Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, October 11, 2011

GEMPARRR..!!! Bob Lokman Mengaku "Baik"..?!!!

Saya tersenyum sumbing bila melihat sikap bekas pelawak terkenal, Bob Lokman, yang melenting dan melatah apabila mengulas mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang menahan beliau selepas menyampaikan satu ceramah ‘agama’ di sebuah masjid di Hulu Langat baru-baru ini.

Sebagaimana kita tahu, untuk menyampaikan apa-apa bentuk ceramah, taklimat, tazkirah mahupun sesuatu mengenai ajaran agama Islam, seseorang individu itu perlu mempunyai tauliah dari Jabatan Agama Islam di negeri tersebut. Tauliah tersebut dikurniakan sendiri oleh DYMM Sultan yang menaungi Jabatan tersebut di negeri naungan masing-masing.

Tauliah tersebut sangat perlu ekoran ajaran agama Islam perlu dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri dari sebarang penyelewengan aqidah, ajaran sesat, silap faham tentang ajaran Islam sebenar dan memastikan agar Islam tidak dicemari oleh dakyah yang tidak benar atau tepat.

Itu antara rasional tentang mengapa seseorang itu perlu mendapat tauliah untuk berbuat demikian di masjid-masjid yang dibawah naungan DYMM Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam di sesebuah negeri. Adakah Bob Lokman tidak faham atau tidak peduli dengan garis panduan tersebut? Susah sangatkah untuk mematuhinya?

Sebelum ini, bekas Mufti Perlis yang sering mencetus kontroversi, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin, pernah ditahan JAIS kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah di Selangor. Ini adalah kerana meskipun beliau adalah bekas Sahibus Samahah Mufti Perlis dan seorang yang berilmu agama, namun tauliah untuknya hanya laku di Perlis sahaja dan tidak di Selangor.

Tak dapatkah Bob Lokman berfikir tentang dirinya? Sudahlah ‘baru’ nak mengenal Islam, nak dikenalnya Islam itu pun melalui PAS yang sering selewengkan fahaman umat Islam. Layakkah dia menyampaikan tentang suatu perkara yang dia sendiri tidak ‘master’ atau mahir secara mendalam?

Tindakan Bob Lokman itu seolah-olah seorang budak yang baru belajar “A, B, D, G, K..” secara tidak tersusun dan tertinggal huruf di merata tempat, namun cuba tunjuk pandai kepada sekelompok jemaah yang akan percayai pada kata-katanya.

Setelah ditahan, Bob Lokman mempersoalkan, “mengapa dia ditahan setelah jadi baik?”.

“Jadi baik”? Apa maksud Bob Lokman dengan ungkapan “jadi baik”? Apakah dia cuba memberitahu dia adalah seorang yang “jahat” sebelum ini? Apakah Bob Lokman minum arak? Bunuh orang? Berzina? Syirik kepada Allah SWT? Atau dia menderhaka kepada kedua ibu bapanya? Dia ada buat banyak dosa besarkah sebelum ini?

Jika benar dia pernah buat dosa besar, apakah dia fikir dengan menyertai PAS maka dia fikir dia sudah “jadi baik”? Apakah dia fikir dengan memakai jubah, melilit serban di kepala dan memegang sebatang tongkat kayu maka dia fikir dia sudah berubah “jadi baik” sebaik Tok Kenali, datuknya yang terkenal di Kelantan itu? Apakah dia fikir dengan berubah identiti menyerupai datuknya itu maka dia fikir dia sudah “jadi baik” seperti datuknya?

Jangan “jadi bodoh” lah Bob! Saya fikir, jika Allahyarham Tok Kenali masih hidup sekarang pun, sudah tentu ulama terkenal Kelantan itu akan ‘hadiah’kan penampar ‘jepun’ di muka Bob Lokman. Rasanya, nak mengaku Bob Lokman sebagai cucunya pun dia malu. Sudahlah “jahat” sebelum ini, kemudian setelah ‘berubah’ pun masih lagi ‘jahat’, malah lebih ‘jahat’ dari sebelumnya!

