Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, September 20, 2011

Suruh pijak Islam pun Pas akan buat..!!!

Negara pernah cuba dihuru-harakan oleh puak-puak pelampau Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu. Bershit yang bersekongkol dengan penyokong utama gejala murtad, Ambiga Sreevenasan, dan parti-parti politik pembangkang yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR, menyebabkan ketegangan berlaku antara mereka dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di ibu negara.

Hakikatnya, salah satu yang dituntut oleh mereka ialah penggunaan dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada setiap kali berlangsungnya pilihanraya di negara ini. Tapi mereka lupa dan gagal untuk mengetahui, apakah sebenarnya sifat yang ada pada dakwat kekal.

Menyokong membuta tuli permintaan penggunaan dakwat kekal yang dipelopori oleh individu yang jelas menggugat Islam di negara ini, umat Islam yang mengganggotai PAS dan PKR bagaikan lembu dicucuk hidung, mengikut saja tuntutan tersebut. Sedangkan, apa itu dakwat kekal pun mereka tak tahu sebenarnya!

Tahukah mereka tentang sifat dakwat kekal? Menurut contoh dakwat yang digunakan oleh negara-negara yang menggunakan dakwat tersebut pada setiap kali pilihanraya di negara mereka, dakwat kekal merupakan sejenis dakwat yang kalis air, mampu kekal dan tahan lama selama beberapa hari, serta hanya akan hilang setelah sel kulit yang terkena dakwat itu mati dan digantikan dengan lapisan kulit yang baru! Itulah dakwat kekal!

Saya menghubungi sendiri Mufti Besar Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bertanyakan tentang hukum hakam penggunaan dakwat kekal ini. Saya berpendapat, hal keduniaan ini perlu dirujuk kepada ulama yang neutral untuk mendapatkan pengetahuan mengenainya menurut perspektif Islam.

Menurut Tan Sri Harussani, penggunaan dakwat kekal adalah berdasarkan kepada sifat dakwat tersebut. Sekiranya dakwat tersebut bersifat kalis air atau menyekat air dari terkena mana-mana bahagian kulit yang wajib kena ketika mengambil wuduk, maka penggunaan dakwat itu sewajarnya tidak dilaksanakan.

Ini memandangkan ketika seorang umat Islam mengambil wuduk, air mestilah terkena kulit dan oleh kerana dakwat tersebut mampu menyekat air dari terkena kulit, maka ia menyebabkan wuduknya tidak sah di sisi Islam. Justeru memandangkan wuduknya tidak sah, maka dia tidak boleh menunaikan solat. Itu kata beliau.

Justeru itu, mengapa pula si “bijak pandai” alim ulama PAS terlepas pandang untuk menyiasat perkara ini? Apakah mereka “kebal” dari hukum “tidak sah” tersebut? Atau mereka punya mekanisma lain yang mampu menanggalkan dakwat tersebut? Pakai minyak gas? Petrol? Habis tu, bagaimana jika selepas ditanggalkan dakwat itu, individu itu kembali untuk mengundi berkali-kali?

Mungkin penggunaan dakwat kekal itu wajar dilaksanakan di negara yang majoritinya bukan Islam seperti di tempat asal Ambiga, di India. Namun di Malaysia, majoritinya adalah umat Islam. Siapa yang nak tanggung dosa seluruh umat Islam di negara ini sekiranya mereka tidak boleh berwuduk dan bersolat selama seminggu? SPR? Ambiga? PAS? PKR? Hadi Awang? Mat Sabu? Anwar Ibrahim? Siapa yang berani tanggung dosa-dosa tersebut?

Sebenarnya, kerana kebodohan mereka, mereka termakan dengan dakyah sesat yang cuba diterap oleh golongan anti-Islam di Malaysia. Mereka menurut tanpa usul periksa dan tidak pernah belajar dari kesilapan itu. Mereka memekik terlolong meminta Kerajaan membeli dakwat kekal untuk digunakan ketika pilihanraya, namun dakwat kekal itu sendiri pun mereka tidak kenal sifatnya.

Justeru itu, pada pandangan saya, mengambil kira kenyataan yang diberikan oleh Mufti Besar Perak yang saya kira lebih alim tentang hukum hakam Islam berbanding saya, wajarlah saya katakan bahawa dakwat kekal perlu dikaji sifatnya terlebih dahulu dengan teliti sebelum disokong oleh mana-mana umat Islam. Jangan jadi bodoh diperkotak-katikkan oleh individu seperti Ambiga begitu saja!

Selepas dakwat kekal tersebut di kenal pasti, Jawatankuasa Ahli Parlimen yang terpilih untuk memperbaiki sistem SPR mesti mencari jalan yang paling sesuai untuk mengelak dakwat itu dari ditiru, di bawa masuk secara haram, dipadam dengan apa-apa mekanisma dan apa-apa kemungkinan yang mampu menggugat ketelusan pilihanraya.

Sekiranya gagal untuk melaksanakan semua perkara itu, maka tidak wajarlah dakwat kekal digunapakai di negara ini ketika pilihanraya, terutamanya pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. Saya juga ingin menggesa agar seluruh umat Islam untuk berfikir dahulu sebelum menyokong apa-apa cadangan atau saranan mana-mana pihak. Fikirkan masak-masak terlebih dahulu atau anda akan di”jual” sewenang-wenangnya oleh golongan yang cuba menggugat Islam di negara ini. Noktah!


Sumber: klik sini

1 comment:

Anonymous said...

apa mau kira sah tak sah....
itu syurga pun dia punya bro....
hehehe

Bila Kak Su Bersuara... Heh!