Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, September 4, 2011

Mat Sabu Tak Perlu Minta Maaf Pun...


Saya mengikuti perkembangan isu Mat Sabu dan ceramahnya yang mendakwa Mat Indera serta pasukan komunis yang diketuainya ketika menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Begitu juga dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang menegaskan bahawa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai pengkhianat negara hanya kerana mereka merupakan pegawai British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu.

Kenyataan Mat Sabu di dalam ceramahnya di Padang Menora, Pulau Pinang itu dikecam hebat oeh pelbagai pihak. Majoritinya meminta agar pemimpin nombor dua Pas itu untuk meminta maaf. Mat Sabu digesa untuk meminta maaf kepada seluruh bekas polis dan tentera, serta keluarga mereka yang gugur di medan perang, bertempur dengan anggota komunis. Malah, Kanang Anak Langkau, turut berang dengan kenyataan Mat Sabu itu.

Pada saya, Mat Sabu tak perlu meminta maaf. Pemimpin-pemimpin atau mana-mana pihak pun tak perlu mendesak agar suami Normah itu untuk meminta maaf. Tiada apa yang perlu diminta maaf dan tiada apa yang perlu dimaafkan. Mengapa saya berpendirian begitu?

Pada pandangan saya, Mat Sabu bukanlah sejenis manusia yang akan menyesal dan meminta maaf atas keceluparannya. Apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan dihadapan penyokong-penyokong Pas yang sememangnya totok.

Mat Sabu takkan meminta maaf. Merayu airmata darah sekalipun, dia tidak akan mengaku silap atau salah! Mungkin dia punya rasa maksum sebagaimana Mursyidul Amnya, Pok Nik Ajis.

Mengapa saya berkata begitu?

Ini adalah kerana Mat Sabu sememangnya bersifat begitu. Ingat lagi mengenai gelaran “Al-Juburi”? Mat Sabu adalah individu yang mencipta khas gelaran “istimewa” itu untuk Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bermatian dia bersama Karpal menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti gay, dan Mat Sabu di dalam ceramahnya memberi gelaran tersebut kepada Anwar.

Sehingga kini, meskipun sudah berpeluk dengan Anwar, sudahkah Mat Sabu meminta maaf atas keceluparannya mendedahkan tabiat kesukaan Anwar itu kepada khalayak umum?

Pernahkah kita mendengar Mat Sabu menarik balik gelaran “Al-Juburi” itu dari Anwar?

Dia hanya menyatakan bahawa dia akan berhenti dari menyerang Anwar dengan gelaran itu memandangkan Anwar sudah berada di kem yang sama dengannya. Meminta maaf dari Anwar? Jauh sekali…

Seperkara lagi, ingat tidak mengenai kenyataannya selepas Bershit 2.0? Mulanya, dia mendakwa bahawa dia dilanggar Land Rover milik PDRM. Habis dicanangnya pada media dan orang ramai, kononnya Land Rover PDRM telah merempuhnya hingga menyebabkan kakinya cedera teruk dan perlu dibedah. Dia begitu gigih mempertahankan kenyataannya.

Namun, setelah PDRM mempamerkan rakaman CCTV yang diambil dari kawasan dia ditangkap dan rakaman visual tersebut jelas menunjukkan Land Rover PDRM itu tidak langsung bersentuh dengan motorsikal yang dibonceng Mat Sabu, terus dia pusing cerita.

Kononnya, kali ini dia dilanggar oleh kereta Waja PDRM pulak! Padahal, rakaman itu jelas menunjukkan dia langsung tidak dilanggar serta motorsikal yang dibonceng Mat Sabu itu sebetulnya hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan!

Dari Land Rover, Mat Sabu beralih pula kepada Waja. Padahal tak kena apa-apa pun dan dia jatuh sendiri! Namun, walaupun sudah 100% “kantoi”, ada ke kita dengar Mat Sabu meminta maaf mengenai penipuannya itu? Tidak, bukan?

Jadi, mengapa perlu dipaksa dia untuk meminta maaf?

Pada saya, biarlah Mar Sabu mempertahankan kenyataannya itu. Kenyataan itu sememangnya bukti bahawa Mat Sabu seorang manusia jenis “kaki temberang”, “kaki fitnah”, dan “takkan mengaku salah” walau sudah terang-terang “kantoi”! Apa yang diharapkan dari orang jenis begitu? Nak harapkan dia minta maaf? Maaflah, dia bukan jenis begitu…

Pada saya, biarlah rakyat mendengar dan menghukum sendiri siapakah Mat Sabu sebenarnya. Apakah dia seorang “opportunis” yang sanggup menghalalkan yang haram demi matlamat yang dikejarnya? Rakyat lebih bijak untuk menilai tentang manusia yang jenisnya seperti Mat Sabu ini.

Wallahu’alam.

klik kat sini

2 comments:

Anonymous said...

dia ulama ma bohong pun dapat pahala

Sallehudin Mohamad said...

susah sangat ke nak sebut

"Maafkan sya.."

"saya minta maaf..."

Hilang adab dek politik

Bila Kak Su Bersuara... Heh!