Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, September 28, 2011

Panass..!!! Wartawan Malaysiakini/Insider Ada Masalah God Complex?


Satu benda kena tabik dekat Malaysiakini dan Malaysian Insider, dua portal milik pembangkang yang sudah agak lama wujud.

Pantang ada peluang nak mengenakan Perdana Menteri (PM), mereka akan gunakan sebaik mungkin tanpa rasa segan silu.

Benda yang PM tak maksudkan apa semua mereka akan wujudkan sendiri.

Matlamatnya jelas, menjatuhkan air muka dan kredibiliti mana-mana PM yang ada di negara ini.

Terbaru dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 semalam, PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyebut mengenai isu kuota dan bumiputera.

Ini adalah transkrip dan terjemahan apa yang PM cakap semalam;

“Salah satu kritikan saya pada masa lampau ialah kita tidak membantu orang-orang yang sepatutnya.

Justeru jika anda melihat kepada elemen yang terdapat di dalam Model Ekonomi Baru, tindakan yang diperakui pasti (affirmative) akan berdasarkan meritokrasi.

Jadi anda perlu membantu bumiputera yang sepatutnya dibantu, dan jika anda membantu bumiputera yang betul, bukan sahaja mereka akan berjaya malah bukan bumiputera pun tidak akan iri hati terhadap mereka.

Yang kedua, anda perlu lari dari kuota. Tetapi anda tetap perlu menyokong mereka dalam satu kaedaan yang akan membantu mereka berkembang dari perusahaan kecil dan sederhana menjadi besar dan seterusnya menjadi jaguh serantau.

Namun jika anda memberikan mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya mereka tidak akan mendapat kemahiran bagi mengurus perniagaan mereka.

Transkrip asal;

One of my criticism in the past is that we have not promoted the right kind of people.

So therefore, if you look at the elements of the New Economic Model, the affirmative action will be based more on meritocracy.

So you must promote the right bumiputera , If you promote the right bumiputera, not only will they succeed but the non bumiputera will not begrudge them.

Secondly you must run, go away from quotas. But you must support them in a way that will allow them to grow from small and medium enterprises to get bigger and to become even regional champions.

But if you give them quotas, they will rest on their laurels and eventually will not gain the expertise to manage their business

Sekarang, bayangkan jika anda adalah wartawan yang berkerja membuat liputan majlis berkenaan.

Dengan maklumat yang anda dapat di atas…adakah anda akan menulis PM kata kuota bumiputera akan ditamatkan?

Iye anda akan menulis demikian jika anda berkerja di Malaysiakini dan Malaysian Insider kerana matlamat anda adalah untuk mengenakan PM dan menjatuhkan kredibiliti serta kedudukan beliau di mata orang Melayu dan bumiputera.

Itulah bahan yang disiarkan Malaysiakini dan Malaysian Insider semalam.

Tang mana dalam jawapan Najib itu beliau ada kata nak tamatkan kuota untuk bumiputera?

Beliau hanya mencadangkan agar bumiputera yang benar-benar berpotensi sahaja dibantu. Dan jika berpotensi, mereka tidak perlu diperkenalkan kepada kuota sebaliknya dibantu agar berkembang.

Namun, PM tidak pun kata disebabkan itu kuota akan ditamatkan. Istilah ditamatkan itu tidak ada langsung. Mana wartawan Malaysiakini dan Malaysian Insider dapat istilah tambahan itu tak tahulah…

Pendengaran diaorang mungkin supersonik kot, benda yang orang lain tak dengar dia orang dapat lak dengar.

Ini benda sensitif la….jangan main sebarangan aje tulis. Najib pun penuh berhati-hati pilih perkataan untuk menzahirkan isu bumiputera dan kuota. Namun Malaysiakini dan Malaysian Insider peduli apa…

Diaorang adalah kumpulan wartawan yang ada masalah God Complex…hanya kerana mereka menulis kutuk kerajaan, mereka perasan diri mereka hebat dan terlalu agung sehingga boleh menulis apa sahaja yang mereka rasa hendak tulis.

Memang ciri-ciri God Complex. Mungkin dunia kewartawanan Malaysia lepas ni boleh bagi label kat kumpulan ini ‘Wartawan God Complex’. ..pasal mereka rasa mereka MACAM lebih pandai daripada kumpulan wartawan lain. Lepas ni, sebut aje istilah tu kita akan tahu kumpulan mana yang dimaksudkan.

Kalau Utusan Malaysia atau Berita Harian buat camtu, laju aje mereka akan menulis ‘media milik UMNO itu…..” perkataan UMNO itu mesti ada untuk mewujudkan persepsi semua yang jahat ada kait mengait dengan UMNO.

Tang dia pun rasanya kita kena buat yang samalah kan, portal milik pembangkang itu….

Kalau anda duk canang yang Utusan dan Berita Harian suka belit kata kononnya…anda buat apa wahai Malaysiakini dan Malaysia Insider?

Kata bodoh kang marah pulak….

2 comments:

Keris 7 Lok said...

Salam Perjuangan..blog tuan telah dipautkan ke blog keris..minta blog keris juga dipautkan ke blog tuan..

demi perjuangan alif ba ta..
http://keris7lok.blogspot.com

DukeOfUMNO said...

Dah link dah bro..dah lama dah link..cuba check...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!