Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, September 10, 2011

Terkini..!!! Mat Sabu nak saman Utusan..!!!

Hensem ke Mat Sabu ni..tu pun Normah "sangkut"..???

Mat Sabu yang tertekan setelah "di luku" teruk oleh rakyat dan pakar-pakar sejarah akan bertindak menyaman Utusan pada Isnin ini. Nampaknya, dia dah tak tahan lagi dah kena "luku"!

Nak saman Utusan? Dipersilakan saman. Apa yang dilaporkan Utusan itu sememangnya benar dan berdasarkan rakaman Youtube ceramah Mat Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kenapa baru sekarang Mat Sabu nak saman Utusan? Kenapa tidak sehari selepas Utusan menulis berita "Mat Sabun Hina Pejuang" itu? Nak suruh tarik balik artikel tu dalam masa 24 jam? So sorry Mat Sabu. Kenapa nak tarik balik berita yang benar?

Saman? Itu pun kalau menang. Bertindak menyaman pihak lain tidak bererti Mat Sabu dipihak yang benar. Cuba check berapa banyak kes orang yang menyaman orang lain kalah dimahkamah. Sebagai contoh, ada seseorang yang terpaksa bayar ganti rugi saman terhadap Ayahanda Tun M sebanyak RM70,000..!!!

Berikut adalah berita yang diterbitkan Utusan..
Mat Sabu Hina Pejuang

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. - Utusan

Dan berikut pula ugutan Mat Sabu yang dah desperate!
BUKIT MERTAJAM, 10 Sept: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat. - Haramkah Daily

3 comments:

Anonymous said...

Nampak gaya beria2 sangat Mamat Sabu ni. kena merisik lebih mendalam, takkan RM8K saja nih?

Hai ada janji2 yg kita semua tak tahu menahu ker sampai dah terikut2 nak saman Utusan?

Anonymous said...

meh kita layan si Ular pembelit ni.. kita tgk dia berani ke tak berani nak saman utusan!! dia fikir semua orang kat Malaysia ni buta kayu dan pekak badak mcam dia tu!! Peeegggiiii laaa luuu Mat Syabu!!! otak lu dekat kepala lutut laaaa...pencacai DApig!

Anak Lenggong said...

Ishh ....mat sapu ni udah tukar jadi tukang sapu duit saman kee..tak cukup lagi sapu duit derma mamali dan terbaru duit perbadanan air penang...tapi rupanya dari dulu lagi Met sabun ni kaki jilat pepet rupanya..dah tu tak reti nak basuk sebab takut ilang bau aromanya...kah kah kah...inikah sikap pemimpin nombor dua PAS yang kata pejuang islam...nasin laa melayu PAS ooii..kalau nak sokong tu berpada-pada laa..jangan sampai bangkai pun nak dipikul.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!