Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, November 8, 2011

Panasss..!!! DAP MEMANG RACIST ANTI MELAYU ANTI ISLAM..!!!

Sebelum ini Pakatan Pembangkang terutamanya PAS serta PKR sering mendakwa yang kakitangan kerajaan memberikan sokongan terhadap mereka. PAS serta PKR tanpa berselindung mendabik dada yang usaha mereka untuk menukar kerajaan direstui oleh sebilangan besar penjawat awam.

Tetapi kebenarannya muncul juga akhirnya. Pembohongan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR terbongkar apabila DAP melalui wakilnya, Tony Phua telah meluahkan hasrat untuk mengurangkan penjawat awam/kakitangan kerajaan jika mereka diberikan mandat sebagai pemerintah selepas PRU13 nanti.

Kenyataan Tony Phua itu mengukuhkan persepsi kebanyakan rakyat Malaysia bahawa DAP memang anti kepada bangsa melayu. Apa taknya, hampir sebahagian besar kakitangan kerajaan adalah terdiri dari orang melayu. Dan jika DAP mahu mengurangkan golongan ini setelah mereka berkuasa, ia bermakna DAP tak mengiktiraf kebolehan bangsa melayu.

Jika kita teliti dengan lebih mendalam, DAP sebenarnya telah lama memperjuangkan hak samarata kaum didalam negara Malaysia ini. Agenda mereka itu dilakukan tanpa memperdulikan bahawa bangsa melayu adalah majoriti didalam negara berbanding kaum cina yang hanya sekitar 30 peratus kewujudannya.

Sebelum ini DAP juga telah menuntut semua biasiswa kepada anak-anak bumiputera diberikan juga kepada kaum mereka. Selain itu, DAP juga menuntut sistem merit dilaksanakan dalam institusi pengajian tinggi bagi membolehkan lebih ramai kaum mereka masuk ke menara gading.

Dan akhir-akhir ini, DAP seolah-olah mahu mencabar Islam sebagai agama rasmi apabila pemimpin-pemimpin mereka sering mempertikaikan kebebasan beragama serta menyentuh sentimen yang berkaitan dengan Islam seperti azan dan juga sambutan keagamaan umat Islam sendiri.

Tak keterlaluan dikatakan, DAP sebenarnya amat irihati dengan apa yang dicapai oleh bangsa melayu didalam negara. Kalau boleh, mereka mahu bangsa melayu mundur dan juga lemah seperti apa yang berlaku di Singapura. DAP ternyata sangat tak selesa apabila bangsa melayu meguasai sesuatu bidang.

DAP seboleh-bolehnya ingin mengurangkan penguasaan orang-orang melayu dari segala segi termasuklah didalam bidang pentadbiran. Sebab itulah Tony Phua tanpa segan silu mendedahkan niat sebenar DAP untuk mengurangkan jumlah bilangan kakitangan kerajaan. Kerana apa? Kerana banyak orang melayu didalam bidang tersebut.

Saya amat yakin, walaupun cadangan DAP ini mendapat tentangan dari semua pihak termasuklah dikalangan penyokong mereka sendiri didalam Pakatan, ia tak mustahil akan dilaksanakan secara berperingkat. Dimulakan dengan negeri-negeri yang mereka kuasai, dan seterusnya ke peringkat negara jika mereka dibenarkan berkuasa.

Hanya satu cara bagi kakitangan awam/penjawat awam mahu menghalang usaha DAP laknatullah serta rakan-rakannya didalam Pakatan ini. Seluruh kakitangan kerajaan/penjawat awam haruslah membulatkan tekad untuk menolak Pakatan khususnya regim DAP pada PRU akan datang.

Bukan sahaja hanya undi jangan diberikan kepada mereka.., sokongan moral pun jangan dibiarkan memihak kepada Pakatan kerana sudah terbukti puak-puak itu hanya mempunyai agenda jahat disebalik janji-janji manis yang mereka taburkan selama ini.


Sumber: klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!