Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, September 24, 2011

Musa Hassan akan mainkan Anwar lagi..!!!

Masih ingat lagi tentang bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan? Hari ini, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan bahawa beliau ada menerima sapina dari mahkamah yang memintanya tampil memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kes liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Menurut beliau, sapina itu diterima pada minggu lalu dan bersetuju untuk hadir sebagai saksi pembelaan kes tersebut. Meskipun beliau boleh menolak dengan membuat permohonan untuk mengenepikan sapina tersebut, namun beliau telah membuat keputusan untuk hadir sebagai saksi apabila dipanggil mahkamah yang dijadualkan bersidang semula awal Oktober ini.

Tentu ramai yang tidak menyangka bahawa Tan Sri Musa Hassan yang pada awalnya menolak untuk ditemubual oleh barisan pembelaan Anwar itu, tiba-tiba setuju untuk menjadi saksi pembelaan apabila disapina.

Sebagaimana kita tahu, kelicikan Anwar dan berisan peguambelanya sangat hebat dan tinggi tarafnya. Buktinya, kes tersebut telah berjaya ditangguhkan lebih 50 kali dan sudah tiga tahun masih lagi belum selesai. Hebat, bukan? Jika kes ini membabitkan orang lain, sudah tentu sudah lama “masuk ke dalam”!

Anwar sebelum ini di luar mahkamah, terutama di ceramah-ceramah “cari makan”nya, sering menghentam Tan Sri Musa Hassan yang dianggapkan sebagai salah seorang “konspirator” bagi menjahanamkan karier politiknya. Benarkah dakwaan Anwar itu, atau ia hanyalah sekadar “auta” Anwar untuk memusnahkan kreadibiliti Musa?

Berbalik kepada lipatan sejarah, Musa Hassan merupakan seorang pegawai penyiasat yang bertanggungjawab menyiasat tentang dakwaan aktiviti liwat Anwar sejak tahun 1996 lagi. Ketika itu, Musa Hassan hanyalah berpangkat pegawai biasa di Jabatan Siasatan Jenayah. Kemudian, timbul pula dakwaan oleh adik Azmin, Umi Hafilda, bekas pemandu Anwar, Azizan, Karpal Singh dan Mat Sabu yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks luar tabii atau dalam kata lain, MELIWAT!

Ketika itu, gempar negara dibuatnya. Timbalan Perdana Menteri yang “warak”, mampu berkhutbah dan menjadi imam dituduh meliwat? Biar betul! Ketika itu, Anwar dikatakan tidak dapat menahan sabar dan telah membuat laporan polis! Di situlah kesilapan pertama Anwar. Laporan polis dibuat dan mahu tidak mahu, dakwaan tersebut mesti disiasat seadil-adilnya!

Sebenarnya, Anwar sendiri yang telah memilih Musa Hassan untuk menyiasat kesnya itu. Di dalam kotak fikiran Anwar, apa-apa yang berlaku, Musa mungkin senang dijinakkan memandangkan adik Musa, Fuad Hassan, berkawan baik dengan Anwar. Namun, apa yang Anwar tidak tahu, Musa Hassan sememangnya tegas, adil dan bijak orangnya!

Dala penyiasatan Musa, Anwar dikatakan beberapa kali cuba campur tangan dan meminta Musa melaporkan hasil siasatan kepadanya setiap hari. Musa menolak dan menegaskan bahawa beliau hanya boleh melaporkan siasatannya kepada Ketuanya, dan bukannya Timbalan Perdana Menteri. Itu yang sepatutnya.

Akibat itu, Anwar telah komplen pada ketua Musa dan Musa dipanggil untuk “sesi leteran”. Namun, sebagai seorang pegawai yang amanah dan taat, beliau menegaskan kepada ketuanya bahawa tindakannya itu adalah apa yang benar dan ketuanya mengakui kebenaran tindakan Musa. Namun, atas desakan Anwar, kes tersebut telah di”gantung” tidak bertali untuk beberapa ketika.

Namun, pada tahun 1997, timbul pula dakwaan dari buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri”. Dalam buku tersebut, dinyatakan bahawa salah satu sebab Anwar tak boleh jadi PM adalah kerana dia meliwat dan ketika itulah kertas siasatan Musa yang “digantung” itu dibuka semula!

Pada ketika itu, Musa berkali-kali dipanggil Anwar untuk mengetahui perkembangan siasatannya. Namun, Musa tidak pernah memberitahu perkembangan siasatannya mengenai kes itu kepada Anwar. Saksi demi saksi dipanggil. Keterangan demi keterangan diambil. Anwar pula keresahan apabila dirinya disiasat oleh seorang pegawai polis yang sangat teliti seperti Musa Hassan.

Akibat itu, Anwar dikatakan meminta adik Musa, Fuad Hassan, untuk memujuk Musa. Fuad ajak Musa bertemu di sebuah bilik hotel dan meminta Musa agar “melepaskan” Anwar. Namun, Musa berkata kepada adiknya itu bahawa sekiranya dia menghalang kerja Musa, silap-silap dia akan “ke dalam”! Mungkin ketegasan itu menyebabkan Fuad tidak begitu dapat membantu Anwar.

Hakikatnya, tindakan terdesak Anwar “menghantar” Fuad untuk berbincang dengannya itu telah menguatkan lagi keyakinan Musa bahawa Anwar sememangnya terbabit dengan aktiviti meliwat. Dan akhirnya, Anwar di dakwa jua di mahkamah, namun dibebaskan atas beberapa kekeliruan teknikal. Namun, mahkamah sendiri telah mengesahkan Anwar terlibat dengan aktiviti meliwat. Sila rujuk penghakiman kes itu.

Kerana dendam tak sudah itulah Anwar seboleh-bolehnya akan cuba memburuk-burukkan Musa meskipun beliau sudah pencen dari menjadi seorang pegawai polis. Alasan Anwar kini cuma satu iaitu Musa menjadi Ketua Polis Negara ketika kes itu dilaporkan Saiful tiga tahun lalu.

Saya kira, kehadiran Musa di kandang saksi pembelaan kali ini akan lebih menggemparkan mahkamah. Dan yang pastinya, sudah tentu pelbagai rahsia Anwar akan terbongkar dengan kehadiran Musa kali ini. Musa cerdik. Beliau tidak mahu ditemuramah dan membiarkan Anwar tertanya-tanya tentang apakah yang bakal keluar dari mulut Musa nanti.

Jika sebelum ini Musa mempermainkan “kecerdikan” Anwar dengan menolak untuk ditemuramah, kali ini sudah tentu Anwar akan lebih teruk “dimainkan” Musa di dalam kandang saksi. Anwar memanggil Musa mengharapkan dia terbela, namun saya yakin bahawa Anwar akan makin terbelit nanti!


Sebagaimana yang saya nukilkan di sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!