Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, November 11, 2011

KAH..! KAHHH..!! KAHHHHH..!!! PENYOKONG PAKATAN HARAM KENA TIPU DENGAN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI..!!!!!


Baru-baru ini, Anthony Loke, Dr. Hatta Ramli dan Saifuddin Nasution mengadakan satu sidang akhbar memberitahu bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan permohonan pendaftaran yang dibuat oleh wakil gabungan DAP, PKR dan PAS untuk membentuk parti Pakatan Rakyat.

Kononnya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) punya “muslihat politik” kerana menolak permohonan mereka membentuk Pakatan Rakyat dan menyebabkan gabungan parti pembangkang itu berstatus “Pakatan Haram”. Dalam ertikata lain, mereka menuduh ROS berpakat dengan kerajaan BN untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.

Begitulah yang mereka beritahu penyokong-penyokong mereka dan rakyat negara ini. Tujuannya dalah untuk menampakkan BN sebagai kerajaan “kuku besi” dan zalim. Keduanya, adalah untuk menutup malu mereka yang dikatakan gagal membentuk sebuah gabungan secara rasmi yang berdaftar dan menghapuskan status “haram” yang ada pada mereka.

Namun hari ini tembelang mereka dipecahkan apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman membuat kenyataan akhbar dan menafikan tuduhan ketiga-tiga ekor pembohong yang sering menabur fitnah dan tohmahan jahat kepada agensi kerajaan itu.

Selain itu, beliau turut mencabar DAP, PKR dan PAS untuk hadir ke pejabatnya mengemukakan permohonan baru mendaftarkan parti “Pakatan Rakyat”. Dalam penjelasannya hari ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa memang ROS ada menerima permohonan pendaftaran dari gabungan pakatan pembangkang itu melalui wakilnya, Datuk Zaid Ibrahim.

Namun kemudiaannya, Zaid telah bertindak keluar dari parti PKR dan menjadi entiti asing yang terpisah dari sebahagian Pakatan Haram tersebut. Menurut beliau, sekiranya wakil parti yang dilantik menjadi pemohon tersebut keluar dari partinya ketika itu, maka permohonan pendaftaran tersebut terbatal secara automatik. Justeru itu, maka wajarlah ROS menolak dan tidak meluluskan permohonan gabungan DAP, PKR dan PAS itu.

Sebelum ini, ketiga-tiga ekor “keldai” itu juga memberitahu bahawa DAP, PKR dan PAS sudah menugaskan Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar, untuk membuat permohonan semula mewakili mereka. Persoalannya, adakah Kamaruddin sudah pergi ke pejabat ROS untuk berbuat sebagaimana yang ditugaskan?

Menurut Pengarah ROS, beliau sudah bertanya kepada semua stafnya sama ada Kamaruddin Jaafar pernah hadir ke pejabat mereka untuk memohon pendaftaran semula sebagaimana yang dikatakan oleh ketiga-tiga ekor “hamlau” itu. Namun malangnya, jangankan hadir ke pejabat ROS, bayangnya pun tidak pernah dilihat oleh staf-staf beliau.

Justeru itu, jelaslah bahawa Kamaruddin Jaafar tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya sebelum ini untuk mendaftar semula nama “Pakatan Rakyat” di pejabat ROS. Dia diarahkan, tapi dia tak buat kerja tersebut. Apakah itu salah ROS? Apakah itu salah BN?

Sebenarnya, Pakatan Haram tidak serius pun untuk mendaftar gabungan mereka itu secara rasmi kepada ROS. Mengapa? Dipercayai sandiwara ini sengaja dipertontonkan untuk menutup malu setelah berjuta kali mereka disifatkan sebagai pakatan yang tidak berdaftar dan memegang status “tidak halal”. Dalam ertikata lain, mereka berstatus HARAM di negara ini.

Justeru itu, jangalah pula disalahkan pihak yang memanggil dan menggelar mereka sebagai Pakatan Haram kerana mereka sememangnya wujud secara haram! Penubuhan gabungan DAP, PKR dan PAS adalah tidak sah di sudut perundangan yang membawa maksud sebagai “pertubuhan haram”!

Namun begitu, mereka tidak malu untuk berbohong kepada rakyat kononnya ROS ada muslihat politik terhadap mereka. Mereka bermuka tembok dan tak malu untuk mengaitkan kerajaan dalam hal status mereka yang haram itu. Padahal, mereka sendiri bagaikan tak mahu terikat secara rasmi dinegara ini!

Mengapa mereka tak mahu terikat antara satu sama lain? Ini adalah kerana meskipun mereka mempunyai satu matlamat iaitu menimbulkan kebencian rakyat kepada BN dan menawan Putrajaya, namun mereka mempunyai dasar, kepentingan dan perkara pokok yang sangat bertentangan.

Misalnya, PKR hanya mahu memperjuangkan Anwar supaya “peliwat anugerah Tuhan” itu menjadi Perdana Menteri. DAP pula memperjuangkan Malaysian Malaysia di mana semua dasar kerajaan dan perlembagaan bakal dirombak bagi memberikan keistimewaan yang dinikmati Bumiputera juga diberikan kepada bukan Bumiputera. PAS pula nak tubuhkan Negara Islam..eh! eh! bukan…sudah tukar…Negara Kebajikan!

Pertentangan dasar yang utama ialah antara DAP dan PAS. DAP tak mahu Islam diistimewakan, apatah lagi Hudud. Namun PAS mahu Islam dan hudud dilaksanakan. PKR tak peduli pasal dasar atau apa-apa pun, asalkan Anwar jadi Perdana Menteri, itu sudah cukup bagi mereka.

Hakikatnya, sampai bila mereka nak menipu rakyat? Kalau dah nama pun Pakatan Haram, memang haram jadah jugalah perangai pemimpinnya sekor-sekor..!!!

Sumber: klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!