Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, September 5, 2011

Panasss..!!! Pakatan Haram cuba hasut keluarga Allahyarham..!!!

Berita yang penulis baru terima ialah Pakatan Rakyat akan menawarkan khidmat peguam kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan TV Bernama yang terkorban dalam menyokong misi kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) ke Somalia, untuk menyaman kerajaan Malaysia dan UMNO atas tragedi yang menimpa anak bongsu kepada pasangan Mohd Nor Mat Yasin dan Naemah Abdul Majid ini.

Jika berita ini memang sah benar, ia amat memalukan tetapi tidak mengejutkan. Kenapa kita kata memalukan? Memalukan kerana nampak sangat terdesaknya Pakatan Rakyat untuk memanipulasi kesedihan keluarga mangsa demi survival politik mereka. Tak ‘dan’ jenazah Allahyarham tiba di tanah air, Pakatan sudah berkira-kira untuk mempolitikkan isu ini.

Tidak mengejutkan kerana rakyat sudah sedia maklum, politik orang mati ini memang sudah jadi resmi Pakatan sejak menang besar dalam pilihanraya umum 2008. Apa saja yang boleh digunakan untuk menjatuhkan BN, UMNO dan kerajaan akan digunakan mereka tanpa segan silu. Termasuk mempolitikkan hal orang yang mati.

Kita dah lihat ini dalam banyak hal seperti dalam kes Kugan, Amirul Rasyid, Teoh Beng Hock dan beberapa lagi dimana para peguam politik yang berkepentingan kuat dalam Pakatan Rakyat akan tampil kononnya menjadi pembela kepada keluarga simati dengan menyaman pihak-pihak yang berkepentingan dalam kerajaan.

Walaupun tidak berkaitan, mereka akan cuba kaitkan juga seperti dalam kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, peserta perhimpunan haram Bersih yang meninggal dunia akibat dari serangan jantung. Termasuklah juga ‘mematikan’ orang hidup bernama Suhardi Mat Isa.

Dalam banyak hal bila anasir Pakatan Rakyat cuba memanipulasi kesedihan keluarga dengan menawarkan khidmat guaman, peranan keluarga amatlah penting. Perlu diingat, Pakatan bukan simpati atau peduli dengan nasib si mati pun, depa hanya nampak macam mana nak manipulasi kematian itu demi kepentingan politik sempit mereka.

Arwah nampaknya memang berminat untuk menyertai misi-misi kemanusian yang diklasifikasikan sebagai merbahaya ini. 2 tahun lepas arwah telah menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dimana berlaku kejadian anggota komando Israel menyerang salah sebuah kapal dalam flotila keamanan tersebut dan menyebabkan 9 sukarelawan Turki mati dibunuh.

Disinilah yang membezakan arwah dengan majoriti peserta misi bantuan ke Somalia, bukan sekali malah 2 kali arwah memilih untuk menyertai misi kemanusiaan yang merbahaya ini. Tidak ramai wartawan malah mana-mana orang pun dalam pengetahuan penulis yang mempunyai keberanian seperti arwah.

Justeru, wajarlah pemergian arwah ini diingati sebagai pengorbanan seorang wira negara dalam menjalankan misi kemanusiaan sesama manusia lain yang dilanda malapetaka dan bencana. Kita tidak mahu pengorbanan suci ini menjadi bahan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan seperti mana yang dilihat dalam kes bunuh diri seorang pembantu politik kepada ADUN Pakatan di Selangor.

Sejarah sudah membuktikan, kalau khidmat guaman yang didorong oleh para manipulator undang-undang dari Pakatan Rakyat, ia pasti menjadi bahan politik. Gambar-gambar simati akan dikendong kesana ke mari dalam kempen pilihanraya. Kesedihan keluarga tidak dipedulikan sebaliknya ia menjadi bahan politik murahan pula. Pada yang waras, ini adalah satu penghinaan kepada simati, bukan simpati.

Penulis sangat berharap ketabahan yang ditunjukkan pihak keluarga dalam menghadapi kematian arwah, dapat juga ditunjukkan dalam menolak sebarang cubaan Pakatan Rakyat untuk memanipulasi kematian ini menerusi ‘khidmat guaman’ yang sebenarnya lebih kepada melaksanakan agenda politik mereka.

Al-fatihah kepada roh Allahyarham


Sumber: klik

1 comment:

TMHD said...

Mudah-mudahan Allah melindungi keluarga Allahyarham drpd bisikan2'syaitan' itu...Amin.

Buat rakyat Malaysia,semoga perangai2 'syaitan' ini dpt membuka hati & minda utk menolak ke'dajal'an yg bertopengkan kebaikan demi utk kelangsungan budi pekerti & jati diri bangsa Malaysia yg unggul....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!