Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, October 31, 2011

Oii PAGE..!!! Apa Ugut-Ugut PM? Korang Ingat Pakatan Haram Akan Teruskan PPSMI Ke Kalau Diorang Menang???

Hari ini, sebuah NGO yang dikenali sebagai PAGE bertindak mengugut Kerajaan BN dan Perdana Menteri untuk tidak memberikan undi mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang sekiranya terus menghalang dasar PPSMI yang dijalankan hampir sembilan tahun ini.

Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam kenyataannya hari ini berkata…

‘”Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” katanya yang dipetik dari media hari ini.

Pada pandangan saya, niat dan tujuan PAGE ini sangat bagus iaitu mempertahankan dasar PPSMI yang diilhamkan sejak zaman Tun M lagi. PPSMI sememangnya menghadapi pelbagai masalah pada awalnya ekoran perlaksanaan yang kurang efektif dan kuran persediaan oleh Kementerian Pelajaran ketika itu.

Apatah lagi ketika itu Kerajaan turut ditekan oleh golongan dan gerakan anti PPSMI yang mahu dasar tersebut dimansuhkan. Antara yang kuat mahu PPSMI dimansuhkan ialah parti-parti politik pembangkang yang mengambil kesempatan atas isu tersebut, ibu bapa yang kononnya ‘cendekiawan’, pakar bahasa dan sasterawan, termasuk Pak Samad Janggut.

Ekoran itu, Kementerian Pelajaran yang telah diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengkaji semula dasar tersebut dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk guru-guru yang telibat di sekolah.

Kemudiannya, PPSMI telah digazetkan akan dimansuhkan pada tahun hadapan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan. Bagaimanapun, bahasa Inggeris telah ditetapkan sebagai bahasa pengantar bagi pelajar universiti awam, matrikulasi dan tingkatan enam.

Pada saya, rakyat negara ini sangat rugi kerana kehilangan PPSMI pada tahun hadapan dan saya bersetuju dengan pandangan PAGE yang menegaskan tentang kepentingan PPSMI kepada pelajar-pelajar sekolah yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Penguasaan linguistik mereka terutamanya bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan memandangkan bahasa itu sebagai “bahasa ilmu” bertaraf dunia.

Namun, apa yang saya tidak setuju dengan PAGE ialah cara mereka untuk mengekalkan PPSMI itu. Patutkah PM dan Kerajaan BN diugut dengan undi politik? Dulu, ketika puak-puak Pakatan Haram dan Pak Samad Janggut melalak mengenai “mansuhkan PPSMI”, di mana Datin Noor Azimah berada? Di mana PAGE ketika itu? Tidur ke? Kenapa tak ugut puak-puak ini?

Mengapa setelah diumumkan TPM pada tahun 2009 tentang pemansuhan itu, PAGE baru nak bersuara? Nak PRU baru nak bersuara? Nak tarik perhatian atau ada ‘agenda’ di sebalik batu? Persoalan utamanya, mengapa perlu ugut PM? PAGE suka diugut? Apa Mak Datin itu suka kalau orang ugut dia? Logik lah sedikit dalam mengambil tindakan…

Sekiranya PAGE undi Pakatan Haram pada PRU ke-13 ini, apakah mereka ingat Pakatan Haram akan melaksanakan PPSMI di dalam dasar pendidikan negara? Bodoh betul cara PAGE berfikir! Cuba rujuk balik siapa yang sebelum ini membantah PPSMI dan mahu dasar itu dimansuhkan! Bingai!

Sebenarnya, ada lagi cara yang lebih sopan dan berhemah untuk menyuarakan perjuangan PAGE itu. Pergilah berjumpa dengan TPM. Sudahkah PAGE memohon mengadakan dialog perbincangan dengan TPM sebelum ini? Rasanya, jika kena dengan caranya, insyaAllah, TPM itu boleh pertimbangkan cadangan PAGE itu.

Tindakan PAGE dengan mengugut PM dan Kerajaan ini jelas sekali cuba membuat musuh antara satu sama lain. Alang-alang nak buat musuh, kenapa tak pergi buat demo depan rumah Pak Samad Janggut dan ibu pejabat parti pembangkang? Takut? Ugut PM berani pulak ye?

PAGE perlu ingat, “matlamat tidak menghalalkan cara” untuk mengugut PM. Itu bukan cara terbaik untuk memperjuangkan sesuatu dasar mahupun menegur Kerajaan. Justeru itu, saya fikir lebih baik PAGE kaji semula pendekatan mereka mengenai isu ini dan kemukakan pada TPM secepat mungkin. Tapi ingat, cara tu biarlah berhemah dan berkhikmah. Jangan main bedal saja…!

1 comment:

Anonymous said...

Bro, diaorang tu dah lama bersuara. Dah macam2 diaorang buat tapi tak dilayan. Jadi bila dah hampir 2012 ni, dah takde jalan lain, tu yang jadi lagu tu. Mungkin mereka mahu perhatian serius dari PM.

Aku tak tunggu PPSMI, aku ajar anak sendiri. Tak faham, aku beli dictionary sains. Kawan aku punya taman lagi bagus, diaorang kumpul duit, panggil cikgu ajar sains dlm BI. Kat universiti semua BI bro. Tergamak ke tengok anak terkeruk2 kepala tak faham.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!