Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, September 10, 2011

Pededahan panass..!!! Azmin, Mak Tom, Anwar, Tauke Wong dan RM ratusan ribu setiap minggu..!!!


Saya menerima panggilan telefon dari salah seorang ahli keluarga Azmin Ali, semalam. Dalam perbualan kami itu, saya sempat mengambil kesempatan untuk bertanyakan khabar mengenai ibu Azmin, iaitu Mak Tom. Maka cerita pun bermula untuk kesekian kalinya...

Menurut beliau, Mak Tom masih lagi dalam keadaan bersedih dan amat kecewa mengenangkan perbuatan Azmin ketika berHari Raya dengan beliau. Beliau sering menghabiskan masa untuk duduk bersendirian di dalam biliknya. Keadaan itu menyebabkan beberapa adik beradik Azmin risau dan cuba mengembirakan kembali ibu mereka. Namun, ibunya akan kembali sedih selepas bersendirian...

Sehingga kini, Azmin masih belum lagi menghubungi Mak Tom untuk meminta maaf atas perbuatannya yang menderhaka kepada ibunya pada pagi Raya itu. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada rasa kekesalan yang timbul dari hati Azmin atas kesalahan yang dilakukan terhadap ibu tuanya itu.

Padahal, setiap kali Azmin dalam kesusahan, ibu tua itulah yang dihubungi untuk meminta bantuan. Tentu sebilangan dari kita yang mengikuti kisah reformasi masih ingat lagi tentang mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Azmin kerana memberikan kenyataan palsu di mahkamah.

Ketika itu, Azmin berlari pulang ke rumah sambil melutut dan mencium kaki ibunya. Berkali-kali Azmin memohon ampun dan maaf dari ibunya. Azmin meminta ibunya memandikannya dengan "mandi bunga" untuk menghindarkan diri dari bala penjara 18 bulan. Dia merayu kepada ibunya agar melakukan solat tahajjud setiap malam dan memohon kepada Allah agar nelepaskannya dari hukuman mahkamah yang dipanjangkan ke mahkamah rayuan itu.

Maka dengan penuh rasa kasih sayang dan naluri seorang ibu, Mak Tom memaafkan Azmin dan melaksanakan kemahuan anak lelaki yang dikandungnya selama 9 bulan itu. Iyalah, sudah naluri seorang ibu, sejahat mana pun sekali Azmin, dia tetap anak Mak Tom. Mak Tom rela memakan hati berulam jantung demi Azmin, anak lelakinya itu.

Ditakdirkan Allah, Azmin digugurkan dari kesalahan tersebut oleh mahkamah rayuan dan dia terselamat dari hukuman penjara 18 tahun. Azmin bebas. Namun, Mak Tom sekali lagi dilupakan Azmin. Dia sebok mengambil tahu dan menguruskan hal ehwal Anwar yang disumbat ke penjara Sg Buloh dan tidak kembali menjengok ibunya.

Menurut sumber, pernah dalam satu tempoh, Azmin pernah tidak menghubungi atau kembali ke rumah ibunya selama 4 tahun. Menurutnya, kejadian itu diakibatkan oleh perselisihan faham di kalangan keluarga mereka, di mana Azmin diminta untuk kembali bertugas di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut ahli keluarga Azmin itu, Azmin pada mulanya merupakan seorang Pegawai Khas kepada Tun Dr. Mahathir. Namun, dia kemudiannya dipinjamkan kepada Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Memandangkan sikap dan tabiat Azmin berubah selepas bertugas dengan Anwar, mereka sekeluarga memujuknya agar kembali ke pangkuan Tun Dr. Mahathir. Namun Azmin enggan.

Akibat perselisihan faham itu, Azmin membuang semua adik beradik yang menentangnya. Dalam kejadian itu juga, saya diberitahu bahawa Azmin berkata...

"Apa yang korang semua boleh bagi kat aku? Dia (Anwar) boleh bagi aku macam-macam benda yang korang tak boleh bagi," bentak Azmin pada adik beradiknya.

"Tiap-tiap minggu Tauke Wong datang beri aku duit beratus juta! Korang boleh bagi semua tu?!!!" tengkingnya lagi.

Ekoran pergaduhan Azmin dan adik beradiknya itu, ibu Azmin cuba campur tangan dengan cuba menasihati Azmin. Namun, Azmin yang dulunya sangat menghormati ibunya bertindak kurang ajar lagi kepada Mak Tom...

"Sudah! Tak payah nak ajar aku. Kalau ada 10 orang mak macam ni dalam Malaysia, dah tentu terlungkup lingkup negara ni..!", tengking Azmin pada ibunya.

Begitu hina sekali tanggapan Azmin terhadap ibu yang melahirkan dan membesarkannya sehingga dewasa. Dari seorang yang sangat patuh, menghormati orang tua dan sangat beradab sopan, Azmin berubah selepas bertugas di bawah Anwar Ibrahim! Pada saya, ini bukan kes Azmin kurang diajar Mak Tom dan Pak Ali, ini kes Azmin terlebih diajar oleh Anwar Ibrahim!

Sebenarnya, anggota keluarga Azmin yang menghubungi saya itu amat kesal dengan perubahan Azmin itu dan membayangkan bahawa Anwarlah yang mengajar Azmin untuk bersikap biadap dan derhaka sebegini. Semenjak Azmin rapat dengan Anwar, macam-macam yang berlaku terhadap Azmin.

Sebagai contoh, dubur Azmin yang ketika itu masih bujang belum kahwin, tiba-tiba berdarah teruk berketul-ketul bagaikan darah haid orang perempuan. Adik beradik Azmin jugalah yang membawa dia ke hospital. Itu pun adik beradiknya mengesyaki Azmin berpakat dengan doktor untuk merahsiakan punca "darah haid" itu. Ia berlaku selepas Azmin pulang dari Hawaii bersama Anwar!

Kemudian, Azmin tiba-tiba menjadi kaya segera. Adik beradiknya berkata, Azmin mendapat wang beratus ribu setiap minggu dari seorang tauke balak dari Sarawak yang hanya dikenali sebagai "Tauke Wong". Bila dah banyak duit, berlagaknya Azmin bagaikan dia raja. Habis dibuang adik beradik dan ibunya itu.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang disampaikan oleh anggota keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam. Saya fikir, cukuplah untuk kali ini. Saya masih ada beberapa maklumat lagi mengenai Azmin dan Shamsidar. Namun, cukuplah kali ini di sini. InsyaAllah, nanti saya sambungkan lagi...

Sumber: Perak Today

3 comments:

Anonymous said...

dalam al-quran dah diberi peringatan oleh Allah SWT, kalau kita kaya kita akan cenderung utk putuskan silaturrahim kecuali org beriman.

Anonymous said...

janji masyukkk....tu la pkr...

Anonymous said...

betul...betul...tapi jgn berat sebelah, tun m pun banyak juga silap

Bila Kak Su Bersuara... Heh!