwaan mereka.

Pada saya, tidak mustahil dengan apa yang didakwa sumber ini. Ini memandangkan pada peristiwa-peristiwa lalu, Anwar dan penyokong-penyokongnya sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan kuasa. Sebagai contoh, mereka pernah merancang untuk membakar Stadium Bukit Jalil ketika perasmian Sukan Komanwel dahulu bertujuan untuk mencetus kekecohan!

Selain itu, mereka juga pernah membaling bom molotov koktel ke kediaman rasmi Tun Dr. Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri dengan tujuan mencetus kekecohan di dalam negara. Banyak lagi yang mereka pernah rancang dan buat, namun kebanyakkannya berjaya dipatahkan dan mereka pernah dicekup SB pun banyak kali…

Bagaimanapun, kita tidak boleh memandang ringan mengenai isu penggunaan dakwat kekal ini memandangkan ia mampu mencetus kekecohan besar dan mengancam keselamatan negara. Justeru, itu, sewajarnya kita perlu bersedia dengan strategi-strategi ampuh bagi mematahkan perancangan keji mereka itu.

Sedarlah wahai rakyat tentang permainan politik kotor pihak pembangkang yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim ini. Sebelum Anwar mengetuai Pakatan Haram, pihak pembangkang lain tidak pun melakukan taktik kotor sekeji ini. Namun setelah Anwar mengetuai mereka, negara hampir huru hara dikerjakan agen yang dilatih Yahudi ini.

Persoalannya, sampai bila kita nak biarkan Anwar berleluasa mencetus suasana tegang dan mengancam keselamatan negara? Sampai bila?


Sumber: Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!