Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, November 4, 2011

PANASSS..!!! ANWAR DAN PAKATAN HARAM MEMBAHAYAKAN MALAYSIA..!!!

Apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang UMNO serta Barisan Nasional amat berbahaya kepada negara Malaysia, ianya jelas menunjukkan Anwar sudah kehabisan modal untuk berpolitik bagi merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.

Anwar berpendapat, UMNO dan Barisan Nasional tidak harus diberi mandat oleh rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang kerana kononnya parti pemerintah itu tak tahu membezakan betul atau salah didalam politik. Itulah definasi bahaya kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut.

Tetapi jika mahu dibicarakan mengenai betul atau salah didalam politik, rasanya Anwar dan parti-parti didalam Pakatan Rakyat adalah lebih berbahaya kepada seluruh masyarakat didalam negara. Anwar sendiri terlibat didalam salahguna kuasa dan juga skandal seks yang memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Jadi bagaimanakah seorang pemimpin yang bergelumang dengan imej jijik seperti Anwar masih mampu untuk mengatakan dirinya lebih layak bagi menggantikan kepimpinan yang sedia ada? Anwar juga gagal didalam menjadikan Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang SAH. Itu sahaja sudah menunjukkan betapa tidak cekapnya Anwar sebagai Ketua Umum.

Dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan lainnya, mereka juga terlibat didalam beberapa politik kotor yang sudah terdedah kepada pengetahuan umum. Nik Aziz misalnya, walaupun dilabelkan dengan imej islamik, tetapi tak terlepas dari skandal kronisme di PMBK.

Pemimpin-pemimpin DAP pula kebanyakannya terlibat didalam isu-isu salahguna kuasa seperti penyelewengan di Selangor dan juga penindasan perkauman di Pulau Pinang. Apakah ini tidak berbahaya kepada rakyat dan juga kepada negara?

Dan jangan dilupakan bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat adalah merupakan bekas banduan yang pernah dihukum atas kesalahan lampau mereka. Anwar sendiri pernah merengkok didalam penjara selama beberapa tahun diatas kesalahan salahguna kuasa sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lim Guan Eng juga pernah dipenjara kerana memfitnah dan Teressa Kok pernah di I.S.A akibat dari perbuatan menghasut dan mencetuskan perbalahan agama. Manakala beberapa pemimpin PAS pernah disiasat atas dakwaan penyelewengan.

Adakah pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai rekod jenayah seperti ini mampu menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masa hadapan lebih baik? Sudah tentunya tidak kerana mereka-mereka ini ternyata tak tahu menguruskan kehidupan peribadi mereka sendiri, apatah lagi nak diharapkan untuk mentadbir negara.

Jika Anwar dan kuncu-kuncunya didalam Pakatan Rakyat melabelkan UMNO serta Barisan Nasional “low class”, rakyat sendiri tahu bahawa gerombolan Pakatan itu sendiri sebenarnya langsung “no class” untuk dipercayai sepenuhnya.

Dan jika suatu masa dahulu parti-parti seperti PAS dan DAP mengecam kewujudan Putrajaya, tetapi kini Putrajaya menjadi idaman mereka untuk dikuasai. Siang malam mereka bermimpi untuk menawan Putrajaya tanpa mereka sedar yang mereka sedang menjilat kembali ludah mereka sendiri.


Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

TENGOK MUKA PUN MELUAT. DIA LUPA DIA PERNAH JADI TPM. APA YANG DIA DOK KATA KAT ORANG SEMUANYA ADALAH APA YANG DIA BUAT SEMASA JADI TPM DULU.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!