Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, September 8, 2011

GEMPARRR..!!! Suara Pakatan Rakyat "belasah" pemimpin Pakatan Haram..!!!


Berikut adalah artikel yang saya ambil dari portal "Suara Pakatan Rakyat" yang sememangnya pro-Pakatan Haram. Nampaknya, portal itu hampir "fed-up" dengan perangai pemimpin mereka yang sememangnya suka mempolitikkan pelbagai perkara, termasuk kes kematian sebelum-sebelum ini.

Saya kira, sudah sekian lama kami sudah melihat kejengkelan sikap pemimpin Pakatan Haram ini. Apakah "Suara Pakatan Rakyat" baru nampak tentang kejengkelan perangai pemimpin mereka sendiri?

Sila baca artikel dibawah untuk hujah selanjutnya...

Jika kematian Noramfaizul salah penganjur, Kematian peserta Bersih salah siapa?

KENAPA kita harus mempolitikkan kematian? Tidak cukup dengan kematian adik Amirulrasyid, Teoh Beng Hock, Sarbaini dan kemudiannya Baharuddin, seorang peserta Bersih, lalu kini Noramfaizal pula dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

Haus sudah jari ini berpesan kepada para pemimpin politik agar jangan menembak kaki sendiri atau menikam belakang sendiri dengan kenyataan-kenyataan yang membuatkan rakyat curiga, ragu-ragu dan muak dengan Pakatan Rakyat.

Sampai bila kita dapat berpolitik dengan lebih professional? Pemimpin Pakatan Rakyat harus ingat, peranan pembangkang adalah sebagai pengimbang kepada kerajaan bukan menjadi agen memusnahkan negara sendiri.

Dengan kerajaan kini dilihat lemah dan gagal mengambil tindakan atas segala amaran yang dikeluarkan mereka sendiri, pembangkang seharusnya lebih menonjol sebagai alternatif yang baik.

Malangnya ini tidak berlaku kerana Pakatan Rakyat itu sendirilah yang menjadi punca amaran dikeluarkan dan undang-undang diceroboh. Akibatnya, negara menjadi haru-biru, rakyat keliru dan buntu.

Seharusnya kita semua redha dengan pemergian saudara Noramfaizal kerana kita semua sedia maklum akan risiko misi yang disertainya. Allahyarham bukan pergi ke sana untuk bersantai, tetapi untuk berkhidmat di kawasan yang sedia termaklum amat berisiko.

Kerja yang dilakukan oleh Allahyarham, iaitu sebagai wartawan yang membuat liputan di kawasan berisiko bukanlah satu pekerjaan yang asing. Selama ini juga, kita sering terdengar bagaimana wartawan barat ditangkap, diculik, dibunuh atau terbunuh. Namun, tiada pula kedengaran kematian mereka dipolitikkan oleh politikus negara mereka. Ini kerana semua wartawan-wartawan yang menyertai misi merbahaya sedemikian cukup arif akan bahaya yang akan dihadapi mereka serta telah bersedia dari segi mental dan redha kepada suratan takdir. Begitu juga dengan rakan-rakan dan keluarga mereka yang cukup tabah dan memahami niat murni mereka.

Wartawan seperti mereka melakukan tugas tersebut kerana percaya kepada mendedahkan kebenaran, dan mereka cukup tawakkal iaitu berserah kepada nasib dalam menjalankan tugas yang diamanahkan atau dipilih sendiri oleh mereka. Kebanyakan mereka juga tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru atau persediaan keselamatan yang lengkap. Jika mereka tidak sanggup, mereka hanya perlu menarik diri.

Begitulah juga dalam kes Noramfaizal. Oleh itu, tiada siapa harus dipersalahkan dalam pengorbanan yang dilakukannya semata-mata kerana Allah S.W.T. Nampaknya arwah telah dipilih untuk syahid, dan syahidlah takdirnya.

Siapakah kita, sebagai wakil parti politik mahupun keluarga Allahyarham sendiri untuk mempertikai keputusan yang telah dibuat oleh arwah yang sanggup mengambil risiko begitu besar demi membantu sesama manusia? Apakah hak kita untuk menyalahkan orang lain atas keputusan yang dibuat oleh arwah? Apakah kita sudah lupa kepada qada’ dan qadar?

Malulah sedikit kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang saban hari bergadai nyawa di hutan-hutan Amazon atau Afrika serta di kawasan-kawasan bencana peperangan dan sebagainya semata-mata untuk membantu anak-anak yatim dengan menubuhkan sekolah dan menyediakan ubat-ubatan. Mereka ini tidak pernah merungut, tidak pernah menyalahkan sesiapa atas keputusan mereka untuk berbakti kepada manusia semata-mata kerana Tuhan.

Lalu, di manakah kedudukan kita sebagai umat Islam dalam hal ini?

Baru saja satu nyawa terkorban dalam satu misi kemanusiaan, riuh rendah semua orang menuding jari ke sana ke mari seolah-olah menyesal kerana membiarkan rakyat kita berbakti di negara orang. Kita mengambil sikap seolah-olah tidak boleh menerima takdir. Seolah-olah rakyat Malaysia tidak wajar berkorban diri atas satu tugasan murni.

Tidak mungkin mana-mana penganjur mampu menyediakan atau memastikan keadaan 100% selamat kepada para peserta dan sukarelawan ke kawasan berisiko. Jika ingin keadaan 100% selamat, tidak usahlah ke mana-mana, tinggal saja di dalam negara yang aman damai ini. Itupun belum tentu lagi 100% selamat.

Dalam kita mempolitikkan kematian Noramfaizal, penulis ingin bertanya, lupakah kita kepada arwah Baharuddin? Kematian Noramfaizal dikatakan salah penganjur iaitu Kelab Putera 1Malaysia, maka kematian Baharuddin pula salah siapa?

Bukankah Pakatan Rakyat dan Bersih juga yang beria-ia menafi bertanggungjawab ke atas kematian Baharuddin? Sedangkan Bersih adalah penganjur perhimpunan tersebut dan Baharuddin adalah ahli PKR? Kenapa bila terkena hidung sendiri, kita berpaling tetapi bila terkena pada orang lain kita terus menuding? Kenapa suka benar menelan ludah sendiri?

Lebih buruk lagi, kematian Baharuddin dalam keadaan di mana arwah sedang membantu Pakatan Rakyat melakukan huru-hara dalam negara manakala kematian Noramfaizal berlaku dalam pada beliau sedang menjalankan tugas yang mulia.

Justeru, jika pemimpin Pakatan Rakyat terus mempolitikkan kematian Noramfaizal, di manakah kami sebagai blogger, penulis dan penyokong Pakatan Rakyat harus meletak muka? Jangan sampai kami tidak sanggup lagi untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Dengarlah teguran ikhlas kami ini, demi Malaysia yang lebih baik.

1 comment:

Anonymous said...

Apa lagi yang boleh di kata? Cukup ikhlasss!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!