Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, October 24, 2011

GEMPARRR..!!! KEPALA ANWAR AKAN MELAYANG KALAU TURUN KE KG BUAH PALA..???!!!

Hari ini, Presiden DAP, Karpal Singh berkata bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipenjarakan sekiranya ingkar pada perintah Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa seluruh penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

Katanya, pada Ogos tahun itu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan semua penduduk kampung tersebut pindah dari rumah mereka dan menyerahkan kampung itu kepada pemaju Nusmetro Sdn Bhd untuk dibangunkan.

Benar. Memang benar kata Karpal itu. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Namun, saya ingin bertanya kepada Karpal Singh yang juga merupakan seorang ketua barisan pembelaan Anwar Ibrahim tersebut, “APAKAH DI NEGARA INI TIDAK ADA MAHKAMAH RAYUAN..???”.

Sebagaimana kita tahu, Karpal telah berjaya menangguhkan kes liwat Anwar Ibrahim dalam tempoh yang sangat lama. Lebih tiga tahun! Tidak bolehkah dia mewakili penduduk Kampung Buah Pala tersebut menangguhkan kes tersebut di mahkamah dan membua permohonan ke Mahkamah Rayuan untuk dibicarakan semula?

Tentu boleh bukan? Kalau untuk Anwar, boleh pula dia buat begitu. Tapi kalau untuk rakyat, khususnya penduduk Kampung Buah Pala yang telah termakan dengan “sumpah atas kepala” Anwar dan Pakatan Haram itu, kenapa tak boleh pulak?

Seperkara yang saya perhatikan, dengan kenyataan Karpal tersebut, ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang takut membela nasib rakyat! Lim Guan Eng takut ke penjara! Guan Eng takut membela rakyat! Dan paling jelas, Guan Eng gagal sama sekali membela rakyat dengan sedaya upayanya atas kapasiti Ketua Kerajaan Negeri!

Sebenarnya, Guan Eng mampu menyelamatkan Kampung Buah Pala. Dia boleh menawarkan pampasan kepada pihak pemaju dengan tawaran yang setimpal atau yang lebih menarik sebagai timbal balas atas kerugian pihak pemaju itu. Namun tidak! Guan Eng memilih untuk cepat mengalah dan ternyata Guan Eng bagaikan ada agenda “tersembunyi” di sebalik isu kampung tersebut!

Hakikatnya, Anwar telah bersumpah di atas kepala seorang lelaki India yang juga merupakan penduduk kampung tersebut. Nampaknya boleh pulak Anwar bersumpah, ya? Kalau dengan Eskay, Saiful Bukhari dan Umi Hafilda, tak boleh pula Anwar bersumpah? Anwar lebih percaya pada sumpah atas kepala berbanding sumpah dengan nama Allah yang Maha Esa?

Hakikatnya Anwar telah melanggar sumpah atas kepala seorang India. Saya percaya, mengikut kepercayaan dan adat kaum India, tentunya ada hukuman yang setimpal untuk orang yang langgar sumpah seperti Anwar. Boleh saya tahu apa hukuman yang layak untuk “orang langgar sumpah” seperti Anwar itu?

Pada logik saya, bersumpah diatas kepala seseorang adalah bagaikan bersumpah dengan nyawa seseorang. Ini memandangkan bahawa kepada adalah tanda kehormatan, maruah, kehidupan dan nyawa seseorang. Semuanya letak dikepala.

Misalnya, jika saya ketuk, tampar atau mempermainkan kepala seseorang, sudah tentu dia marah sebab ia melibatkan maruahnya. Jika potong kaki, nyawanya mungkin tak melayang. Tapi kalau potong kepalanya, maka sudah tentu secara normal, nyawanya akan turut melayang!

Oleh itu, sudah tentu besar sekali “dosa” bagi mereka yang ingkar pada “sumpah atas kepala”. Itu atas perspektif pandangan saya, apa pula kata orang India? Orang India tak kisah, kah?

Tak payahlah Karpal nak berdolak dalik atau “cover line” menyelamatkan Guan Eng atau Anwar lagi. Karpal juga mahu di”makan sumpah”? Jangan fikir orang India di Pulau Pinang bodoh. Ramai dari mereka yang terpelajar dan punya akal untuk berfikir. Mereka bukan seperti “Chot” atau Malik “itik”!

Saya baru pulang dari kubu kuat PKR dan PAS di Guar Perahu tadi. Tak payahlah saya ceritakan secara terperinci. Nantikan saja PRU ke-13 nanti. Walaupun di depan pintu rumah mereka terpacak bendera PKR dan PAS, belum tentu lagi mereka akan memilih Pakatan Haram bila tiba musim mengundi nanti. Tak percaya? Tunggu sajalahhhh…!!!


Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

kapal pusing melobi undi...

lagi cepat kepala melayang lagi bagus...

paling kurang pun masukkan al jub ni dihabitat asal iaitu buluh jungle...

pejuang hamas...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!