Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, September 5, 2011

Kisah Benar: Azmin anak derhaka..!!! Disumpah ibunya dipagi Raya..!!!


Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal. Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…

“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?” soal Azmin pada ibunya.

“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..” balas ibunya.

“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, Azmin memotong cakap ibunya.

Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…

Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung! Melihat keadaan itu, ahli keluarganya berpandangan sesama mereka dan kemudian masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka. Ibu Azmin sedang menangis! Sambil tersedu sedan, ibu Azmin menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah ketika Azmin “berhari raya” bersama ibunya pagi itu…

Menurut ibu Azmin, Azmin berang kerana ibunya tidak memaklumkan tentang adik beradiknya yang lain turut berada di rumah itu ketika dia ke sana. Azmin sebenarnya tidak mahu langsung berjuak muka dengan adik beradiknya seperti Kak Long, Kak Lang, abang-abang iparnya, terutama sekali Ummi Hafilda seperti mana maklum. Azmin menggelar kakak-kakak dan adiknya itu sebagai “betina sial”, “sundal” dan pelbagai gelaran nista pada mereka.

Menurut ibu Azmin, Azmin marah “menyinga” kerana mendapati adik beradiknya turut berada di rumah ibunya ketika kehadirannya itu. Belum sempat anaknya menjamah nasi impit di meja makan, Azmin menengking anaknya…

“Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..!!!” tengking Azmin pada anak-anaknya.

Malah Azmin turut membaling kerusi yang diduduk anaknya seraya mengatakan bahawa adalah haram untuk menyentuh semua perabot, makanan dan apa yang ada dalam rumah ibunya kerana bernajis serta perlu disamak terlebih dahulu…

Jerkahan Azmin itulah yang menyentap hati ibunya. Ibu Azmin menangis! Memang selalu Azmin mengguris hati ibunya dengan kata-kata nista sebelum ini, namun beliau masih dapat menahan sabarnya. Iyalah, sejahat mana pun Azmin, dia tetap anak yang dilahirkannya. Namun kali ini Azmin sudah melampaui batas. Ibu Azmin sudah hilang sabar…

“Min..baik kau keluar Min…keluar!” jerkah ibunya yang sudah menjangkau umur 76 tahun itu.

“Kalau kau balik nak buat kecoh begini, baik kau keluar..! Keluar..!!!”, hati ibu Azmin parah terluka.

Tanpa berlengah panjang Azmin bertindak keluar sambil membawa anak dan isterinya bersama. Mungkin menuju ke Perak, ke rumah mertuanya. Ibu Azmin tersedu-sedan di dalam rumah. Adik beradik Azmin terpaksa menenangkan ibu mereka. Namun, kesabaran ibu tua itu sudah sampai ke tahap maksima. Azmin sudah melampau! Beginikah layanan yang diberikan terhadap ibunya? Sudahlah duit raya pun tidak dihulurkan, Azmin buat ibunya menangis di Aidilfitri pula..!!!

“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin!

“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”, kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam.

Saya terkedu dan beristighfar mendengar cerita ini mengenai perihal akhlak Azmin dan cara layanan yang diberikan kepada ibunya. Azmin memang hati kering sehingga ibunya sendiri pun sanggup dilukai hati ini. Tidakkah Azmin tahu bahawa mengatakan “ah..!” sekali pun pada ibu sudah memadai baginya untuk mendapat dosa besar? “Madunya”, Anwar tidak ajarkah mengenai perkara ini?

Paling mengejutkan saya ialah mengenai kenyataan ibu tua itu yang sangat hancur hatinya diperlakukan begitu oleh Azmin, anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan dibesarkan hingga besar…

“Azmin anak yang derhaka!” kata ibunya dalam sedu sedan dan penyesalan yang amat sangat.

Persoalannya, apakah jenis manusia yang memperlakukan ibunya sendiri sedemikian rupa? Siapakah yang menghasut dan memperngaruhi Azmin hingga berubah dari seorang anak yang sangat baik kepada seorang yang berkelakuan seperti syaitan itu? Apakah yang mendorong Azmin hingga sanggup menderhaka kepada ibu kandungnya yang sudah uzur itu?

Saya terkedu. Dan setelah mendengar aduan ahli keluarga Azmin ini, demi Allah, sekiranya saya sebahagian dari adik beradik Azmin, sudah tentu teruk Azmin saya kerjakan. Adalah menjadi kepantangan dalam hidup saya untuk melihat jenis manusia yang sanggup berkurang ajar dan menitiskan air mata seorang ibu! Saya tidak tahu sama ada pembaca boleh tahan atau tidak dengan “binatang” yang berperangai begitu. Namun pada saya, memang nahas saya kerjakan..!!!


Sumber: PERAK TODAY THE PORTAL!

12 comments:

Anonymous said...

Ni semua salah UMNO!
UMNO dah brain wash semua, termasuk ibu si azmin.
Kalau bukan UMNO ibu azmin takkan bertindak menderhakakan anak semacam nih.
Anak ni sangat2 dikasihi si AnuGrab.
Sohih..salah UMNO!!
Sohih..salah UMNO!!
Sohih..salah UMNO!!

