Iklan Berbayar

Ucapan Aidilfitri Mukhriz Dan Rakyat Kedah...

Monday, October 31, 2011

GEMPARRR..!!! ANALISIS BLOGGER KATA BN TUMBANG PRU 13..??!!!


Bunyi analisis sahabat blogger MIK di sini agak panas bunyinya. Menurut analisis itu, BN hanya akan berjaya peroleh 115 kerusi Parlimen dan Pakatan Haram pula akan mendapat 107...

Anwar hanya perlu "beli" 5 kerusi Parlimen sahaja untuk menawan Putrajaya.

Mungkin ada yang setuju dengan analisis tersebut dan mungkin ada yang tidak. Namun, pada saya, perkara ini tidak boleh diambil mudah oleh BN, terutamanya Datuk Seri Najib. Lainlah beliau bersedia menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen nanti...'

Selama ini, kami para bloggers berpendapat bahawa hanya Najib dan Muhyiddin saja yang begitu ketara berusaha memperkasakan BN dan UMNO. Manakala yang lain-lain lebih kepada "nak kena suruh baru nak buat"...

Ada juga yang tunjuk "hebat" depan Najib dan "perasan bagus". Ada juga di kalangan pemimpin BN/UMNO yang hanya berjuang untuk diri sendiri dan tidak peduli sama ada rakyat suka padanya atau tidak. Jenis ni yang payah sangat ni...

Winable candidate? Iya la tuuu..!!! Sebelum diputuskan calon PRU, memang la semua kata "rela", "sanggup terima tanpa persoal", "takkan pertikai", "takkan sabotaj" dan macam-macam kata bodek lain. Tapi esok bila dah umum senarai calon, mula la tarik muka, sabotaj, naik pentas pembangkang dan tak mustahil ada yang akan tinggalkan parti!

Aku nak bagi amaran kepada semua ketua-ketua UMNO Bahagian di seluruh negara. Jangan ingat korang akan dilantik jadi calon. Aku pasti, antara ketua-ketua bahagian tu, pasti ada yang tidak akan dicalonkan. Sebab apa? Sebab dia memang BUKAN winable candidate! Tapi macam biasalah..dalam hatinya dia akan marah Najib dan tidak mustahil akan buat sesuatu diluar jangkaan. Korang percaya ke pada orang politik?

Justeru itu, aku ingatkan pada semua jentera UMNO dan ketua-ketua bahagian di seluruh negara, ikhlaskan la diri tu bila berjuang untuk parti. Jangan fikir pasal diri sendiri la. Kitorang tau la korang "rasa kuat dalam UMNO", tapi kalau kuat dalam UMNO pun, tak semestinya kuat dan disukai rakyat! Korang faham, kan?

Cuba baca apa yang MIK tulis kat bawah ni...dan fikirkan sendiri rasionalnya!

Tsunami 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima hukuman kuasa undi rakyat! BN hilang 2/3 majoriti dan 5 kerajaan negeri. Sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang berterusan dengan memenangi banyak Pilihanraya kecil [PRK]. Bermula dengan Permatang Pauh, BN terus kecundang di Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai, dan Sibu. Hanya setelah pelbagai kelemahan Pakatan didedahkan termasuklah terlondeh kisah Anwar maka BN mula meraih kemenangan di Hulu Selangor, Batang Ai, Galas, Bagan Pinang, Tenang, Kerdau dan Merlimau...

Walaupun BN kekal memerintah dinegeri Sarawak, tetapi kemenangan DAP dan calon bukan melayu PKR dibeberapa DUN sebenarnya membuatkan pemerhati politik meramalkan BN akan hilang lebih banyak kerusi Parlimen apabila berlangsungnya PRU ke 13 nanti..!

Beberapa kerusi Parlimen di Sabah juga sebenarnya berada diambang bahaya...,dan boleh menjadi berita Sudden Death, kematian mengejut kekalahan calon BN dinegeri dibawah bayu... Krisis dalaman BN Sabah ditambah pula dengan adu dumba dan kerja mengacau yang didalangi oleh Anwar Ibrahim jangan kita pandang enteng.., bahaya!!

Dua ekor ayam tambatan penceramah ulung air tangan Anwar Ibrahim iaitu Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dilihat seirama, senada dalam ceramah mereka menyatakan dengan penuh konfiden “ Pakatan akan dapat pertambahan 30 kerusi Parlimen pada PRU ke 13 yang akan datang..”

Begitu konfiden dan konsisten nampaknya Saifuddin dan Azmin meyakinkan audience mereka bahawa BN akan tumbang pada PRU ke 13. Malah terdapat satu adegan dalam salah satu ceramah Saifuddin dengan angkuh menyatakan “ kita mendoakan Najib tidak tewas di Pekan.., sebab kita mahu dia jadi Ketua Pembangkang untuk jawab semua salah guna pengurusan dana kewangan negara selama berpuluh puluh tahun ini...”.

Petang semalam, beberapa sahabat Bloggers yang terdiri daripada Papa Gomo, Parpukari, Gap, Pisau.net, The Flying Kick telah terserampak dengan beberapa 'otai UMNO'. Agak memeranjatkan juga apabila diberitakan setelah dibuat perkiraan secara terperinci.., setelah ditolak, dicampur, didarab... jawapannya menunjukkan pada PRU ke 13, BN hanya akan mendapat maksima 115 kerusi Parlimen...!! Sekaligus bermakna Anwar berjaya membawa masuk 107 Ahli Parlimen Pembangkang ke Dewan Rakyat.

