Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, September 10, 2011

Pedasss..!!! Maxis, Celcom, Digi dan Rais cuba sabotaj Datuk Seri Najib..?!!!


Saya terpanggil untuk mengulas mengenai caj perkhidmatan sebanyak 6%, yang bakal dikenakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di negara ini. Pada saya, tindakan TELCO ini sudah keterlaluan dan cuba mensabotaj imej Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, tindakan TELCO ini jelas menunjukkan mereka TAMAK dan melampau dengan mencekik darah, tanpa timbang rasa dan tiada sekelumit pun kesedaran untuk melakukan tanggungjawab sosial terhadap seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya pengguna pelan prabayar atau "prepaid".

Saya faham, sebelum ini TELCO menyerap caj cukai perkhidmatan yang dikenakan Kerajaan terhadap mereka. Terima kasih saya ucapkan kerana sanggup menyerap caj cukai tersebut sebelum ini.

Hasil dari penyerapan itu, mungkin Tuhan telah takdirkan semua TELCO di negara ini mencapai keuntungan yang sangat lumayan. Bukan tahap juta lagi untungnya, malah setiap TELCO di negara ini mencatat keuntungan lebih RM1 billion setahun!

Berikut adalah catatan keuntungan yang diraih oleh 3 TELCO terbesar di negara ini...

1. Maxis:
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Syarikat komunikasi utama Malaysia, Maxis Berhad, hari ini mengumumkan keuntungan sebelum cukainya bagi tahun yang berakhir pada 31 Dis, 2009, meningkat kepada RM1.939 bilion daripada RM5 juta pada 2008.

Pendapatannya melonjak kepada RM7.611 bilion daripada RM7.184 bilion, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia mencatatkan prestasi yang sangat kukuh pada suku keempat, menambah 556,000 langganan, menjadikan jumlahnya melebihi 12 juta.

Maxis berkata ini mengukuhkan lagi kedudukan nombor satunya dalam kategori pascabayar dan prabayar.

"Meskipun kemasukan banyak peserta baharu dalam pasaran dan mengekalkan asas langganan yang besar, syarikat mencatatkan satu lagi tahun margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) lebih 50 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Sandip Das. - Bernama

2. Celcom
SYARIKAT telekomunikasi terkemuka tempatan, Celcom Axiata Berhad terus cemerlang apabila berjaya merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah Celcom pada tahun lalu dengan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) sebanyak 22.7 peratus mencecah RM1.9 bilion. - Metro

3. DiGi
KUALA LUMPUR, 29 April -- Keuntungan sebelum cukai DiGi.Com Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011 meningkat kepada RM447.15 juta daripada RM378.5 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun lepas.

Pendapatannya bertambah 11 peratus kepada RM1.43 bilion daripada RM1.29 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan Jumaat, data terus menjadi penjana pendapatan utama, didorong oleh tumpuan teguh kepada usaha meningkatkan penggunaan.


Saya ingin bertanya, tidak cukup lagikah keuntungan sebegitu banyak yang diraih dari rakyat dan pengguna? Berapa billion yang TELCO mahukan? Mahu keuntungan RM ratusan juta trillion setahun, kah?

Saya faham bahawa adalah menjadi hak TELCO untuk mengenakan caj perkhidmatan tersebut. Namun, jika sebelum ini TELCO tidak mengenakan caj tersebut pun TELCO mampu mencatat keuntungan berbillion setahun, mengapa kini nak caj pula? Nak untung lebih dengan mencekik darah rakyat, kan?

Beginikah sikap TELCO yang kononnya prihatin dengan tanggungjawab sosial terhadap rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan pelajar? Saya kira, tidak salah sekiranya saya melabelkan semua TELCO yang terlibat mengenakan caj perkhidmatan pada pelan prabayar itu sebagai TAMAK, ZALIM dan MELAMPAU!

Justeru itu, saya memohon kerjasama dari semua TELCO untuk membatalkan niat mengenakan caj perkhidmata tersebut dengan serta merta. Jika tidak, sudah tentu satu tindakan drastik dari rakyat akan dilakukan terhadap seluruh TELCO di negara ini. Saya percaya, sekiranya rakyat bertindak terhadap TELCO, maka situasi akan menjadi "menang jadi abu, kalah jadi arang"!

Seperkara lagi, saya meminta Datuk Seri Utama Rais Yatim supaya selesaikan perkara ini segera. Jika tidak, sekiranya PRU13 nanti BN kalah, maka saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan Rais sebagai salah satu faktor utama kekalahan tersebut. Janganlah sebok membodek PM di majlis-majlis saja, jagalah KPI yang diamanahkan tu!

Saya tahu Datuk Seri Rais punya portfolio yang sangat besar dan luas. Dan saya juga tahu bahawa Datuk Seri Rais adalah "otai" atau "orang lama" yang agak "kurang bertenaga" untuk sesuatu yang "advance" seperti Multimedia dan Komunikasi. Namun, jangan jadikan semua itu alasan untuk menyelamatkan diri dari tanggungjawab.

Sekiranya Datuk Seri menggunakan alasan itu juga, saya mohon supaya Datuk Seri meletak jawatan cara baik secepat mungkin kerana secara jelas Datuk Seri kurang berkemampuan untuk bertindak sebagai Menteri KPKK. Jangan marah dan jangan salah anggap terhadap kenyataan saya ini. Saya tidak benci atau anti Datuk Seri seperti "Blogger Elite" pun...

Saya cuma mahu Datuk Seri fikir yang terbaik untuk BN. Apatah lagi PRU13 semakin hampir. Saranan saya ialah Datuk Seri perlu bertindak sekarang atau lepaskan saja jawatan itu sekiranya tak mampu bertindak. Saya yakin bahawa Datuk Seri bukanlah seorang pemimpin yang gilakan jawatan kabinet sebagaimana Anwar Ibrahim sebelum ini, bukan?

3 comments:

Anonymous said...

adik beradik mat sabu lah ni.nak sabotaj bn/umno

Anonymous said...

pihak telco kena ambil perhatian' ramai orang tau macamane nak hijack ko punya sistem.

Papagege said...

Perkhh keluar api kat blog sahabat kali ni ye hahaha
Sabar bro sabar akupun sama dgn hang kureg sikit dgn cara Rais hehe
Pada pendapat aku serangan ini berkait rapat dgn "The Art of War" Karya Sun Tzu
Harap sudi kunjungi http://papagege.blogspot.com/2011/09/teknik-peperangan-sun-tzu.html

Bila Kak Su Bersuara... Heh!