Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, October 13, 2011

Panasss..!!! Bob Lokman salahkan Sultan Selangor?!!!

Semalam, saya berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, seorang Exco yang terbuang yang bernama Hasan Ali. Ketika bertemu dengannya, maka adalah beberapa soalan yang diajukan kepadanya dari yang hadir…

Antara soalan yang diajukan ialah tentang bekas pelawak RTM terkenal, Bob Lokman yang kini kononnya sudah berubah menjadi orang “baik-baik” setelah menyertai PAS. Dan sebagaimana kita maklum, baru-baru ini Bob Lokman telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang berada di bawah portfolio, Hasan Ali.

Sebelum ini, Bob Lokman mengeluarkan kenyataan mempersoalkan tindakan JAIS yang menahannya selepas menyampaikan satu ceramah “agama” di sebuah masjid di negeri Selangor. Dalam kenyataannya, dia turut mempertikaikan penahanannya, “saya ditahan setelah jadi baik”, katanya kepada media baru-baru ini.

Menariknya, Bob Lokman menyalahkan Kerajaan BN, terutamanya UMNO, yang kononnya sengaja menahan bekas pelawak itu menyampaikan ceramah “agama”. Itu tohmahan dari seorang yang mendakwa dirinya cucu Tok Kenali, seorang tokoh ulama dari negeri Kelantan.

Kembali kepada Hasan Ali, bila ditanya mengenai soal Bob Lokman tersebut, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang digulingkan itu menjelaskan bahawa memandangkan ramai ahli politik yang memberikan ceramah di masjid di negeri Selangor, suasana tersebut telah memanaskan situasi politik di negeri itu. Hasan Ali menggunakan perkataan “heat” untuk menggambarkan suasana tersebut.

Ekoran itu, pada 22 Jun yang lalu, JAIS telah menerima arahan secara langsung dari DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang sebarang pentauliahan kepada ahli politik dari JAIS untuk menyampaikan sebarang bentuk ceramah, tazkirah atau yang sewaktu dengannya di negeri naungan Baginda. Mana-mana ahli politik yang sudah tamat pentauliahannya juga tidak akan diperbaharui tauliahnya, termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Abdul Rani.

Hasan Ali berkata, justeru arahan tersebut, maka sudah menjadi amalan JAIS untuk tidak pernah menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan mengimplimentasikan arahan tersebut berkuatkuasa serta merta. Jadi, dia mempertahankan tindakan JAIS tersebut yang menahan Bob Lokman baru-baru ini.

Dari penerangan tersebut, maka jelaslah Bob Lokman berada dipihak yang salah. Tiada pertikaian mengenai perkara itu. Muktamad. Lagipun, menurut Hasan Ali, JAIS sudah lama memantau aktiviti Bob Lokman yang menyampaikan ceramah “agama”nya di beberapa kawasan di sekitar Selangor dan tidak mampu lagi menahan sabar dengan kerenah Bob Lokman yang tak reti-reti bahasa, mahu juga memegang mikrofon dan berceramah…

Jadi, mengapa pula Bob Lokman secara tiba-tiba menyalahkan Kerajaan BN dan UMNO? Apa kena mengena BN dan UMNO dalam ini cerita? Yang menahannya ialah JAIS yang berada di bawah kuasa partinya sendiri, PAS. Tiba-tiba saja nak salahkan orang lain? Wajarkah begitu?

Seperkara lagi, apa dia fikir dengan berubah menyertai PAS maka dia fikir dia sudah jadi “baik”? Apa dengan berubah menukar identitinya yang dahulu berambut merah punk mohawk dan berdendan macam negro kepada iras penampilan datuknya, Tok Kenali, dengan berjubah lusuh, berserban sebakul dan bertongkat, maka dia boleh diiktiraf menjadi baik? Jadi “baik” jika sertai PAS? Biar betul? Makin sesat tu adalah…

Bob Lokman sepatutnya bermuhasabah diri. Tak baik dia mencemarkan nama baik datuknya itu. Tok Kenali dulu bukan berparti pun. Arwah tak campur langsung soal politik dan hanya bertumpu kepada pendidikan serta ilmu Islam sahaja. Apa dia fikir dengan takdirnya dia cucu Tok Kenali maka dia dapat “tauliah besar” untuk sampaikan ceramah “agama” ikut suka hati kepala hotak dia?

Bok Lokman sebelum ini mengakui bahawa dia baru baru berubah dan belajar “agama” dari PAS. Sudah la baru belajar, belajar tentang Islam dari golongan yang jual Islam pulak tu. Sepatutnya, Bob Lokman belajarlah dari agensi yang muktaraf seperti JAKIM, JAIS, MAIS, PERKIM atau yang sewaktu dengannya. Jika Bob Lokman belajar dari agensi-agensi tersebut, silap-silap dia lebih hebat ilmunya dari Ustaz Ridhuan Tee Abdullah…

Layakkah orang yang baru belajar “agama” PAS untuk mengajar umat Islam lain tentang Islam? Dia baru belajar, tapi nak ajar orang pulak? Bila orang tahan dia dan tak beri kebenaran kepadanya untuk mengajar, dia tuduh pula JAIS bersekongkol dengan UMNO. Bila masa pulak JAIS bersekongkol dengan UMNO? Masa UMNO berkuasa di Selangor dulu, Kerajaan UMNO memang berhubungan baik dengan JAIS, tapi tak pernah la pula UMNO nak politikkan JAIS atau paksa agensi di bawah naungan DYMM Sultan itu untuk menyebelahinya. JAIS dibiarkan neutral!

Janganlah macam tu, Bob! Yang tahan kamu itu ialah DYMM Sultan Selangor dan Hasan Ali, mantan Pesuruhjaya parti kamu sendiri. Yang kamu tuduh UMNO tu apahal?

Nampaknya Bob sudah salah “terkam”. Kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa “dia ditahan setelah jadi baik”. Perkataan “ditahan” menunjukkan dia telah “ditahan” oleh satu “pihak”, iaitu pihak yang mengeluarkan arahan kepada JAIS. JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan perintah dari “Ketua Tertinggi Agama Islam Negeri Selangor”.

Maka, bolehlah disimpulkan bahawa Bob Lokman seolah-olah cuba memburuk-burukkan DYMM Sultan Selangor dalam kenyataan tersebut, seolah-olah Sultan Sharafuudin Idris Shah “zalim” kerana menahannya setelah dia sudah jadi “baik”! Setujukah Bob Lokman dan sudikah dia mengaku kesilapannya, sekaligus mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk memohon ampun?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Bob…

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!