Mungkin sedikit berbeza dengan perkiraan yang sudah dibuat oleh Saifuddin Nasution, Azmin Ali dan Anwar Ibrarim.., tetapi ianya tetap MERBAHAYA buat Najib dan BN..!

Anwar hanya perlu “BELI” 5 orang Ahli Parlimen BN untuk menjadikan Najib sebagai Ketua Pembangkang. Hanya 5 orang sahaja..., bukan 30 seperti yang Anwar pernah cuba untuk Projek 16 September dahulu!

Tidak mustahil..., malah ianya dilihat sangat mudah! Anwar hanya perlu korbankan 5 jawatan Menteri Penuh untuk memancing 5 Ahli Parlimen BN lompat kedalam kapal Anwar...

Bertambah mudah sekiranya Anwar memancing tawaran itu kepada Ahli Parlimen BN bukan melayu, bukan beragama islam.....!

Nampak..? Tidak mustahil bukan..?? - MIK

8 comments:

kluangman said...

alhamdulillah

Anonymous said...

Ketua Bahagian!!!..nak pi Mekkah pun dah haru biru..semua nak tunjuk muka kat PM..semua nak pi Mekkah sekali ngan PM..siap ugut 2 lagi kalau tak boleh kasi tempat..tu apa nak kata..!!!!

Wak dOb said...

btol tu...

Anonymous said...

Di era kepimpinan yg lalu,tiada pengaruh terdekat,sejak zaman Tun Abdul Razak sehingga ke Tun Mahadhtir dan tak dapat di hidu.Semenjang dua menjak nie lah ada sedikit perubahan kepimpinan yg amat ketara,dan tidak seperti yg lalu,termasuk juga era IT yg serba tahu dan canggih dgn penyebaran berita.Bermakna kepimpinan akan datang,ianya perlu tegas,bijak,cekap,telus dan cepat bertindak utk kekal berkuasa.Tidak boleh era kepimpinan zaman sekarang,yg lemah dan cepat rebah.

Anonymous said...

Di era kepimpinan yg lalu,tiada pengaruh terdekat,sejak zaman Tun Abdul Razak sehingga ke Tun Mahadhtir dan tak dapat di hidu.Semenjang dua menjak nie lah ada sedikit perubahan kepimpinan yg amat ketara,dan tidak seperti yg lalu,termasuk juga era IT yg serba tahu dan canggih dgn penyebaran berita.Bermakna kepimpinan akan datang,ianya perlu tegas,bijak,cekap,telus dan cepat bertindak utk kekal berkuasa.Tidak boleh era kepimpinan zaman sekarang,yg lemah dan cepat rebah.

Anonymous said...

Aku rasa BN masih mengekalkan kuasa, tetapi dengan majoriti mudah, menang atas pagar jer. Masa tu keadaan negara agak tak stabil. Byk aktiviti dari parti masing2 utk pancing kerusi lawan. Tapi yg ruginya adalah bangsa melayu. Sbb nya ialah mereka terpaksa tunduk kpd kehendak bangsa lain. Dsbbkan tak bersatupadu mereka akan melihat penguasaan ekonomi negara oleh org2 cina akan berterusan dan semakin kukuh. Begitu juga dengan kemerosotan penggunaan bahasa melayu, yg akan menjadi lebih parah. Tidak cukup dgn itu, jumlah sekolah2 cina dan tamil akan menjadi jadi bertambah. Dan hal ini sungguh merugikan negara kerana bangsa cina dan india tidak mahu ber asimilasi bersama bangsa2 lain.

Anonymous said...

Aku rasa BN masih mengekalkan kuasa, tetapi dengan majoriti mudah, menang atas pagar jer. Masa tu keadaan negara agak tak stabil. Byk aktiviti dari parti masing2 utk pancing kerusi lawan. Tapi yg ruginya adalah bangsa melayu. Sbb nya ialah mereka terpaksa tunduk kpd kehendak bangsa lain. Dsbbkan tak bersatupadu mereka akan melihat penguasaan ekonomi negara oleh org2 cina akan berterusan dan semakin kukuh. Begitu juga dengan kemerosotan penggunaan bahasa melayu, yg akan menjadi lebih parah. Tidak cukup dgn itu, jumlah sekolah2 cina dan tamil akan menjadi jadi bertambah. Dan hal ini sungguh merugikan negara kerana bangsa cina dan india tidak mahu ber asimilasi bersama bangsa2 lain.

Anonymous said...

hnya org yg cetek pmikiran yg akn bt kenyatan dmkian..apa org bukan islam ni ibarat penduduk kelas kedua ke dlm ngara?
smua hak istimewa hnya untuk melayu?
fkir la secara waras Anon8.03..
kenyataan begini la yg membuat kmi meluat kpd melayu..
budaya rasist yg kmu prjuangkan tidak akn membantu malah hanya akan membuatkan nama org melayu lebih 'negatif' d mata masyarakat Msia..