Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, September 5, 2011

Anak Kit Siang celebrate Merdeka di NEGARA ASALnya..!!!

Beberapa hari lepas Malaysiakini memainkan isu pembohongan mengenai so called ‘lawatan’ Perdana Menteri ke Perth Australia dikala rakyat Malaysia sedang menyambut hari kebangsaan yang ke 54.

Hal yang sebenarnya Perdana Menteri menjalankan proses lanjutan penyembuhan pembedahan lutut yang dijalankan beliau pada 1hb Ogos di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumber Jabatan Perdana Menteri sendiri telah mengesahkan berita ini kepada penulis menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan beberapa blog pro kerajaan juga telah membuat pendedahan yang sama sebelum ini.

Australia mempunyai pusat pemulihan kecederaan yang berkaitan dengan sukan seperti yang dialami oleh Perdana Menteri, penulis tidak berminat bercerita panjang mengenai kemudahan yang dimiliki di Australia kerana telah banyak dijelaskan sebelum ini.

Lagipun, Perdana Menteri telah pun memendekkan proses pemulihannya di Australia demi menyambut ketibaan jenazah pejuang negara yang terkorban dalam mengiringi misi bantuan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Allahyarham Noramfaizul.

Perdana Menteri juga seperti orang lain yang perlukan masa untuk berehat, lebih lagi dalam hal yang menyentuh kesihatan beliau.

Lagipun, apa menjadi masalah dengan lawatan pemulihan Perdana Menteri di Australia pada tarikh tersebut pun penulis tidak tahu kerana kita semua maklum sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54 telah ditunda ke 16hb September 2011 bersamaan dengan tarikh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi Perdana Menteri ke-6 pada 2008!!!

Dalam hal ini, yang lebih penting pada penulis ialah tujuan MalaysiaKini menyiarkan berita tersebut. Tak lain tak bukan untuk menafikan semangat patriotik Perdana Menteri, dikala negara sedang kecoh dengan kenyataan pro komunis pemimpin entah nombor berapa dalam Pakatan Rakyat, Mat Sabu.

Seperti diterangkan diatas, sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-54 telah ditunda ke 16hb September, tiada apa kena mengena dengan patriotisme Perdana Menteri atau apa jua maksud yang mungkin terbit lanjutan daripada penerbitan berita tersebut oleh MalaysiaKini.

Dalam masa yang sama berat sebelah Malaysiakini begitu ketara sekali. Malaysiakini tidak pula menjadikan isu mengenai lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke China? Sudahlah satu negara bercakap tentang Mat Sabu ketua komunis baru, Lim Guan Eng pula mengadakan lawatan ke China pada tarikh yang sama dengan tarikh Hari Kemerdekaan ke-54.

Komunis, Mat Sabu, China, Lim Guan Eng, DAP – gabungan yang betul-betul nampak sepadan, mungkin sebab itu MalaysiaKini memilih untuk tidak menyiarkannya.

Apapun alasan disebalik lawatan LGE ke China pada 31hb Ogos, yang jadi persoalan kenapa Malaysiakini tidak pula memainkan isu tersebut di laman web mereka? Bukan satu rahsia bahawa MalaysiaKini adalah portal pro pembangkang walaupun editor mereka bertungkus lumus menafikan perkara tersebut dan masih mempromosikan portal mereka sebagai adil dan saksama (ptuuihh).

Sebaliknya pula mereka cuba mencemar imej Perdana Menteri dengan mempersoalkan lawatan untuk menjalankan proses pemulihan di Perth Australia.

Benarlah kata seorang rakan blogger, Malaysia Kini sudah mendekati tahap sampah seperti Harakah. Dan jika berterusan begini, tidak mustahil bahawa satu hari nanti MalaysiaKini juga akan menerima nasib yang sama dengan Harakah.

Lebih lagi bila sudah ada saingan seperti Malaysian Insider dan Free Malaysia Today yang dilihat lebih berwibawa (dalam konteks pembelit).


Sumber: klik tang ni

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!