Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, September 8, 2011

Panasss..!!! Gerenti puak Pakatan Haram tak berani sahut cabaran Azeez..!!!

Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia nyata berang dengan sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang bercakap pandai tentang misi kemanusiaan di Somalia. Kematian Noramfaizul Mohd Nor akibat tembakan pasukan pengaman African Union di Somalia, membuatkan kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat dan juak-juak mereka menggunakannya sebagai isu untuk memperkecil-kecilkan usaha kebajikan yang dilakukan oleh Azeez Abdul Rahim dan kumpulannya.

Menurut Azeez Abdul Rahim, dia akan ke Somalia sekali lagi pada bulan Oktober nanti. Justeru, dia menawarkan tempat kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah kepada Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Khalid Samad, bahkan kepada Malaysiakini dan The Malaysian Insider, dua buah portal yang merupakan tukang propaganda kepada Pakatan Rakyat yang dibiayai oleh Zionis.

Apabila tawaran tersebut telah dibuat, seharusnya mereka tidak menolak atau memberikan sebarang alasan. Inilah masanya untuk membuktikan yang mereka jauh lebih hebat dan lebih berkoordinasi berbanding Azeez Abdul Rahim dan kumpulannya yang menyaksikan salah seorang jurukamera terbunuh.

Sikap memandai-mandai dan segera memanipulasi keadaan adalah kepakaran semulajadi Pakatan Rakyat dan konco-konco mereka. Dalam satu keadaan yang lain, Khalid Samad bercakap besar tentang keupayaannya memasuki Gaza dan memberikan bantuan kepada rakyat Gaza.

Bagaimanapun berdasarkan bukti yang ada, Khalid Samad tidak sebagaimana yang diperkatakannya. Khalid Samad sebaliknya sekadar ke pejabat berhawa dingin, menyerahkan wang sebanyak USD215,000 dan kemudian bergambar sebelum pulang ke Malaysia.

Berbeza pula dengan kumpulan yang diketuai oleh Azeez Abdul Rahim yang sangat jelas berada di tengah-tengah medan, jauh daripada keselesaan, tidak ditemani oleh para pembesar negara Somalia sebaliknya hanya diiringi oleh anggota-anggota militia ketika menyampaikan makanan, pakaian, mahupun merawat dan memasak untuk pelarian tersebut.

Kerja-kerja yang ditunjukkan oleh Azeez Abdul Rahim kepada dunia adalah sangat berbeza dengan kerja yang dilakukan oleh Khalid Samad. Khalid Samad pula lebih kelihatan seperti si bacul yang cuba mendapatkan pujian dengan pemergiannya ke Gaza dilihat sebagai promosi keterlaluan terhadap keberanian PAS untuk berjihad.

Dan jihad PAS hanyalah sekadar di bilik berhawa dingin!

Sesuatu yang sebenarnya boleh dilakukan di Malaysia tanpa perlu berlagak kononnya ke Gaza semata-mata untuk mengambil gambar dan dipaparkan di dalam blog.

Apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan betapa terdesaknya Pakatan Rakyat, khususnya PAS untuk mencari sesuatu yang boleh menaikkan nama mereka. Selepas Khalid Samad menolak untuk ke Gaza bersama-sama flotila dalam pelayaran misi kemanusiaan sebelum ini, para pemimpin PAS sebenarnya dilihat dan dianggap pengecut yang hanya berani berkokok di dalam negara tetapi apabila berpeluang untuk melaksanakannya dengan amal, mereka gagal melakukannya.


Begitu juga tentang kutipan derma yang dijalankan oleh PAS kononnya membantu umat di Gaza. Banyak pihak yang mempersoalkan tentang jumlah sebenar kutipan derma tersebut memandangkan PAS sebenarnya sangat PAKAR dalam mengutip derma.

Perhatikan sahaja bagaimana ramai pemimpin PAS yang hidup atas ceramah dan kempen yang diadakan saban hari. Ceramah-ceramah tersebut pasti akan diselangi dengan pergerakan tabung-tabung yang dijinjit oleh Unit Amal. Selepas dibahagikan kepada tiga bahagian, para penceramah yang sebenarnya adalah penganggur masih dapat hidup senang-lenang hasil daripada pengorbanan ahli-ahli PAS yang mengharapkan syurga atas sumbangan mereka.

Memandangkan Azeez Abdul Rahim sudah pun memanjangkan tawarannya kepada Pakatan Rakyat dan portal-portal yang sebelum ini bercakap pandai, maka seelok-eloknya tawaran tersebut disambut dengan sesegera mungkin.

Sebabnya, terdapat ramai dari kalangan yang bukan Pakatan Rakyat memang teringin benar hendak ke Somalia, bukan untuk promosi parti yang diwakili atau jawatan dalam politik, sebaliknya untuk berbakti dan mengharapkan balasan daripada Allah Taala semata-mata.

Masakan kerana Somalia merupakan negara yang memiliki lebih banyak peluru berbanding gandum, lebih banyak bom berbanding roti dan lebih banyak letupan yang membunuh berbanding ceramah-ceramah politik yang diakhiri dengan tabung bergerak Unit Amal, puak-puak Pakatan Rakyat dan kedua-dua portal tersebut sedang mencari-cari jalan untuk memekakkan telinga, konon-kononnya mereka tidak dengar?


Sumber: PERAK TODAY

1 comment:

Anonymous said...

org pas , adil dan dap hanya pandai membuat fitnah dan memburukkan org lain!!! parti yg paling bodoh! penyokong pun bodoh!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!