Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, September 6, 2011

Mat Sabu Dihalau: PKM & PAS Sama-Sama Alat Penjajah British..!!!

Maaflah kalau tajuk diatas itu sedikit mengelirukan, penulis sedang menulis ketika satu perkara baru datang kepada penulis. Tidak mahu membazir masa dan ruang, penulis rangkumkan kedua cerita sedikit berbeza tapi sama dari segi punca sebagai tatapan pembaca sekelian.

Yang pertama tentang persamaan PAS dan Komunis.

Ada molek juga bila Mat Sabu cuba menulis kembali sejarah negara dengan meletakkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dibanding anggota pasukan keselamatan di Bukit Kepong yang bermandi darah mempertahankan Bukit Kepong aka tanah air sendiri.

Penulis sebut molek kerana polemik yang dicetus Mat Sabu ini menyebabkan pihak-pihak menentang dan menyokong mula menyelak kembali kisah-kisah sejarah berkaitan dalam nak dijadikan bahan menyokong atau menghentam Mat Sabu.

Subjek sejarah ini waima di sekolah-sekolah pun kurang mendapat sambutan pelajar. Tidak hairan kenapa kesempatan ini diambil Mat Sabu untuk memutar belit fakta terutama disudut-sudut penceritaan yang agak kabur untuk kepentingan politik PAS.

Jadi bila ada keperluan semacam ini maka subjek yang kurang diminati diperingkat sekolah dulu kini menjadi bahan yang sangat dicari-cari pewaham dan penyokong hujah pro komunis oleh Mat Sabu.

Tidak terkecuali dalam hal ini ialah penulis sendiri. kebetulan pula penulis memang meminati Sejarah dari zaman persekolahan lagi cuma perlu membuat penelitian semula dalam memastikan tidak tertulis fakta yang salah.

Dalam usaha ini, penulis dapati PAS dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sanjungan Mat Sabu rupa-rupanya berkongsi persamaan yang sangat nyata – dua-dua pun alat kepada penjajah British.

Yang berbeza, PKM jadi alat British dalam kempen gerila menentang Jepun, PAS menjadi alat British dalam memecah belahkan sokongan orang melayu terhadap perjuangan kemerdekaan oleh UMNO.

Tapi kedua PKM dan PAS tetap berkongsi latar belakang yang sama – penubuhan mereka atas sebab untuk menjadi alat penjajah British

Tidak hairan kenapa PAS begitu kurang semangat patriotismenya dan begitu anti nasional. Dulu kabur jugak sebab PAS bijak menutup kekurangan itu dengan retorik mengenai penubuhan negara Islam tapi kini dengan itu pun (negara Islam) dah menjadi bahan arkib sejarah (diganti dengan negara kebajikan), kekaburan yang dulu kini sudah menjadi jelas.

Rupanya PAS masih belum merdeka, masih terbelenggu dengan asas yang ditanam penjajah British dalam hal meluluskan penubuhan mereka lebih 50 tahun dahulu.

Mungkinkah ada perjanjian sulit antara Haji Fuad Hassan (Yang Dipertua PAS yang pertama) dengan penjajah British? Silap-silap, penubuhan PAS dicadangkan sendiri oleh British, mengambil kesempatan dari kekecewaan Haji Fuad yang kalah bertanding jawatan Yang DiPertua UMNO dengan Allahyarham Tunku.

Kemungkinan itu ada kerana singkatan PAS itu sendiri tidak membayangkan maksud sebenarnya iaitu Parti Islam Se-malaya (PIS). Nampak sangat bukan orang melayu yang mengejakan tapi orang bukan melayu, sebab itu salah!!!

Alang-alang nak menulis semula sejarah negara seperti disaran Mat Sabu, jangan lupa masukkan bab yang ini juga.

Selesai bab pertama.

Kedua, datang ke pengetahuan penulis yang Mat Sabu semalam dihalau dan dihalang daripada bertemu dengan mangsa Bukit Kepong yang masih hidup, Jamilah Abu Bakar. NST turut melapurkan bahawa Jamilah enggan bertemu dengan Mat Sabu kerana perasaannya terganggu dengan pandangan Mat Sabu yang menyanjung tinggi pengganas komunis yang terlibat membunuh keluarganya dalam kejadian tersebut.

Diiringi konvoi 3 buah kenderaan yang dikepalai Timbalan Ketua Kawasan PAS Pulai, Zaaba Ibrahim, Mat Sabu dihalang 40 orang lelaki terdiri daripada saudara mara dan jiran Jamilah. Hebat betul tentangan masyarakat umum ke atas kenyataan Mat Sabu, macam mana dia boleh tidak berperasaan dan masih menegakkan pandangannya yang salah lagi tergelincir itupun penulis tidak faham.

Kalau UMNO yang hentam mungkin alasan politik, kalau Utusan yang hentam, alasan yang sama tapi kalau dah mangsa dan saudara maranya sendiri yang bangkit menentang, itu nak kata apa? UMNO upah? UMNO bayar?

Cubalah berhenti jadi bodoh dan terima sajalah hakikat bahawa kenyataan Mat Sabu itu memang mengguris hati masyarakat, apatah lagi waris yang terselamat.

Walaupun Jamilah sudah berusia 65 tahun, beliau bukan bodoh macam Menteri Dalam Negeri yang masih main wayang kulit bila arwahnya Datonya sendiri di label sebagai pegawai penjajah dan dinafikan hak sebagai pejuang kemerdekaan. Hanya rakyat biasa yang tidak punya kuasa, Jamilah masih punya maruah dan tidak mahu orang yang menyanjung tinggi pembunuh ibu dan adiknya dalam kejadian pada Februari 1950 itu menjejak kaki ke rumahnya pun.

Begitulah hinanya Mat Sabu dimata masyarakat sekarang. Tidak hairan kenapa para pemimpin PAS masing-masing menjauhkan diri dalam hal ini dan membiarkan Mat Sabu terkontang kanting sendirian. Paling tidak, ada lah kenyataan Azizan Razak yang menyamakan komunis dengan Hang Jebat demi mempertahankan Mat Sabu, itupun dua kali lima bodoh macam Mat Sabu jugak.


Sumber: klik tang ni

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!