Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, September 10, 2011

PANASSS..!!! PAS rompak duit rakyat..!!!

Kita semua sudah sedia maklum tentang perangai PAS yang selalu “merompak” poket rakyat demi penjuangan politik sempit mereka. Di setiap ceramah, disetiap program, pasti tak lepas dari acara memenuhkan kantung plastik yang kononnya dikatakan sebagai sumbangan jihad untuk perjuangan Islam.

Yang terbaru, dengan alasan untuk mengutip dana bagi pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, tabung derma PAS kembali berjalan di seluruh pelusuk negara bagi mengutip wang rakyat.

Kali ini PAS menggunakan gambar Nik Aziz dan juga Hadi Awang sebagai gula-gula meraih simpati dari masyarakat. Kononnya, setiap sumbangan yang dibuat bukan sahaja untuk tujuan pilihanraya, tetapi ia akan dianugerahkan keberkatan hidup kepada si pendermanya.

Tapi persoalannya, apakah benar wang yang dikutip itu digunakan bagi tujuan pilihanraya? Pernahkah PAS mengisytiharkan berapakah kutipan yang mereka terima dan dimana pula ia dibelanjakan? Semua pihak tak dimaklumkan tentang hal ini kerana PAS tak pernah mengumumkan nilai kutipan setiap derma mereka.

Jadi bukankah ini satu penyelewengan amanah rakyat kerana tiada siapa yang tahu kemana wang derma tersebut dibelanjakan. Yang tahu, hanyalah pihak-pihak yang menguruskan akaun PAS sahaja.

Sebagai sebuah organisasi politik yang sudah 60 tahun bertapak didalam negara, PAS tak sepatutnya masih lagi mengharapkan duit rakyat setiap kali mereka berdepan dengan pilihanraya. Tak kiralah sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum. PAS sepatutnya sudah mempunyai pendapatan sendiri melalui pelaburan ataupun perniagaan yang diuruskan oleh parti.

Masalahnya dengan PAS ini ialah, mereka berlagak pandai dan bodoh sombong. Lihat sahaja bagaimana KOHILAL yang menjadi kebanggaan Nik Aziz di Kelantan hancur begitu sahaja. Semuanya disebabkan sifat tamak dan tak amanah pemimpin mereka sendiri yang cuba mempolitikkan sumber kewangan parti.

Begitu juga dengan penyelewengan Tabung Memali yang sepatutnya digunakan untuk menjaga kebajikan balu-balu yang kehilangan tempat bergantung semasa pemberontakan arwah Ibrahim Libya. Ini semua bukti bahawa PAS tak mampu menjaga ekonomi dengan baik dan bersifat amanah didalam menangani bahagian kewangan.

Jika dilihat cara wakil-wakil PAS mengutip derma disetiap ceramah mereka, rasanya PAS takkan menghadapi masalah kewangan bagi menghadapi mana-mana kempen pilihanraya. Apa taknya, wakil-wakil PAS mengutip derma disetiap ceramah dan program tanpa henti sepanjang tahun, setiap bulan dan hampir setiap minggu di seluruh ceruk kampung.

Mana mungkin PAS boleh mendakwa mereka kekurangan sumber untuk menghadapi Pilihanraya Umum? Lihat Kelantan sebagai contoh, hampir kesemua Exco kerajaan PAS Kelantan kaya raya dan berkereta mewah. Takkanlah mereka-mereka ini tak boleh menyumbangkan sedikit dari kekayaan mereka sebagai dana buat parti?

Takkanlah hanya ahli serta penyokong PAS sahaja yang terpaksa berkorban menyumbangkan wang ringgit setiap kali parti hendak bertanding pilihanraya? Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin PAS? Apakah mereka hanya duduk bersenang lenang menjual air liur basi menipu rakyat dan memaki hamun kerajaan?

Ahli serta penyokong PAS perlu sedar semua hal ini. Jangan hanya sekadar jadi pak angguk dan mengharapkan syurga percuma sahaja.


Sumber: Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

kutip jangan tak kutip, lepas kutip bahagi 3. 1/3 untuk yb yang mai ceramah, 1/3 untuk penganjur dan petugas, 1/3 untuk parti kawasan berkenaan.

Anonymous said...

Kerja pemimpin2 pakatan ni adalah berceramah siang dan malam selama 365 hari.Selama tempoh itu telinga rakyat disumbatkan dengan keluh kesah,fitnah,cerita dongeng dari puak puak ini.
persolanya, masa bila pula mereka ni nak mendengar keluh kesah serta permasalahan rakyat seterusnya mencari jalan penyelesaian?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!