Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, November 11, 2011

PANASSS..!!! AKU TERPAKSA DEDAH JUGAK...TAHNIAH BLOGGER "PREPAID"..!!!


Okay la...memandangkan aku dah dapat beberapa green light dari beberapa blogger top ranking, aku dedahkan jugak la apa yang aku maksudkan tadi. Namun sebenarnya, aku tak marah pun dengan apa yang bakal aku nyatakan di bawah ni...

Sebenarnya, aku dah dapat tahu dah berapa banyak peruntukan bulanan yang diterima oleh satu pihak yang kononnya "champion" dalam hal ehwal cybertroopers ni. Dan jumlahnya? Tak payah la aku dedahkan...takut korang terkejut pulak nanti...


Tahniah la bro. Namun aku ingatkan bahawa performance tu biarlah setaraf dengan harganya. Kalau ranking blog aku yang cikai ni pun ketuanya tak boleh kalahkan, rasanya pihak yang memberikan peruntukan tu perlu kaji semula peruntukan untuk kumpulan "hebat" tersebut.

Frankly aku kata, tujuan sesebuah blog dalam cyberwar dinilai kejayaannya dari segi impak dan pengaruh yang diterima. Kalau blog tu orang tak masuk (orang tak baca la tu..), faham-faham sajalah impaknya...

Bagi aku, peruntukan yang banyak tidak semestinya akan membuat perfomance yang hebat. Selalunya blog yang lahir dari perjuangan dalam diri dan bukannya mengharapkan balasan lebih berjaya berbanding apa yang dibuat oleh kumpulan berbayar tersebut.

Sebagai contoh, top ranking blogger dikuasai oleh blogger-blogger tidak berbayar berbanding blogger-blogger kumpulan "prepaid" itu. Aku rasa, tentu ramai blogger yang faham maksud aku...heh!

Sekali lagi aku ucapkan tahniah pada kumpulan blogger "prepaid" itu. Tapi jangan ingat dan kata aku atau kitorang jeles ngan korang pulak! Kitorang takde masa nak jeles-jeles ni. Macam bebudak je kalau bersikap macam tu...cuma kami harap, tingkatkan la prestasi tu...kalau boleh, potong ranking Gomo...boleh?

Aku bagi masa sampai PRU 13 je untuk salah sorang blogger "prepaid" ni potong rangking Gomo. Kalau gagal, elok letak jawatan je la...

p/s: Pemain bola sepak kalau bersara orang panggil "gantung boots", kalau bersara jadi blogger nak panggil "gantung" apa?

5 comments:

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tiap-tiap bulan aku gantung bil BBand dan TNB, kalau-kalau ada yang perasan nak sponsor. Hua...hua..huaa!!!

Lantak Hangpa La said...

Rasanya gantung diri kut ngeh ngeh ngeh... blogger copy and paste cam aku nih pun berjuang tanpa bayaran gak...

akaknilai said...

Kalau pemain bola bersara 'gantung boots'. Kalau blogger bersara 'gantung butt'. Tak pun gantung diri. Hehehe

HHalem said...

Ni best ni:-)

Sapa blogger pre-paid ni?

Klau Gomo terbabit, satu jer musuh Gomo tu.

Yg aku tahu depa ni post-paid berdasarkan harga 1 article.
Hujung bulan, tengok jumlah arts kemudian kali dgn duit.

hehe - gelak pesen lama.

haha - gelak org segan.

hua3 - gelak apek tua.

ngeh ngeh ngeh - gelak terkini pesen baru Perak.

Anonymous said...

Saya dah Blog bertahun, sampai mata pun sudah blur hari2 dok depan laptop ni. Tapi siapa pun tak mahu kasi duit. Helo, kalau lah ada sesiapa nak bagi duit kat saya, saya akan rela terima. Saya pun nak beli kereta baru, rumah baru. Tak payah jumpa saya. Saya akan beri nombor akaun bank saja, dan nama saya.

Tapi sms je lah. Takkan masuk nombor akaun dalam Blog.

Saya bin Ayah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!