Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, October 26, 2011

GEMPARRR..!!! NAJIB LARI TAKUT JUMPA "BUDAK-BUDAK MENTAH" DI UIAM..???

Saya ketawa besar mendengar dakwaan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, "takut" untuk hadir ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam bagi merasmikan upacara penutup Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri.

Menurut berita yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Pengerusi pertubuhan "budak-budak mentah" itu, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan malam ini adalah atas dasar "takut" untuk berdepan dengan mahasiswa.

Betul ke Najib "takut" nak ke UIAM semalam? Logikkah dakwaan itu? Apa asasnya dan atas alasan apa yang membuktikan Najib "takut" pada "budak-budak baru nak belajar hidup" itu?

Pertamanya, jika dirujuk kepada jadual asal, sememangnya Datuk Seri Najib dijadualkan untuk merasmikan upacara penutup debat tersebut di UIAM. Dan semalam juga Perdana Menteri dijadualkan menghadiri sebuah majlis pelancaran anjuran sebuah syarikat korporat yang terkenal di ibu negara.

Tapi, tidakkah "budak-budak mentah SMM" ini tahu bahawa semalam adalah hari pengkebumian Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud yang mangkat Sabtu lalu?

Dan apakah "budak-budak mentah" yang dipercayai ditaja pembangkang itu tahu bahawa semua ketua-ketua kerajaan, khususnya negara Islam, dijemput hadir ke majlis tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Saudi yang mangkat itu?

Tak faham bahasa, kah?

Tidakkah "budak-budak mentah" itu boleh berfikir bahawa menghadiri majlis penghormatan terakhir itu lebih penting untuk memastikan hubungan baik dan lebih erat antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi?

Sebenarnya, Datuk Seri Najib bukan hanya membatalkan jadualnya ke UIAM sahaja, malah jemputan dari syarikat swasta terkenal itu pun dibatalkan juga! Apakah SMM juga mahu mendakwa Najib turut "takut" untuk hadir ke majlis syarikat tersebut? Ada "budak-budak mentah" yang tunggu Najib di majlis syarikat itu juga, kah?

Pelik betul cara pemikiran "budak-budak mentah SMM" ini. Nak dikatakan bodoh, mereka ada otak dan belajar di universiti. Mungkin mereka terpengaruh dengan CheguBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kot? Patut pun terserlah sangat kebodohan mereka berfikir...
Isu UIA: Najib takut temu mahasiswa, dakwa wakil pelajar



KUALA LUMPUR,25 Okt — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut untuk berhadapan dengan perkembangan semasa dengan sanggup membatalkan kunjungan saat-saat akhir ke pusat pengajian tinggi itu.

Berdasarkan jadual asal Najib sepatutnya mengadakan lawatan ke UIA bagi menyempurnakan final debat Piala Perdana Menteri antara universiti malam ini.

Ekoran demonstrasi Jumaat lalu, SMM merancang untuk meneruskan protes dengan menyerahkan memorandum kepada Najib (gambar) hari ini.

Dalam satu kenyataan pagi ini, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab berkata, SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan malam ini adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.

“SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari,” kata beliau merujuk kepada isu menyelubungi Aziz.

UIA sedang menyiasat Aziz berhubung kentataannya menyentuh titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Banyak pihak mengkritik tindakan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab dengan menggantung tugas Aziz sejak Rabu lalu.

Beberapa jam selepas Aziz menjawab surat tunjuk sebab petang semalam, UIA menarik balik penggantungan tugas dan beliau diminta lapor diri hari ini.

Jumaat lalu, sekitar 700 pelajar mengadakan demonstrasi di kampus UIA mendesak tindakan ke atas Aziz ditarik balik.

Dalam kenyataan hari ini, Syukri berkata, demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung.

“Kami menjangkakan, (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Hishammuddin Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri,” kata beliau. -Malaysian Insider

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!