Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, October 29, 2011

Woi Din Puduraya..!!! Apa ke halnya hang nihhh..???!!!

Harap-harap dengan "jambul" terbaru aku ni..minah kat Puduraya tu boleh aku "ngap" kot..?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini menyatakan bahawa adalah “tidak wajar, tidak adil dan membazir bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengupah orang asing untuk menaikkan imej beliau”. Jika difikirkan, sekali imbas, tentu ramai yang malas berfikir akan terpengaruh dengan kenyataan ini.

Cuba rujuk kembali kenyataannya. “Orang asing” yang dimaksudkan itu ialah Alastair Campbell yang pernah menjadi Ketua Komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Kemudian, Campbell dikatakan diupah untuk menaikkan “imej Datuk Seri Najib” di persada dunia. Itu maksud Salahuddin dari kenyataannya itu.

Berikut adalah kenyataan Salahuddin yang disiarkan oleh Harakah Daily:
“Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan
imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya,”

Pertamanya, Salahuddin itu sendiri tidak pasti sama aa benar atau tidak fakta yang mengatakan Perdana Menteri upah Campbell untuk menaikkan imej beliau. Jadi, mengapa pula tiba-tiba Salahuddin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dia sendiri tidak pasti mengenainya? Itu namanya membuat pertuduhan! Satu pertuduhan yang kemudiannya diikuti dengan kenyataan yang berunsurkan fitnah dan berniat jahat memburuk-burukkan Datuk Seri Najib!

Keduanya, apakah Salahuddin mempunyai bukti kukuh atau menyemak terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat pertuduhan? Jika ada, sila kemukakan bukti atau Salahuddin boleh dikategorikan sebagai pelopor fitnah terhadap saudara seIslamnya sendiri. Salahuddin tahu atau tidak tentang hukum fitnah menurut Islam? Mursyidul Am PAS belum ajar lagikah bab fitnah kepada Salahuddin?

Ternyata apa yang Salahuddin katakan itu tidak berasas sama sekali kerana dia sendiri tidak pasti tentang fakta yang dikatakannya itu.

Kedua, sebenarnya, Datuk Seri Najib tidak pernah mengupah sesiapa, mana-mana individu, pertubuhan, agensi atau mana-mana pihak pun untuk menaikkan imej beliau di Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa. Selama beliau diangkat menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dahulu, Datuk Seri Najib yang bertungkus lumus membuktikan kepada semua bahawa beliau sememangnya layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Seluruh rakyat Malaysia dan satu dunia bertumpu kepada Datuk Seri Najib untuk menilai kebolehan beliau dan nampaknya beliau berjaya membuktikan dirinya dengan mengemudi negara begitu baik sekali berbanding Pak Lah sebelumnya. Lihat saja pelbagai dasar dan perubahan transformasi yang dilaksanakan, kebanyakannya semua membuahkan hasil yang positif.

Sebenarnya, Datuk Seri Najib hanya mewarisi satu saja kontrak perjanjian untuk menaikkan “imej”. Itu pun bukannya menaikkan imej beliau secara peribadi, sebaliknya ia adalah kontrak yang dibuat oleh Pak Lah dengan sebuah agensi antarabangsa untuk membaik pulih dan meningkat imej NEGARA di peringkata antarabangsa. Tidak lebih dari itu.

Itu pun ia dibuat atas rasional kerajaan memandangkan perbuatan Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering keluar negara serta bertindak memburuk-burukkan Malaysia. Anwar misalnya, (yang kononnya miskin), sanggup mengelilingi dunia buat “tour” untuk memburuk-burukkan Malaysia dan individu yang memegang jawatan Perdana Menteri. Maklumlah, dia memang idamkan jawatan tersebut!

Atas itulah imej Malaysia terpaksa dibaik pulih dan dibersihkan dari “tahi-tahi” yang dibuat oleh Anwar di luar negara. Dan kerana untuk membersihkan “tahi-tahi” itulah maka wang negara terpaksa digunakan untuk membersihkan nama negara. Itu semua kerana kerja kotor dan keji Anwar. Kerana dia, negara kita terpaksa kehilangan wang. Dia punca sebenarnya!

Justeru itu, adalah sangat tidak wajar untuk Naib Presiden PAS menuduh yang bukan-bukan terhadap Datuk Seri Najib. Bukan saja memfitnah, malah dia seolah-olah sengaja memburuk-burukkan Presiden UMNO/BN itu untuk kepentingan politiknya. Kalau nak serang, seranglah secara sihat dan punya alasan yang kukuh, tak ada sesiapa nak marah.

Tapi, bila Salahuddin buat serangan yang tidak berasas begini, ia akan menggambarkan bahawa Salahuddin sengaja menabur tohmahan jahat terhadap Perdana Menteri dan ia tidak langsung menggambarkan Salahuddin sebagai seorang pemimpin pembangkang yang sihat. Sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang begini sikapnya, jangan salahkan rakyat untuk menolak mereka pada PRU ke-13 kelak!

Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Tak heran langsung dengan puak ni. Inilah cara depa nak hidupkan politik mereka. Bukan kebaikan mereka yang nak dijual tetapi mencari isu-isu saja tanpa mempedulikan kebenarannya. yang penting ada isu. saya tau sangat perangai puak-puak ni sebab saudara sapa pun ada jadi YB PAS.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!