Anonymous said...

Bingai betul, apa pulak dia punya hal di rumah tu nak di kaitkan dengan UMNO pulak,.Kalau dah dasar pembangkang.apa pon yg berlaku semuanya di kaitkan dan disalahkan kepada UMNO. tak senonoh betul perangai mereka mereka ni

Anonymous said...

Bingai betul, apa pulak dia punya hal di rumah tu nak di kaitkan dengan UMNO pulak,.Kalau dah dasar pembangkang.apa pon yg berlaku semuanya di kaitkan dan disalahkan kepada UMNO. tak senonoh betul perangai mereka mereka ni

Anonymous said...

fuhhhh..
memang hebat la pkr kan?
skandal moral ada
kod 71 ada
penipu ada
anak derhaka pun ada.
macam macam adaaaaa...

Anonymous said...

kepala butoh hang , sekarang keadilan pun macam pukimak haram , dah tu janji dengan rakyat selepas dah sokong keadilan langsung keadilan tak menepati janji , hari tu beberapa bulan yang lepas , saya tinggal di petaling jaya tapi yang pegang keadilan , mereka(keadilan) ade mengesorkan untuk membuat lesen murah , tak silap aku rm 50 . selepas dah bayar pastu dah tunggu beberapa bulan , keadilan tipu kami dan bawa lari duit kami , dah tu pembohong dan bongkak , dulu kami menyesal menyokong keadilan ,. sekarang nak sokong umno .

Anonymous said...

kepala butoh hang , sekarang keadilan pun macam pukimak haram , dah tu janji dengan rakyat selepas dah sokong keadilan langsung keadilan tak menepati janji , hari tu beberapa bulan yang lepas , saya tinggal di petaling jaya tapi yang pegang keadilan , mereka(keadilan) ade mengesorkan untuk membuat lesen murah , tak silap aku rm 50 . selepas dah bayar pastu dah tunggu beberapa bulan , keadilan tipu kami dan bawa lari duit kami , dah tu pembohong dan bongkak , dulu kami menyesal menyokong keadilan ,. sekarang nak sokong umno .

Anonymous said...

kepala butoh hang , sekarang keadilan pun macam pukimak haram , dah tu janji dengan rakyat selepas dah sokong keadilan langsung keadilan tak menepati janji , hari tu beberapa bulan yang lepas , saya tinggal di petaling jaya tapi yang pegang keadilan , mereka(keadilan) ade mengesorkan untuk membuat lesen murah , tak silap aku rm 50 . selepas dah bayar pastu dah tunggu beberapa bulan , keadilan tipu kami dan bawa lari duit kami , dah tu pembohong dan bongkak , dulu kami menyesal menyokong keadilan ,. sekarang nak sokong umno .

Anonymous said...

kenapa UMNO perlu dipersalahkan??kau ingat senag2 je ke mak dia nak cop dia jdi anak derhaka sbb kena 'brain wash' yg mcm ko ckap tu??apa hujah ko yg katakan UMNO yg jdi penyebab kes ni??aku ckap ni x der berat sebelah...aq x sokong mana2 pihak pon..tpi tetiba pihak yg x bersalah terjebak skali mmg x elok la..sebelum salahkan org lain tengok dri kita dulu..

Anonymous said...

Kita sesama manusia x boleh nk berkata yang bukan2 jahat2 pun manusia juga. Kita sape nak menghukum & mengkritik orang lain. Orang kafir tepuk tangan bila orang melayu berpecah belah. Mrreka menanti peluang nak rebut kuasa. Ysng lebih brkuasa Allah saja. Ysng boleh mrnentuksn buruk baik manusia Allah juga. Bahagian kita belum tentu lagi di mana. Biarkn Allah yang tentukan...

Anonymous said...

x baik korang ckp macam tu...kita semua manusia..berdosa kata mcm tu..fikir dulu sebelum brkata-kata....ingat Tuhan !!

Anonymous said...

hurm! betul tu! ap la. da dia derhaka pd mak nye.. pd siblings un dy kurang ajr. tp mnusia mn yg xwt salah?? smua ad wat slh jgak.. kita ni pun xboleh nk katakn dri ni baik.. sslap thap ksbran kita xkuat, mn la tau sama cam azmin kan.. ppe un bdoa agr kita xtgolong anl duhaka.. xd slh mmne phak pun.. cermin dri sndri.. itu ajr

Anonymous said...

Kita tggu dan lihat jer...balasan Allah itu pasti...klu kisah ni betul...ambil pengajaran...jgn ikut mcm yg dah jadi tu.

Tp aku tetap hangin dgn sape yg salahkan UMNO tu...kelakar pun ada...mmg sah2 la jiwa pembangkang...!! Relaks bro/sis...sok nanti rumah tangga ko kacau bilau pun ko nak salahkan UMNO...huhuhuhu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!