Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, November 10, 2011

GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM TETAP "TAK HALAL"..!!!




Kalau dah dasar pembohong tu, pembohong jugaklah dia. Sudahlah berbohong, disalahkan pula pihak lain. Kalau dah haram tu, haram jugaklah ia. Sudahlah haram, memang haram jadah betul la Pakatan Haram tu!

Hari ini, Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Haram, Saifuddin Nasution, Anthony Loke dan Dr. Hatta Ramli yang kononnya ROS sengaja tak mahu luluskan pendaftaran pakatan DAP, PKR dan PAS sebagai satu parti dibawah "Pakatan Rakyat".

Ketiga-tiga pembohong ini mendakwa kononnya ROS mempunyai "muslihat politik" untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.

Kepala hotak dia..!!! Apa dia tak pergi sekolah ke..??? Dia tak tahu ke syarat mendaftar yang menetapkan bahawa sekiranya wakil atau individu yang memohon tersebut tidak lagi menjadi ahli pertubuhan atau parti maka permohonan tersebut terbatal secara automatik?

Dalam kes ini, permohonan tersebut dilakukan oleh Zaid Ibrahim yang kemudiannya keluar parti dan tidak lagi menjadi sebahagian dari ahli gabungan DAP, PKR dan PAS. Maka ia terbatal secara automatik. Tak wujud lagi locus standi..! Takkan itu pun tak paham???

Kemudian, ketiga-tiga beruk mat yeh yang cuba tipu rakyat itu menyatakan bahawa mereka menugaskan Kamaruddin Jaafar untuk membuat permohonan baru. Persoalannya, bila masanya Kamaruddin Jaafar pergi ke ROS dan buat permohonan baru tersebut???

Menurut Pengarah ROS itu, dia dah check dengan semua staf ROS dan mendapati Kamaruddin Jaafar tak pernah mohon pun pendaftaran baru untuk gabungan parti pembohong itu. Jangankan mendaftar, bayang pun tak pernah nampak di ROS..!!!

Jelas sangat puak-puak haram jadah ni memang tak serius nak jadikan pakatan mereka itu berstatus "halal"! Sebab tu la saya kata, kalau dah haram tu, memang haram jadah la Pakatan Haram tu...!!! Dah la bohong sana sini..tak sedar diri yang diorang tu memang haram jadah..!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

tu baru satu isu. nanti bila ROS tolak sebab tak cukup parti untuk jadi ahli gabungan tentu dia kata ROS buat silap dan soal kenapa Perikatan boleh didaftarkan sedangkan Perikatan juga ada tiga parti sahaja. hehehe (kalau ini alasannya pasti dia orang baca buku lama.)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!