Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, November 22, 2011

PANASSS..!!! BOLEH BERSATU KERANA BOLA SEPAK, TAPI TAK BOLEH BERSATU KERANA AQIDAH ISLAM..?!


Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda negara yang berjaya mempertahankan kilauan emas bagi kontijen Sukan SEA kali ini di Stadium Bung Karno, Indonesia.

Bukan mudah untuk menang kali ini. Setelah didahului seawal minit ke-5 hasil jaringan Gunawan Dwi Cahyo, skuad bawah 23 negara terpaksa menghadapi pelbagai ancaman dan provokasi dari penyokong fanatik Indonesia yang ternyata tiada langsung semangat kesukanan.

Sebelum perlawanan berlangsung, penyokong-penyokong Indonesia mengancam tidak akan membiarkan skuad Harimau Muda pulang dengan mudah sekiranya menang pada perlawanan final tersebut. Malah, sikap pemain Indonesia yang melakukan tackle keras meskipun pengadil sudah meniup wisel turut menekan para pemain negara.

Dari ketinggalan 0-1 seawal minit ke-5, Harimau Muda bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Asraruddin. Dan perlawanan diheret secara dramatik sehingga ke tahap penentuan melalui sepakan penalti. Mungkin kesabaran yang ditunjukkan Harimau Muda itu dihadiahkan dengan kemenangan bagi pihak Malaysia.

Secara sedar atau tidak, kemenangan Harimau Muda ini menyaksikan seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menyokong pasukan negara tanpa mengira fahaman kepartian atau sokongan politik. Rata-rata penyokong Skuad Harimau Muda jelas memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka.

Namun, saya tertanya, sekiranya kita mampu bersatu kerana sukan, mengapa kita tidak boleh bersatu kerana Islam? Misalnya, mengapa bila isu murtad menjadi topic hangat diperbincangkan, parti-parti pembangkang membuat keputusan untuk tidak bersatu untuk hal melibatkan aqidah umat Islam tersebut?

Disaat aqidah umat Islam semakin tercabar, mengapa umat Islam di Malaysia, terutamanya dari parti PAS enggan bersatu bersama NGO-NGO yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat tempohari?

Persoalan ini perlu dijawab sejujur-jujurnya oleh umat Islam di dalam PAS, PKR mahupun DAP. Dimana letaknya kepentingan Islam di dada mereka berbanding kedudukan sukan bola sepak negara? Mana lebih penting? Islam atau bola?



Sumber: klik sini

4 comments:

zjalil said...

Saya hanya insan biasa punya pandangan yang biasa-biasa saja. Hanya cadangan: Setiap yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah hendak tunjuk dan kita gunakan. Pengajaran bersatu kerana bolasepak mungkin agak rendah pemikiran saya untuk dijadikan panduan dalam penyatuan aqidah umat Islam tetapi saya percaya pastinya ada rahsia di sebalik kejayaan bolasepak ini yang kita harus ambil demi penyatuan ummah

budaksundaoke said...

pak semangat kebangsaaan jangan di kaitkan dengan nilai keaagamaan, nanti jadi rumit. berbeda beda tetap satu itulah Kami Indonesia,

budaksundaoke said...

semangat kebangsaan jangan di kaitkan dengan nilai keagamaan, pak
nanti jadi tidak bijak.
Berbeda - beda tetap satu Itulah Indonesia

budaksundaoke said...

Maaf pa saya Rahmat dari Indonesia Pengagum budaya islam di negri Malaisya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!