Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, October 24, 2011

GEMPARRR..!!! LUAHAN HATI PENYOKONG TEGAR PAS DI HIMPUNAN SEJUTA UMAT..!!!

Sedar tidak sedar, PAS kini semakin hilang sokongan dari kalangan para badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, para cendikiawan Islam, golongan ulama muda PAS, dan para mahasiswa-mahasiswi universiti di negara ini.

Himpunan Sejuta Umat yang berlangsung Sabtu lalu di Stadium Melawati Shah Alam membuktikan hakikat tersebut dan PAS semakin jauh dari hari umat Islam di seluruh negara.

Memang benar, hanya sekitar 10,000 orang umat Islam saja yang berhimpun pada majlis tersebut. Namun, apa yang PAS perlu tahu bahawa majoriti peserta himpunan itu adalah dari kalangan penyokong-penyokong parti itu dan yang paling mengejutkan, mereka sudah “tawar hati” dengan PAS sendiri!

Kita lihat dahulu siapa yang hadir di majlis berkenaan.

Pertamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS yang digulingkan Khalid Samad dan Abdul Rani pada Muktamar PAS yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Hasan Ali. Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad pun hadir!

Bukankah sebelum ini PAS sudah mengumumkan fatwa terbaru yang melarang ahlinya untuk hadir di himpunan untuk menyelamatkan aqidah umat Islam itu? Dalam ertikata “larang”, bermaksud “mengharam”kan dari kontek disiplin parti, sekaligus menandakan mereka ingkar pada arahan parti!

Keduanya, ialah kehadiran ramai pak-pak lebai PAS yang bertakbir setiap kali ucapan dibuat. Bukankah itu “trademark” PAS dan Pakatan Haram pada setiap perjumpaan atau ceramah? Takkan tak kenal orang sendiri?

Melihat kepada cara dan sifat NGO-NGO yang memenuhi ruang stadium, jelas sekali mereka penyokong PAS. Nak tahu kenapa? Tak nampakkah karung-karung kutipan derma sebagaimana amalan PAS di majlis-majlis ceramah dan Muktamar PAS sebelum-sebelum ini? Setahu saya, hanya PAS saja yang amalkan begitu…

Ketiganya, melihat kepada beberapa individu yang hadir, mereka bukan calang-calang orangnya. Antara yang hadir ialah aktivis Islam dari kalangan doktor-doktor, ahli akademik, peguam-peguam muslim, ahli perniagaan Islam dan golongan professional.

Semua mereka bersemangat menyokong Himpunan Sejuta Umat dan mengenepikan “fatwa” PAS! Ramai yang memakai “ketayap putih” dan bersulam warna hjiau! Warna rasmi parti manakah itu? Dan anehnya, mereka turut meluahkan kekecewaan dan “tawar hati” mereka pada sebilangan “parti-parti politik” yang menolak untuk menyokong himpunan itu! Parti mana yang dimaksudkan itu agaknya?

Keempatnya ialah kehadiran golongan muda yang berserban, berjubah, bertudung litup labuh ke bawah, berpurdah, dan ada yang memakai baju IPTA tempat mereka belajar!

Pun mereka mengaku orang PAS! Tapi ketika ditemui, mereka sudah jelak dan jelek dengan parti “bulan” kerana sikap “pengecut” dan mengutamakan politik dari Islam! Merekalah yang paling kuat menyuarakan ketidak puasan hati terhadap “beberapa parti yang benci umat Islam bersatu” itu.

Parti politik mana agaknya yang mereka maksudkan, ya?

Kalau PAS nak tahu, kesemua yang hadir itu menyelar dan kecewa dengan “parti mereka” yang tak mahu turut serta menyelamatkan aqidah dan memartabatkan Islam di Malaysia. Semuanya kecewa sangat!

Dan yang paling penting, PAS perlu tahu mereka enggan lagi memilih Pakatan Haram pada Pilihanraya Umum ke-13 ini!

Tapi jangan salah faham. Mereka bukan nak tinggalkan PAS. Mereka masih setia bersama PAS. Namun kata majoriti mereka, sekiranya PAS masih bersama DAP dan PKR, maka undi mereka bukan lagi untuk PAS! Tak tahulah, itu kata mereka…

Justeru itu, saya ingatkan PAS supaya dengarlah sama dengan “suara akar umbi” yang berjuang “lillahi ta’ala” di bawah. Usahlah dengar sangat “suara” dari sahabat-sahabat baru PAS yang terdiri dari “syaitan” dan “jin-jin Yahudi” itu.

Mereka yang memperjuangkan PAS selama ini. Tanpa mereka, siapalah PAS di dunia politik negara. Mereka mahu PAS “mufaraqah” dari DAP dan PKR. Mereka tidak mahu lagi pemimpin dan parti mereka “dikeldai”kan. Mereka sudah bosan dipermainkan. Mereka tak mahu hilang lagi perjuangan!

Itu kata mereka, bukan saya. Tak percaya? Pergilah tanya akar umbi yang hadir pada Himpunan Sejuta Umat itu. Tapi kalau PAS degil juga tak mahu dengar kata “suara akar umbi”, maka bersedialah..!

Mereka akan lakukan apa yang penyokong-penyokong UMNO lakukan pada Pak Lah pada tahun 2008.

“Undi protes!,” kata mereka, bukan saya…


Sumber: klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Saya salah seorang yang akan undi protes untuk PAS dalam PRU nanti.

kak rosmah ku sayang said...

kahkahkah....majoriti penyokong pas sudah meluat dgn pas....tapi yang hadir hanya dlm 4 ribu je......(laporan berita hairan)..mana datang 10ribu tu......hahahhaha......kata banyak NGO yg x sokong PAS akan hadir tp kenapa sikit je.......kalau yg hadir cuma 4ribu je....xkan semua org PAS yg bercakap dgn admin dan bgtau diaorang xkan sokong PAS tu mewakili majoriti dlm PAS..kahkahkah....program x dapat sambutan mcm ni la jadinya

Bila Kak Su Bersuara... Heh!