Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, September 26, 2011

Professor Pro-Pakatan Haram Akui UMNO Pejuang Dan Pembela Islam Sebenar..!!!


Akhirnya, pakar perundangan dan perlembagaan UIA, Prof Aziz Bari, yang sememangnya pro-Pakatan Haram, mengaku bahawa UMNO telah membuktikan bahawa parti itu adalah pejuang dan pembela Islam yang sebenar!

Aziz Bari baru-baru ini yang mengulas mengenai Hudud dilaporkan berkata...
"Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.." - Harakah
Justeru itu, kenyataan Aziz Bari ini dijangka akan menyakitkan hati PAS yang selama ini mempergunakan nama Islam untuk tujuan politik mereka. Kononnya, mereka sajalah pejuang dan pembela Islam dan menafikan peranan UMNO dan NGO-NGO Islam yang lain dalam memartabatkan agama suci Allah di negara ini...

Harap lepas ni PAS tak akan melabel Aziz Bari sebagai pro-UMNO memandangkan dia sememangnya pro-Pakatan Haram! Nampaknya, bila pakar dari Pakatan Haram sendiri yang mengiktiraf UMNO sebagai pejuang dan pembela Islam, sudah tentu mampu membuka mata rakyat dan penyokong Pakatan Haram, terutamanya PAS...

5 comments:

Anonymous said...

Profesor apa? Dengar mat sabu cong tergelak terbahak-bahak, mat sabu yang berkelulusan rendah pun boleh mempersonakan seorang yang bertitle prof. Kalau mat sabu cong dengan mahafuzzzz is ok pa. sama-sama ngong. Mat sabu boleh jadi juara raja lawak 2011

Anonymous said...

Inilah Prof "ngok" . Kesian . Bawa Title Prof tapi"ngok"...

Anonymous said...

Aku rasa elok sangat prof ni masuk calon dlm pru yg bakal menjelang, katanya tak lama lagi.

Biar dia terlantik sebagai calon pkr dan kita sama-sama lihat setakat mana geniusnya proff ni. Lepas tu kita sama-sama nilai sama ada dia bertaraf prof sebenar atau prof yg lahir dari dasar DEB.

Setakat ini proff ini banyak sangat memberi pandangan membangkang apa sahaja yg dibuat oleh pihak kerajaan. Bangkang dan bangkang, tetapi proff ni tak mampu pula memberikan cadangan apa yg lebih baik untuk dilaksanakan.

Adakah proff ni, profff kangkung atau proffff nut? Sama2 kita nilai.

wmwi

adnyn said...

prof aziz bari yang baik dalam berbahasa tp difahami oleh org umno. lepas tu ada hati nak tuduh prof itu tak cerdik. dia perli umno tp org yg rasa dia cerdik tu tak faham diperlekeh/perli. umno ohh umno, ajar la penyokong jd bahlol lg...

tungkaran hati.blogspot said...

...tetapi kata orang DS Najib takut kepada Chua Soi Lek pasal bab Hudud ni...betul ke?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!