Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, October 24, 2011

PANASSS..!!! SIAPA PALING BERKUASA DALAM PAKATAN RAKYAT..?!!!


Ketika Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008, tidak seorang pun dari kalangan bekas peguam kes liwat I pada tahun 1998 dahulu yang tampil menawarkan diri sebagai peguambelanya untuk kes liwat II tersebut.

Sebagai contoh, peguam berpengalaman, Allahryarham Raja Aziz Addruse yang membela Anwar pada tahun 1998 sampai detik kematiannya, enggan mewakili Anwar lagi. Begitu juga dengan peguam-peguam lain.

Meskipun Sulaiman Abdullah mula mengetuai barisan pembelaan, peguam berserban itu akhirnya menarik diri dari kes tersebut dengan memberi alasan “masalah kesihatan”, satu alasan “popular” untuk “melepaskan diri” dari terus menipu kebenaran di depan mata ramai peguam muslim!

Sebagaimana maklum, ketika itulah Anwar meletakkan nasib masa depan dan kariernya kepada Karpal Singh, musuh politik Anwar pada suatu ketika dahulu.

Memandangkan perkara ini, sudah tentu Karpal yang terkenal dengan prinsip “putar alam” itu menggunakan kesempatan keemasan tersebut untuk membuli Anwar secukupnya.

Kita tahu Karpal sangat marah pada Anwar sebelum ini sehingga menyatakan Anwar sering menimbulkan masalah di negara ini dan menggesa Ketua Umum PKR itu untuk bertaubat, bukan?

Melalui kesempatan ini juga, DAP berjaya memaksa Anwar menurut segala perintahnya. Jadi, tidak mengejutkan jika kita melihat dasar DAP lebih banyak dilaksanakan di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram. Buktinya anda boleh lihat sendiri di Selangor, Pulau Pinang dan bekas kerajaan Pakatan Haram di Perak.

Meskipun DAP tidak secara langsung mampu menguasai kerajaan Kedah dan Kelantan kerana kedua negeri tersebut di bawah PAS, DAP mahir menggunakan “proksi”nya PKR untuk membuat PAS melutut di hadapan mereka, terutama di peringkat Pusat.

Hasilnya, melalui Anwar Ibrahim, DAP berjaya menghapuskan perjuangan asas PAS untuk menubuhkan sebuah Daulah Islamiyyah dan menamatkan kontroversi penubuhan undang-undang hudud!

Hebat bukan? Hanya dengan menjadi Peguambela Anwar untuk kes Liwat II, maka DAP boleh tundukkan Ketua Umum PKR dan mengkeldaikan PAS melalui proksinya itu. Ternyata, DAP adalah parti yang menguasai Pakatan Haram pada masa ini. Puncanya hanya satu, kes liwat Anwar – Saiful Bukhari!

Malangnya, tanpa di sedari kelicikan pengaruh DAP ini turut berjaya memecah belahkan umat Islam di negara ini. Titah Raja-Raja Melayu yang meng”aula”kan Islam dikritik dan dipertikaikan oleh pemimpin beragama Islam sendiri semata-mata hendak menjaga hati DAP yang memegang “nyawa” Anwar.

“Anwar Ibrahim harus bertaubat..!!!”, kata Karpal…

Malah bangsa Melayu sendiri berpecah belah terbahagi kepada tiga, hanya kerana gilakan kuasa dan menyelamatkan Anwar dari menerima hukuman atas jenayah yang dilakukan sendiri. Memang menyedihkan. Ia merebak begitu kompleks dan sukar untuk disedari oleh umat Islam sendiri.

Mungkin sebab itulah, negarawan ulung Tun Dr. Mahathir yang juga seorang pemikir Melayu terhebat alaf ini menjangkakan bahawa Melayu akan tenggelam dan hilang kuasa dalam tempoh 10 tahun lagi sekiranya keadaan ini masih berterusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang sememangnya menyedari hakikat ini bertungkus lumus menyedarkan rakyat, khususnya bangsa Melayu, tentang muslihat pembangkang ini agar tidak terpedaya dengan helah mereka. Namun, apakah rakyat dan bangsa Melayu akan sedar?

Sedar atau tidak, itulah realiti yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang sekarang. PAS berada di dalam genggaman Anwar dan Anwar pula berada di dalam genggaman DAP. Siapa “raja”nya, anda semua maklum bukan? Cuma tinggal masa saja yang akan membuktikan kebenaran ini…



Sumber: klik sini

1 comment:

gilaweb said...

hancur tanpa khilafah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!