Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, October 26, 2011

GEMPARRR..!!! SAM KETOT LONDEH SELUAR ANWAR DEPAN NAJIB..!!!?

Setelah sekian lama menyembunyikan diri sejak perhimpunan Bershit 2.0 ekoran takut tunjuk muka kerana kenyataannya yang menghasut rakyat melakukan kekecohan melampau ala-ala negara timur tengah, Sam Ketot kembali bersuara dari celah ketiak Anwar Ibrahim.

Saya ketawa besar apabila membaca kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, yang terkenal dengan panggilan manja, “Sam Ketot”, yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.

Kenyataan itu dibuat Sam Ketot semalam ekoran Perdana Menteri dikatakan “membisu” apabila dicabar Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai Bajet 2011 yang baru dibentangkan baru-baru ini.

Apa kelas Najib nak layan Anwar berdebat? Siapa Anwar? Seorang bekas menteri kewangan terbodoh dalam negara nak ajak seorang pemegang ijazah ekonomi universiti luar negara? Itu yang Sam Ketot mahukan? Apa Sam Ketot sudah hilang akal, kah?

Tidakkah Sam Ketot tahu latar belakang pendidikan Anwar? Ya, dia seorang lulusan Universiti Malaya, tapi tahukah jurusan apa yang diambil oleh “dewa pujaan”nya itu? Tahukah Sam Ketot ijazah kelas berapa yang dimiliki Anwar Ibrahim? Saya tak mahu dedahkan. Carilah sendiri fakta tentang bossnya itu…

Ya, memang Anwar bekas menteri kewangan. Dia diangkat ke jawatan itu oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Namun, untuk pengetahuan Sam Ketot, segala urusan mengenai kementerian kewangan ketika itu semuanya dibuat oleh Tun M. Anwar ketika itu hanya “tukang cakap” dan “tukang isytihar” saja. Macam tu hebat?

Nak tahu kenapa semua hal kementerian kewangan ketika itu dibuat oleh Tun M? Tun M buat begitu sebab beliau sedar akan kebodohan dan latar belakang Anwar yang memang tak tahu apa-apa pasal ekonomi. Budak “art” nak gubal dasar ekonomi negara? Menentukan dasar ekonomi negara bukanlah semudah mencipta rangkap pantun…

Kemudian, Anwar dilantik pula jadi penasihat ekonomi Selangor oleh Khalid Gagap untuk membodek bossnya itu. Anwar bergaji RM1? Pada saya, gaji RM1 itu sudah cukup mahal untuk Anwar. Dia tak layak pun jadi penasihat bab-bab ekonomi. Satu sen pun tak wajar dibayar padanya!

Cuba lihat apa yang berlaku pada ekonomi negeri Selangor. Hancur! Khalid Gagap siap nak rompak duit zakat Selangor lagi akibat “rompakan” Anwar, mujurlah DYMM Sultan Selangor selamatkan duit zakat tersebut…

Kemudian, bandingkan pula dengan Perdana Menteri. Untuk pengetahuan Sam Ketot, Najib merupakan lulusan Universiti Of Nottingham. Sam Ketot tahu tak di mana Universiti Of Nottingham tu? Tidak, universiti itu tidak terletak di Permatang Pauh! Universiti itu letaknya di England dan merupakan salah sebuah pusat pengajian tinggi berprestij untuk jurusan ekonomi…

Wahai Sam Ketot, Najib memiliki ijazah sarjana muda Ekonomi Industri pada tahun 1974. Di zaman itu, ingat senangkah nak masuk universiti di luar negara? Di mana Anwar pada tahun 1974? Sila rujuk sejarah. Anwar ketika itu berada di dalam tahanan kem ISA di Kamunting bersama Ibrahim Ali kerana buat kacau di dalam negara! Orang sebok belajar ekonomi, Anwar meringkuk dalam “universiti” ISA? Apa punya “tuuuurrrr..”!

Dengan latar belakang Najib yang begitu membanggakan, maka Sam Ketot mahu Anwar berdebat dengan seorang ahli ekonomi? Apa Sam Ketot nak kasi malu Anwar, kah? Dia mahu Anwar dimalukan di depan seluruh rakyat Malaysia, kah? Sam Ketot dah hilang akal, ke?

Sam Ketot sewajarnya menghadiahkan cermin kepada Anwar Ibrahim dahulu sebelum mencabar Najib berdebat mengenai soal Bajet. Sepatutnya, Sam Ketot memberanikan diri untuk menegur Anwar Ibrahim supaya pergi berdebat dengan Saiful Bukhari dan barisan Pendakwaraya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dengan Saiful Bukhari pun Anwar takut lari masuk Kedutaan Turki, inikan pula nak berdepan dengan Najib? Heh! Sedarlah diri tu sikit…!


Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

penulis harus ingat ijazah tidak melambangkan apa2. yang penting ialah kemahiran berfikir bagaimana nak majukan negara dan memakmurkan rakyat. tidakkah penulis tengok bahawa kepandaian najib adalah untuk kantung dan temboloknya sahaja. apakah ini dikatakan pakar dalam memrintah negara?. celik betul2lah wahai penulis.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!