Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, November 12, 2011

BONGKARRR..!!! KEMELUT PAS KEDAH..!!! AZIZAN DISELAMATKAN UMNO..!!!


Sebagaimana yang aku janjikan, aku bongkarkan apa yang terjadi kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan status jawatan yang disandangnya itu malam ini. Sebenarnya, musuh utama MB Kedah itu sekarang ialah puak-puak PAS Kedah sendiri.

Dan paling mengejutkan ialah Azizan selama ini berjaya mempertahankan jawatan MBnya itu hasil pertolongan dan sokongan dari pihak UMNO..!!!

Sebagaimana kita tahu sebelum ini dilaporkan bahawa Azizan Razak berkali-kali cuba digulingkan oleh puak-puak PAS sendiri, terutamanya Phahrolrazi dan Ir. Amiruddin, terutamanya ketika Azizan sedang menjalani rawatan jantung di IJN.

Pada satu ketika, Azizan sudah hampir digulingkan dan jawatan MB Kedah sangat hampir bertukar tangan kepada Phahrolrazi atau Amiruddin sendiri. Malah, nama calon MB Kedah yang baru hanya menunggu masa saja untuk diumumkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

Namun, mendengar rancangan "coup de tat" tersebut, Azizan bingkas dari sakitnya dan bergegas pulang ke Kedah meskipun doktor menasihatkan beliau untuk terus mendapat rawatan di IJN. Sebab itu juga, MB Kedah itu terus masuk pejabat dan tidak menghiraukan nasihat doktor tersebut.

Menurut sumber yang aku terima lagi, selama ini Azizan banyak kali di"kena"kan oleh barisan Exco-Exconya yang menyebabkannya kadangkala tersilap membuat keputusan dan menandatangani perkara yang memberikan "bola tanggung" untuk "musuh dalam selimut"nya itu memburukkan nama Azizan di Kedah.

Namun, setelah dirujuk kepada beberapa pegawai Kerajaan Negeri yang sememangnya diketahui penyokong kuat UMNO, Azizan di"breif" bahawa tindakannya itu kurang tepat dan akan menghasilkan "back fire" terhadap dirinya. Setelah diperbetulkan kesilapan itu, barulah Azizan kenal "siapa kawan, siapa lawan" sebenarnya...

Hakikatnya, sudah banyak kali Azizan "diselamatkan" oleh pegawai-pegawai pro-UMNO tersebut. Dan dikhabarkan bahawa Azizan juga mulai sedar tentang konspirasi dalaman yang sedang dihadapinya. Mengaku atau tidak, Azizan memang sayangkan UMNO berbanding beberapa rakan PAS Kedah yang "berhati busuk"...

Bagaimanapun, untuk menjaga imej dan nama PAS Kedah, Azizan takkan sekali-kali mengaku tentang hakikat ini kepada khalayak umum, khususnya kepada media. Dia tak mahu disebabkan kemelut PAS Kedah yang rakus kepada jawatannya itu, ia akan memalukan PAS di seluruh Malaysia. Dipercayai, sebab itulah Azizan sembunyikan hal ini...

Percaya atau tidak, itulah hakikat PAS Kedah sekarang sehingga PRU ke-13 kelak. Saya yakin, kalau ditanya malah diasak bagaimana sekalipun, Azizan takkan mengaku kesahihan berita ini. Namun saya yakin, hati kecilnya kuat mengangguk kebenaran pendedahan ini. Justeru itu, tak payah tanya pada Azizan..dia takkan mengaku punya...

Saya masih ingat kata-kata Phahrolrazi yang mengidamkan jawatan MB Kedah itu..."Salah satu sebab mengapa Datuk Azizan perlu turun dari jawatan MB ialah kerana dia terlalu bagi muka pada UMNO"...sayang juga Azizan pada UMNO ye? Mengapa? Hanya Azizan saja yang tahu jawapannya...

6 comments:

Anonymous said...

takapa la tuan syed sabau je la, dah memang begitu sikap org pas. teman tak sabau nak tunggu PRU, dah benci nengokkan sikap bongkak dan sombong pakatan rakyat.

Anonymous said...

begitulah secebis kisah dunia. puak yang selalu melolong mengatakan deme saja yg islam memang begitulah perangai deme tak semenggah langsung. teman tahu kerana masa dah suntok buat mereka hanya yg tinggal masa tambahan sahaja, tu pun ditangan ds najib. kalau ds najib tiup wisel tak de can lah deme yang rakus ini nak berkuasa lagi.

Anonymous said...

Melayu selamatkan melayu..baguslah macam nie..tapi apa yg xbagusnya terdapat 'insan' spt gunting dlm selimut...

Anonymous said...

Sendiri dah tumbang ... masih nak selamatkan orang... menampakkan kebodohan UMPORNO disini.... inilah kerja orang UMPORNO.. tabur fitnah sana sini.. tak senang tengok org berjaya.. mulalah nak jatuhkan.. ini dengan musuh... dengan rakan2 dalam UMPORNO sendiri pun mereka saling mencantas... apahal lak nak selamatkan org lain... pikiaq lah secara rasional... jangan dok tipu sama sendiri....

Anonymous said...

ishk... blog owner kena approved dulu ke????? kalau tau camni aku tak comment tadi... mesti tak siar punyer.... tak macam blog geng2 PR.. x yah approval... komen jer terus publish.... bodoh dan pengecut punyer blogger... publish mereka yang sokong dia jerk.... x demokrasi langsung... inilah corak pemerintahan UMPORNO.... hahahahahaa

IbNu_ReJaB said...

haha lawak la umno ni....kesian depa...tulah dulu orng bagi perintah hampa main2.la ni mcm dah gila bayang.

MB KEDAH IS THE BEST

Bila Kak Su Bersuara... Heh!