Tidakkah Bob Lokman tahu bahawa ada satu golongan umat Islam (termasuk ulama) yang akan dimasukkan ke dalam neraka yang lebih bawah dan dalam berbanding golongan kafir? Tahukah Bob tentang ciri-ciri mereka? Antaranya iala golongan yang menjual dan mempergunakan agama untuk tujuan duniawi. Tidakkah Bob kenal dengan “mereka”?

Kalau Bob tak kenal, saya boleh kenalkan. “Mereka” adalah sebuah parti yang berkempen dengan bertanyakan soalan “antara Islam dan Melayu, siapakah yang anda pilih?”. Sekiranya memilih Islam, maka mesti pilih PAS dan sekiranya memilih Melayu, maka mesti pilih UMNO.

Dan sudah tentu sebagai umat Islam, kita akan memilih Islam. Tapi sekiranya kita memilih Islam, apakah kita membuang “Melayu”? Kempen politik apakah yang menjual nama “Islam” sebegini? Islam menjadi barang dagangan untuk meraih undi politik yang bersifat keduniaan, kah?

Bob, itu baru satu contoh. Banyak lagi yang Bob boleh dapat dan fikirkan mengenai salah faham dan permainan minda oleh parti yang Bob sertai itu. Mereka memanipulasi minda umat Islam dengan memperniagakan nama Islam. Ramai yang tertipu dan akhirnya mengakibatkan umat Islam di negara ini berpecah belah hanya kerana ideologi politik. Malah ada saudara seagama yang dikafirkan mereka! Ingat lagi pada “amanat Hj Hadi”?

Sudahlah Bob. Tak payah nak temberang atau cuba menegakkan benang yang basah. Kelak akan menyerlahkan lagi kebodohan yang ada pada kepala otak cucu Tok Kenali. Nama siapa yang busuk nanti? Nama Tok Kenali yang baik budi juga akan terbabit.

Sewajarnya, Bob mengakui bahawa dia bersalah dalam hal ini kerana menyampaikan sesuatu yang dia sendiri “kelam” dan tidak layak. Dia patut mohon dahulu tauliah dari Jabatan Agama Islam untuk berbuat demikian di tempat-tempat sebegitu, khususnya di masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri, yang dinaungi oleh DYMM Sultan.

Namun, sekiranya Bob Lokman tak boleh kawal dan gian sangat nak pegang mikrofon, maka dia boleh sampaikan ceramah “agama”nya di pentas-pentas politik. Di situ, tiada siapa yang nak melarang. Tapi berpada-padalah. Janganlah perasan diri tu macam Tok Kenali pula. Cukuplah sekadar cucu Tok Kenali sahaja, dan cukuplah sekadar nak beritahu tentang penyesalan diri yang berbuat pelbagai kesilapan diri ketika bergelar artis!

Seperkara lagi, jangan pula salahkan orang lain pula dengan pengalaman dan identiti buruk ketike menjadi artis dahulu. Orang lain pun jadi artis juga, tapi tak pula menyalahkan Kerajaan atau orang lain atas kegagalan hidup dan keluarga. Ada juga artis yang sudah berubah. Cuba lihat Lah VE, dia berubah kepada imej lebih Islamik, tapi tak pula menyalahkan Kerajaan atau orang lain!

Sudahlah Bob. Kalau ‘kosong’, diam lebih baik…


Sumber: klik sini

4 comments:

jebat berkokok said...

Orang gila tak pernah mengaku dirinya gila

jebat berkokok said...

Orang gila tak pernah mengaku dirinya gila

Anonymous said...

IMAN TAK DAPAT DIWARISI OLEH CUCU YG BARU NAK BERTAKWA SELEPAS HANYUT DGN ISABELLA...

PEJUANG HAMAS...

Fajri 'Arjuna' said...

nice inpoh gan
mampir ke blog ane juga gan

http://fajriarjuna.blogspot.com/

Bila Kak Su Bersuara... Heh!