Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, November 7, 2011

GEMPARRR..!!! KHUTBAH AIDILADHA DIHARAMKAN DI KEDAH..!!!?

Alhamdulillah, saya diberi peluang sekali lagi oleh Allah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah pada tahun ini di kampung halaman. Selesai solat Aidiladha, seperti biasa saya akan duduk mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam di masjid di qaryah saya itu…

Pada tahun ini, khutbah yang disampaikan oleh imam masjid itu bertajuk “Kepimpinan Islam”. Menarik tajuknya. Mengambil kesempatan kepada jemaah yang ramai (biasanya tak ramai sebegitu), imam tersebut mula “berpolitik” melalui khutbahnya…

Menurut imam itu, umat Islam di negara ini mesti memperjuangkan kepimpinan yang berteraskan ulama dan mengubah sistem kepimpinan negara mengikut acuan Islam yang sebenar sepertimana di zaman Khulafa’ Ar-Rashidin.

Melalui sistem kepimpinan Islam silam itu, ia tidak menggunakan sistem demokrasi sekular seperti yang diamalkan di negara ini. Ia menggunakan sistem “bai’ah”. Dan imam itu menggesa agar sistem demokrasi itu ditukar kepada sistem Khulafa’.

Selain itu, dia mengecam tentang perpaduan umat Islam yang dicanang oleh parti politik (UMNO la tu..). Menurutnya, perpaduan Islam mestilah berpaksikan Islam dan bukannya berpaksikan politik! Wow! Sebiji bunyinya macam fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz Nik Mat!

Baiklah. Berhubung menukar sistem demokrasi berperlembagaan di negara ini kepada sistem Khulafa’ Ar-Rashidin. Saya setuju. Tapi setujukah rakyat yang lain, terutamanya yang bukan beragama Islam di negara ini?

Sebelum ini, PAS menyatakan bahawa mereka akan mempertahankan perlembagaan negara ini sekiranya diberi peluang untuk memerintah. Sekiranya mahu menggunakan sistem Khulafa’, maka perlembagaan perlu dipinda.

Pertahankan perlembagaan apa ke jadahnya kalau PAS pinda perlembagaan itu? Itu bukan pertahan namanya, itu tukar perlembagaan terus! Ulama jenis apa kalau menipu rakyat dan umat Islam?

Menurut Islam, bai’ah dibuat oleh umat Islam kepada pemimpin Islam yang terpilih dan diyakini akan mempertahankan Islam. Bagaimana pula dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang? Guan Eng dibai’ah oleh PAS untuk menjadi “Khalifah” mereka di sana?

Jenis ulama apa yang mengangkat seorang kafir harbi, chauvinis, ultra kiasu dan rasis sebagai “khalifahnya”…? Tidak ada umat Islam lainkah di Pulau Pinang yang lebih layak untuk dijadikan “Khalifah” oleh PAS di sana? Guan Eng juga yang dipilih dan di”bai’ah”? Biar betul..?

Perpaduan Islam di negara ini terpisah oleh fahaman politik dan bukan kerana Islam. Politiklah yang memecah belahkan umat Islam. Dan sekiranya mahu mencantumkan kembali perpaduan itu, maka ia perlu dibuat melalui perpaduan antara PAS dan UMNO terlebih dahulu. Itu hakikatnya.

Untuk tiba-tiba saja mahu melangkau “politik” dan bersatu kerana Islam, adalah sesuatu yang tidak akan memberi kesan. Misalnya, katakanlah kita umat Islam bersatu kerana Islam tanpa menghiraukan fahaman politik. Kemudian, musim pilihanraya tiba…

Apakah ketika itu umat Islam tidak akan berpecah? Tak payah tipulah! PAS sendiri mengkafirkan umat Islam parti UMNO hanya kerana pilihanraya dan politik mereka! Ketika itu, anak pun tak sanggup mengaku ibunya itu ibu kandungnya sendiri kerana ibunya sokong UMNO. Malah berapa banyak perkahwinan musnah kerana fahaman politik yang dimainkan oleh PAS..!!!

Nak tengok umat Islam bersatu kerana Islam, lihatlah apa yang berlaku pada Himpunan Sejuta Umat. Ketika itu, semua umat Islam yang mendaulatkan Islam sedia bersatu berpaksikan Islam. Mana perginya Nik Aziz, PAS dan tok imam masjid itu pada Himpunan tersebut? Mana? Malah Hasan Ali yang hadir pun dikutuk puak-puaknya sendiri..!!!

Pada saya, adalah sangat tidak wajar bagi seorang Imam dan sebuah masjid mengambil kesempatan untuk menyampaikan “ceramah politik” untuk menggantikan “khutbah Aidiladha”.

Namun, itulah yang belaku di masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah. Setahu saya, teks khutbah sesebuah masjid di sesebuah negeri disediakan dan perlu disemak oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing untuk mamstikan intipatinya bertepatan dengan Islam sebenar. Namun, apakah kali ini teks tersebut disediakan oleh Azizan Razak sendiri?


Sumber: klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Minta maaf, adakah yang bagi khutbah tu Azizan? Kalau bukan Azizan saya rasa apa yang dia cakap betul.Kita jangan terlampau taksub dengan politik, sehinggakan Imam bagi Khutbah kita cakap itu PAS yang cakap. Mentang2 Kedah dikuasai oleh PAS. Untuk makluman saya ni bukan penyokong PAS. Harap faham....

Atunz said...

Wallahualam..... Nk wat karangan mmg senang.. sampai 30 juzuk pn boleh buat.... cuba bg depa yg tadbir.... tak tau nk bayangkan kt mana letakkan keagungan ISLAM... Mampu ke nk lawan kehendak sekutu diorg yg sah2 nk jatuhkan ISLAM??? Wallahualam...Bawa2 lah berfikir.......

Bila Kak Su Bersuara... Heh!