Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, October 30, 2011

KEPADA SEMUA BEBUDAK UNIVERSITI PRO PAKATAN HARAM SELURUH MALAYSIA...!!!


Oi budak-budak mentah kat universiti-universiti! Korang dengar tak apa yang DYMM Sultan Johor titahkan ni? Kalau tak paham jugak apa yang dititahkan, elok kemas kain baju korang dan berambus dari universiti tu..!!!

Kalau korang degil jugak maknanya memang korang muka tembok, muka tak tau malu! Allah bagi otak yang bijak, tapi takde akal yang baik untuk berfikir. Elok korang-korang yang berdemo kat UIA hari tu kena lempang sorang sepuluh kali!

Korang ni pikirlah sikit pasal mak bapak korang yang hantar korang belajar kat universiti tu. Diorang ingat korang pegi belajar. Tapi korang buat tak senonoh kat universiti tu. Best sangat ke berdemo tu? Rasa kuat sangat lah ye?

Weyyy..!!! Aku pun pernah belajar kat universiti laaaa..!!! Tapi student time kitorang tak la bengong macam korang! Kitorang pun pernah protes jugak, tapi biar la kena dengan caranya! Kalau la aku still kat universiti lagi, memang nahas la korang...aku luku kepala sekor-sekor...

Cube korang fikir..korang berdemo gitu, Najib dengar ke apa yang korang nak suarakan? Korang ingat dia boleh terima ke? Weyyy..!!! Kalau nak tegur PM pun, biarlah dengan cara yang berhikmah dan kena dengan cara. Baru dia layan...kalau korang buat cam tu..korang ingat di nak layan ke? Heh! Kalau aku..sorry laaaa...

Okay..skang korang baca apa yang DYMM Sultan Johor titahkan kat bawah..!

BATU PAHAT, 29 Okt ― Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan baginda akan melepaskan jawatan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jika penuntut terus terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Sultan Ibrahim bertitah para penuntut perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terbabit dengan aktiviti politik atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai canselor universiti ini,” titah baginda dipetik Bernama hari ini.

Titah baginda, adalah lebih baik untuk “saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini.”

Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Sultan Ibrahim juga bertitah, antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar membabitkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.

1 comment:

Anonymous said...

terharu dan sebak. jarang sultan yang ada mahu bertindak demikian.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!