Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, October 26, 2011

GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM SELANGOR ADA SHARE HARGA MAHAL TIKET FINAL PIALA MALAYSIA..???!!!


Pelik betul. FAM nak peminat bola sepak meriahkan Final Piala Malaysia, tapi diorang kenakan harga paling mahal dalam sejarah, RM50..!!! Padahal, diorang pun tahu tak ramai yang mampu bayar semahal tu...nak cekik darah ke?

Lain la kalau match tu sediakan makan free sepanjang game ke..semua tempat duduk ditukar jadi status grand stand ke...player semua bertaraf dunia ke...agak-agak la sikit...

Tak salah nak naikkan harga tiket Final tu..semua orang faham..tapi berpada-pada la..berpatutan la sikit...dah la stadium Shah Alam tu makin teruk conditionnya...kat stadium Bukit Jalil last year pun hanya RM30 je..apahal naik mahal sangat ni..?

Apa Khalid Gagap ada share percent jugak ke dalam harga tiket tu..???!!!

Harga Tiket Mahal: Bola Sepak Malaysia Milik FAM, ke?

Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 tahun lalu kepada RM50 tahun ini mencetuskan persoalan apakah sukan bola sepak di Malaysia milik mutlak FAM dan suku-sakat mereka yang ada di dalam persatuan peringkat negeri?

Peningkatan hampir 66 peratus itu bukan sahaja keterlaluan, malah menimbulkan kemarahan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan, dua pasukan yang berentap di perlawanan akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Bukan penyokong kepada kedua pasukan itu pun mungkin kurang senang dengan sikap FAM menaikkan harga tiket ke tahap itu secara sesedap hati sesedap mulut sendiri.

Mungkin juga ada pihak dalam persatuan itu menyangkakan bahawa sukan berkenaan adalah milik Sdn. Bhd. FAM.

Harga tiket itu juga nyata tidak mencerminkan gagasan Rakyat Didahulukan. Ia lebih mencerminkan kantung FAM yang didahulukan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan kenaikan harga tiket tersebut seolah-olah wujud cubaan mengambil kesempatan atas sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak akhir-akhir ini.

“Mungkin melihat sambutan yang menggalakkan dari peminat, ia menyebabkan permintaan tinggi berlaku terhadap tiket perlawanan akhir itu.

“Atas permintaan tinggi dan tempat duduk yang terhad, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengenakan harga tiket yang tinggi bagi perlawanan tersebut,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Alasan yang diberikan FAM atas peningkatan harga itu ialah hanya 65,000 sahaja tiket berbayar akan dijual dan mahu menyelaraskan perbezaan antara tempat duduk utama dan biasa.

FAM memberitahu, persatuan bola sepak kedua negeri bersetuju dengan peningkatan harga itu.

Mohd Yusof berkata, adalah tidak wajar untuk mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah memandangkan tindakan itu mampu merencatkan kemeriahan suasana perlawanan akhir piala paling berprestij tanahair itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak penganjur perlawanan akhir tersebut dan keistimewaannya berbanding perlawanan akhir lain.

“Apakah penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini memberikan perkhidmatan ‘extra’ yang lebih baik kepada penonton di stadium?

“Untuk menaikkan harga tiket sebegitu tinggi, FAM mestilah membuat justifikasi yang berpatutan agar penonton rasa berbaloi membayar tiket dengan harga yang tinggi,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, FAM juga tidak wajar memberi alasan menaikkan harga tiket untuk mengumpul dana membaik pulih Stadium Shah Alam yang dipilih menjadi medan perlawanan akhir itu memandangkan stadium berkenaan berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Mohd Yusof menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan sama ada mahu ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan mereka atau sekadar menyaksikan perlawanan akhir di kaca televisyen sekiranya ditayangkan secara langsung pada 29 Oktober ini.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub.my di laman web Facebook milik FAM, majoriti penyokong ‘hobin jang hobin!’ dan ‘peteh Terengganu peteh’ memaki hamun tindakan menaikkan harga tiket tersebut serta membuat satu akaun Facebook khas ‘FAM – Apa Hal Tiket Mahal’ sebagai tanda protes.

“FAM cuba mengaut keuntungan demi kepentinggan sendiri,dari memberi kepuasan kepada penyokong2 bola sepak di negara sendiri,dengan menaikan hargga tiket fainel antara n9 dan trnganu pada sabtu ini…” kata Yusri Mohd di dinding Facebook FAM itu.

“FAM sendiri yg membunuh semangat kesukanan dinegara sendiri…!!!!,” kata Rasul Haidi pula.

kopalo uwan chik korang RM50?! suko-suko yo korang nak naik kan hargo tiket! usah bangang ea tu PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM ) !! makan la korang duit kelepet tu. patot la buncit powut sekor2!,” kata Fathul Haqim Baharuddin.

Tiket final Piala Malaysia 2011 mula dijual hari ini dengan harga tiket ditetapkan RM50 bagi semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak.

Bagi penyokong-penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing diperuntukkan 30 ribu tiket, manakala baki lima ribu dijual di Stadium Shah Alam. -Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!