Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, October 15, 2011

Bersyukurlah sikit Ayoh Chik Oiiiii....




Hadi Awang ni tak sedar diri ke apa hah? Dia tu perasan nak jadi Pakar Ekonomi pulak ke bila menempelak Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan..? Sepatutnya Hadi bersyukur kerana kerajaan lebih mengutamakan nasib kebanyakan rakyat, bukannya hanya tahu komplen dan juga menuduh kerajaan macam-macam..

Apa motif yang Hadi nak tonjolkan bila menuduh Bajet 2012 yang diumumkan oleh kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah jangka panjang dalam menangani strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat? Hadi tahu ke apa yang sebenarnya dibentangkan oleh kerajaan didalam Bajet tersebut?

Hadi mendakwa.., harga minyak sebagai elemen kos paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan membebankan rakyat. Tapi tahu ke Hadi Awang bahawa kerajaan masih lagi bagi subsidi kepada setiap liter petrol kepada rakyat? Malah petrol yang digunakan oleh kereta Hadi tu pun dapat subsidi jugak tauu…

Dan macam lah Presiden PAS ni bijak sangat bila menuduh Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan merupakan Bajet yang tak efisyen. Kononnya.., untuk jangka masa panjang, kerajaan akan gagal mendidik rakyat supaya berhemat, malah rakyat terus digula-gulakan dengan pemberian jangka pendek.

Apa buktinya Hadi cakap macam tu? Mungkin Hadi sakit hati bila kerajaan luluskan pemberian RM 500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Kalau itulah puncanya, kenapa Hadi tak bidas Guan Eng dan Anwar yang janjikan perkara yang sama dalam Bajet mereka?

Perlu diingat, Lim Guan Eng dan Anwar hanya sediakan RM 100 saja berbanding pemberian RM 500 dari kerajaan Barisan Nasional. Kenapa Hadi diam bila Anwar dan Guan Eng buat benda yang sama? Tok Guru jenis apa yang tak adil dan berat sebelah macam Hadi ni..?

Kalau benarlah Hadi Awang sebagai Presiden PAS sangat bijak dalam ekonomi, kenapa parti PAS sampai sekarang masih lagi tak mampu untuk menjana ekonomi mereka sendiri? Kenapa setiap kali nak pilihanraya sama ada kecil atau umum.., PAS masih harap pada derma rakyat di kampung-kampung?

Terbukti bahawa Hadi Awang hanya mampu bercakap tapi langsung tak serupa bikin. Setakat bercakap saja, sesiapa pun mampu buat. Tapi untuk melaksanakan janji-janji yang diucapkan, hanya kerajaan berkredibiliti saja yang mampu melaksanakannya.

Di dalam Pakatan, Anwar yang merupakan bekas Menteri Kewangan pun tak mampu nak tunaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat.., tambah pula Hadi Awang yang langsung tak tahu satu apa pun didalam hal ekonomi negara.

Jadi tak payahlah Hadi nak tuduh Bajet 2012 ni sebagai satu Bajet Pilihanraya atau apa sekalipun.. Hadi tak perlu nafi yang DS Najib mampu melonjakkan ekonomi negara dalam Bajet kali ni kerana ia memang terbukti mesra rakyat golongan pertengahan dan bawahan..

Sepatutnya Hadi berdoa kepada Tuhan supaya kurniakan kesihatan dan berikan kebahagiaan kepada seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat seperti DS Najib Tun Razak. Dan Hadi sewajarnya bersyukur kerana elaun dirinya sendiri sebagai Ahli Parlimen juga telah dinaikkan.

Berani ke Hadi menolak kenaikan elaun tersebut? Dan berani ke Hadi menyeru kawan-kawannya didalam Pakatan memboikot pemberian dari Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka? Berani ke Haji Hadi?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!