Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, August 14, 2011

PERANG MEDIA BERMULA..??? Malaysiakini kena "senggggaaatttt..!!!"


Perghhh..!!! Memang berani web portal baru ni. Baru "setahun jagung", ada hati nak "belasah" Malaysiakini. Setahu aku, portal ni baru je wujud beberapa bulan, kurang setahun tak salah aku. Tapi dah berani "kasi sengggattt!" pada Malaysiakini.

Tapi, korang rasa-rasa, betul tak apa yang dikatakan oleh news portal baru ni? Korang baca sendiri kat bawah ni atau klik kat sini untuk baca terus di portal news online tersebut...

Mismah: Laporan Sinar Bukti Malaysiakini Bohong

Tanpa rasa bersalah, portal berita paling popular di internet, Malaysiakini.com, terus menerus melaporkan berita kontroversi ‘separuh masak’ dan tidak bertanggungjawab untuk disajikan kepada rakyat Malaysia.

Terbaru, Malaysiakini mendakwa terdapat seorang wanita yang dikenali sebagai Mismah, yang hanya mengambil masa kurang empat jam untuk menukar taraf status penduduk tetap (PR) kepada Warganegara Malaysia hingga melayakkannya untuk mengundi pada Pilihanraya Umum (PRU).

Akibat dari laporan itu, Malaysiakini mendabik dada seolah-olah mereka telah membuat ‘scoop’ terhadap berita itu dan lebih berbangga apabila beberapa pemimpin parti politik menggunakan isu tersebut sebagai bahan untuk menghentam Kerajaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Persoalannya, benarkah Mismah itu wujud?

Adakah dia lelaki atau wanita?

Di mana tempat tinggalnya?

Benarkah dia mendapatkan kad pengenalan dan kewarganegaraan dalam tempoh kurang empat jam?

Sayang, Malaysiakini tidak peduli semua itu. Mereka hanya bertindak melaporkan berita yang mereka sendiri tidak tahu akan kebenarannya.

Sebelum ini Mynewshub.my pernah melaporkan pembohongan Malaysiakini mengenai beberapa isu seperti undian mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di The Star Online, di mana kegelojohan Malaysiakini menyiarkan berita undian itu seolah-olah keputusannya menyebelahi perhimpunan itu.

Namun, adalah sangat memalukan untuk Malaysiakini apabila The Star Online telah menarik balik keputusan tersebut kerana mengesyaki keputusan undian di laman webnya itu dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan dan mungkin digodam untuk memenangkan Bersih 2.0.

Sewajarnya, Malaysiakini akan ‘serik’ dengan pendedahan sikap mereka yang tidak beretika itu, namun malangnya portal itu langsung tidak memohon maaf kepada pembacanya mengenai laporan tidak tepat itu.

Berbalik mengenai Mismah, kredit dan pujian sewajarnya diberikan kepada akhbar Sinar Harian yang berjaya menyiasat dan membongkar mengenai siapakah gerangannya individu yang bernama Mismah yang identitinya cuba dimanipulasi oleh Malaysiakini.

Selama seminggu mereka mengharungi pelbagai rintangan dalam misi tersebut demi menjejak Mismah dan difahamkan oleh akbar itu bahawa operasi tersebut hanya dilakukan oleh beberapa orang wartawan wanita sahaja!

Wartawan wanita Sinar Harian itu terpaksa bersusah payah di bulan puasa mencari rumah Mismah dari lorong ke lorong di Desa Coalfields dan akhirnya mereka berjaya menemui rumah, suami serta menantu lelaki Mismah.

Akhirnya penat lelah mereka terbayar apabila mereka menemui Mismah dan mendapatkan cerita sebenar mengenai wanita yang ‘dizalimi’ Malaysiakini itu.

Sinar Harian hari ini mendedahkan bahawa:

  • Mismah pertama kali masuk ke Malaysia secara sah pada tahun 1982 untuk mencari kerja.
  • Mismah pernah bekerja sebagai buruh binaan dengan upah RM6 sehari, selain sebagai tukang masak dan tukang cuci pejabat.
  • Mismah kini berumur 47 tahun, bertemu jodoh dengan suaminya di negara ini dan kini mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan yang semuanya memiliki kad pengenalan biru, serta tiga darinya bekerja sebagai penjawat awam.
  • Mismah memohon taraf PR pada tahun 1982 dan diluluskan pada 17 Julai pada tahun yang sama.
  • Setelah berstatus PR selama 12 tahun (1994), Mismah memohon pula status warganegara dan berjaya diluluskan JPN pada 31 Januari 2011.

Fakta-fakta di atas sepatutnya didedahkan oleh Malaysiakini dan bukan Sinar Harian.

Malah sewajarnya, Malaysiakini patut mengerah wartawannya untuk mencari Mismah dan bukannya wartawan Sinar Harian.

Hasil dari pendedahan Sinar Harian itu, maka terpecahlah tembelang Malaysiakini yang sebelum ini menyatakan bahawa Mismah adalah pengundi hantu dan bertukar status dari PR kepada warganegara dalam tempoh kurang empat jam.

Selain itu, niat jahat Malaysiakini yang cuba memanipulasi identiti individu wajar diambil tindakan undang-undang oleh pihak terbabit seperti JPN, SPR, Kerajaan Malaysia dan Mismah sendiri.

Malaysiakini wajar diberikan pengajaran yang setimpal.

Tidakkah editorial portal itu sedar bahawa tindakan mereka mengejar populariti dengan melaporkan berita kontroversi yang tidak tepat sebegitu mampu menimbulkan pelbagai perkara negatif di negara ini ?

Tidakkah Malaysiakini sedar bahawa berita dan laporan harian mereka itu mampu mencetus ketidak harmonian di kalangan rakyat berbilang bangsa, budaya dan agama di negara ini?

Malaysiakini perlu menghentikan bentuk laporan tersebut atau portal itu akan kehilangan pembacanya sedikit demi sedikit ekoran kesilapan yang mereka sendiri lakukan.

3 comments:

Anonymous said...

What is so great about Malaysiakini?

Kerana mereka fikir portal mereka di baca oleh golongan2 intelek, proffesional dan berinteraksi mengunakan bahasa Inggeris?

Kerana golongan sasaran mereka adalah dari kelas atasan ,maka Msiakini rasa boleh meracuni fikiran golongan ini yang lebih berfikiran terbuka kepada isu2 semasa.

MEREKA SALAH SAMA SEKALI.

whiteorange said...

akhbar Rupert Murdoch tersembam kebumi gara gara tidak mengamalkan etika kewartawanan

Malaysiakini bila lagi hendak disembahkan ke bumi syam mu din ????

misnona said...

apa kurangnya wartawan media perdana di negara kita, mereka amal etika wartawan ke tidak? rasanya NUJ tahu tentang hal ini, dek kerana tidak ikut etika, ada orang penting dalam persatuan terpaksa join grup pembangkang. jelas etika kewartawanan banyak dilanggar oleh wartawan kanan demi perut dan mengampu Pak Jib dan Mak Ros. kita nak tengok akhbar UM tersembab macam The Malay Mail yang tak bernafas. dulu sikit punya hebat...jangan tengok Murdoch, jauh sangat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!