Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, December 29, 2011

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad Patut Malu Pada UMNO..!

MADRASAH SALIHIAH

Sejak-sejak diturunkan pangkat dari jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang gila ‘glemer’ seolah-olah nak lawan ‘tauke’ dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Konon-kononnya dia lebih vokal dan lantang mengutuk UMNO…

Namun tanpa disedari, tingkah laku Idris Ahmad ini menunjukkan kebodohan melampau dan membuktikan AJK PAS Pusat ini masih tidak matang dalam bidang politik.

Terbaru, dia menempelak UMNO dan bertanyakan sejak bila parti kita ini menjadi juara dalam isu agama Islam? Kononnya, dalam mengulas isu Kerajaan PAS Kedah merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, UMNO cuba menjadi juara agama…

Sepatutnya, Idris Ahmad berterima kasih kepada UMNO yang bersungguh-sungguh mempertahankan Madrasah Salihiah memandangkan ia merupakan mercu tanda terawal pusat aktiviti umat Islam di Kedah. Sepatutnya, Idris Ahmad sedar bahawa UMNO mempertahankan kepentingan umat Islam yang cuba dirobohkan oleh puak-puaknya sendiri.

Pelik benar perangai Idris Ahmad. Ketika umat Islam mempertahankan sebuah madrasah demi kepentingan umat Islam, dia memperlekeh dan merendah-rendahkan usaha itu. Namun apabila JAIS menyatakan ada usaha memurtadkan umat Islam di Selangor, dia boleh diam membisu, tidak menyokong JAIS dan rakannya Hasan Ali, malah memihak kepada Gereja Kristian itu pula?

Apa jenis Islamkah begini?

Ingin saya tegaskan disini bahawa UMNO sudah lama menjuarai isu atau sebarang hal dalam agama Islam di negara ini. Kemuncaknya ialah apabila UMNO dengan berani dan lantang meletakkan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan negara dan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam!

Dari segi perlaksanaan pula, UMNO sentiasa terkehadapan selama jarak 50-100 tahun berbanding PAS yang hanya terhegeh-hegeh membawa nama “Islam” namun hanya mampu membina sebuah saja masjid di Kelantan walaupun telah mentadbir negeri itu lebih 20 tahun!

Tak payah bergebang banyak. Tanyalah saudara-saudara baru kita yang memeluk agama Islam dan aktif di PERKIM. Mereka sudah tentu lebih memilih UMNO dan Kerajaan sedia ada berbanding PAS yang hanya mampu berkata-kata namun tidak mampu melaksanakan sebarang dasar yang mendaulatkan Islam di negeri-negeri jajahan mereka.

Di Selangor, PAS jadi bisu terus mengenai isu kontroversi JAIS-DUMC. Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam dalam kes itu dikatakan “masuk perangkap UMNO” dan dicantas terus dari menjadi calon PRU13 nanti.

Di Pulau Pinang, PAS hanya menjadi “kuda kayu” yang diperalat dan dikudakan Guan Eng. Melawan bererti PAS nahas! Salleh Man jatuh terduduk bila hak dan suara PAS dinafikan dalam hal membabitkan Islam mahupun kepentingan anak bangsa di negeri itu.

Di Kedah, setelah membina kandang khinzir dengan harga yang tinggi, Madrasah Salihiyah yang menjadi pusat aktiviti umat Islam di kariah Kancut pula hendak dirobohkan. Padahal, madrasah itu sudah lebih 100 tahun terbina di situ dan sepatutnya tidak pun dialih, diroboh atau dikacau premis tersebut memandangkan ia menjadi kepentingan umat Islam di sana.

Malas saya nak sebut pasal negeri Perak. Nanti muntah darah pula Nizar dibuatnya. Onarnya bukan sedikit sehingga dia dijadikan bahan kejian rakyat negeri Perak. DYMM Sultan Perak pun sanggup di derhakanya, apatah lagi rakyat yang beragama Islam di sana, langsung tidak dipandang Nizar…

Hakikat ini sebenarnya disedari oleh Idris Ahmad. Namun memandangkan dia cuba menegakkan benang yang basah, dia sengaja membutakan mata dan hati sendiri. Dan tindakan itu menunjukkan kebodohannya yang berada di tahap melampau!

Ingin diingatkan di sini, para penyokong PAS sendiri sudah jelak dan mula patah hati melihat prestasi PAS setelah bergabung dengan PKR dan DAP yang jelas tidak bertolak ansur mengenai Islam. Kepentingan Islam mereka nodai dan mereka sanggup menjual agama demi kuasa. Itukah Islam sebenar?

Justeru itu, tidak salah pada saya untuk menyatakan bahawa UMNO sememangnya menjuarai sebarang isu mengenai Islam di Malaysia sejak zaman sebelum merdeka lagi. Hakikat itu memang diakui di lubuk hati puak-puak PAS. Namun kerana ego dan enggan mengaku kalah, PAS sanggup menipu diri sendiri. Memalukan..!


Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

sila check balik perlembagaan malaysia dalam perkara 3,islam bukan agama rasmi tapi agama bagi persekutuan yang hanya mempunyai kelebihan dalam perkara tertentu sahaja bukan dalam semua perkara seperti contoh dalam perkara 4 menyatakan bahawa perlembagaan Malaysia adalah rujukan tertinggi sedangkan perlembagaan masih belum sepenuhnya mengikut alquran dan sunnah..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!