Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, October 29, 2011

GEMPARRR..!!! ANWAR MENTERI KEWANGAN TERBAIK? MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI...

Kita faham, penulis faham. Sebagai sebuah parti yang tidak ada matlamat perjuangan jelas melainkan memperjuangkan nasib seorang individu yang mengasaskan penubuhannya dari belakang tirai besi, sudah tentu PKR akan bermati-matian mengagung-agungkan Anwar Ibrahim sebaik yang boleh.

Dengan semua cabang dalam komponen pakatan haram pembangkang menumpukan isu hutang negara (lanjutan dari pendedahan laporan ketua audit 2010) sebagai senjata terbaru untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, maka banyaklah apa yang dipanggil ‘kajian-kajian’ oleh badan-badan yang tidak tahu dari mana asal, sejauh mana kredebeliti dan intergritinya, yang timbul untuk menyokong ‘fakta’ yang kononnya Anwar lebih baik dalam soal mengurus kewangan.

Terbaru, dikatakan yang Anwar telah berjaya menurunkan hutang negara sepanjang menjadi Menteri Kewangan selama 6 tahun (1992 – 1998). Ini adalah berdasarkan penemuan yang dibuat oleh Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU), sebuah badan pemikir diketuai Ooi Heng yang ditubuhkan selepas pilihanraya 2008 untuk mengkaji prestasi kewangan negara yang lepas-lepas dibanding dengan sekarang.

Sebelum kita bermula lebih jauh, nama lama KPRU ialah Keadilan Parlimentary Research Unit.

Tapi sudah tentu media pembangkang seperti Harakah tidak akan menyebut yang itu, sebaliknya menggunakan ‘Kajian Politik Untuk Perubahan’ untuk menggambarkan KPRU kononnya nak tunjuk yang badan ini dan penemuan yang dibuatnya bebas dari pengaruh politik. Tapi kita belum bodoh lagi.

Apa pun, bila badan pemikir yang dibiayai Anwar mengeluarkan kajian, apa yang boleh kita harap dari hasil kajian tersebut? Adakah ia akan memberi gambaran yang buruk tentang Anwar? Sudah tentu tidak, nak mati ke?

Cakap soal kewangan negara ini, apa yang penting ialah bukan perkara yang lepas tapi perkara yang akan datang. Anwar pun dulu Menteri Kewangan saja dan Timbalan Perdana Menteri, bukan Perdana Menteri pun. Apa yang pembangkang nak bangga sangat dengan ‘kehebatan’ Anwar semasa menjadi menteri dalam kerajaan BN yang mereka tentang?

Secara tak langsung pembangkang akui juga bahawa ada satu tempoh sepanjang lebih 50 tahun BN memerintah ini yang keadaan kewangannya ‘hebat’. Takdelah macam sekarang, semua pun tak baik dari dulu sampai sekarang.

Balik pada tajuk.

Dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dibawah pemerintahan pakatan haram pembangkang, sejauh mana hebat Anwar menguruskan ekonomi yang kita boleh bangga sangat? 3 tahun memerintah, 3 tahun perbelanjaan defisit. Memang masa bentang belanjawan tidak defisit tapi selepas itu berapa banyak perbelanjaan tambahan yang dipohon hingga akhirnya belanjawan menjadi defisit?

Ini baru bercakap tentang pengurusan kewangan negeri, bagaimana dengan pengurusan kewangan negara yang sudah tentu jauh berbeza.

Penulis tak pastilah hebat mana Anwar dulu. Memang pertumbuhan dalam negara kasar Malaysia antara 1990 – 1997 itu berkembang disekitar 8%, tapi itu bukan disebabkan Anwar seorang. Tanpa dia pun negara akan tetap mencapai pertumbuhan pada kadar yang sama, dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi serantau sesuai dengan kebangkitan Asia sebagai kuasa ekonomi pada ketika itu.

Cuma pada yang telah mempunyai pinjaman perumahan antara 1997 dan 1998, cuba ingatkan kembali bagaimana Anwar (ketika itu Menteri Kewangan) menaikkan Basic Loan Rate (BLR) yang mempengaruhi bayaran balik pinjaman bulanan sehingga ada yang tidak mampu dan akhirnya rumah terpaksa dijual.

Pada penulis yang terasa kesan tindakan Anwar, itulah legasi ‘kehebatan’ Anwar dalam mengurus kewangan negara pun.

Kesimpulannya beginilah, disaat ini Anwar benar-benar ketandusan isu untuk menyaingi populariti Perdana Menteri yang semakin meningkat. Tapi taklah penulis sangka, betul punya terdesak sehinggakan kajian tahap sampah macam ini pun digunakan oleh Anwar untuk menunjukkan dirinya hebat dalam mengurus kewangan.


Sumber: klik sini

2 comments:

Anonymous said...

ni ler makhluk2 yg tak paham ekonomi...

http://riziqin.blogspot.com/2011/10/anwar-menteri-kewangan-paling-awesome.html

Anonymous said...

dia masuk dalam bakul sampah ke..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!