Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, August 19, 2011

Panasss..!!! Pok Nik jual Islam RM1 pada Lim Kit Siang..???!!!

Disaat umat Islam semakin ditekan dan diancam dengan penyebaran dakwah dari golongan kafir, dimanakah suara golongan para cerdik pandai yang mengaku memperjuangkan Islam didalam negara?

Apakah mereka hanya bercakap bila terdapat sesuatu yang menguntungkan mereka, atau mereka diam demi untuk menjaga pihak-pihak yang bersekutu dengan mereka sahaja?

Jika para cerdik pandai yang tak lekang dari serban dan jubah kononnya mahu mengikut sunnah ini memilih untuk diam kerana kepentingan peribadi, SAHlah bahawa mereka adalah dari golongan yang hanya tahu menjual agama.

Kita akui bahawa golongan yang mengaku mereka memperjuangkan agama itu bukannya maksum, tetapi mereka juga pasti bukannya bodoh untuk membezakan diantara perkara yang dituntut oleh agama dan juga perkara yang dikehendaki oleh pihak kafir.

Walau apa sekalipun alasan yang diberikan oleh golongan itu untuk menghalalkan perbuatan mereka, tiada sebarang kemaafan yang dapat diberikan jika mereka menyelewengkan fakta dan juga menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan umat Islam berkenaan dengan permasalahan yang timbul mengenai Islam.

Sebenarnya tidak salah untuk para cerdik pandai agama untuk mengecapi kemewahan dan menjawat jawatan besar didalam parti ataupun pemerintahan negeri mahupun negara. Tetapi ia haruslah diperolehi tanpa menggadaikan perkara yang hak.

Semua ini kerana mereka itu telah diamanahkan tuhan dengan ilmu yang mendalam tentang agama. Mereka juga dianggap sebagai Ulamak ataupun Tok Guru dikalangan para pengikut mereka. Jadi tak wajarlah mereka mempergunakan kelebihan yang dianugerahkan untuk mencari harta dan kuasa dengan mudah.

Tetapi jangan pula seseorang yang digelar Tok Guru atau pun ulamak itu menjadi pembela membuta tuli kepada sesebuah Pakatan mahupun parti. Harus diingat bahawa tiada langsung kompromi didalam agama biarpun terpaksa meninggalkan kapal yang dinaiki bersama hanya kerana demi menegakkan kebenaran.

Jangan pula ditutup kebenaran itu dengan pelbagai putar belit serta manipulasi ayat serta hadis semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sekutu sendiri. Tak ada gunanya mempertahankan perkara mungkar khususnya yang berkaitan dengan aqidah umat semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan politik.

Sebab itu lah sepatutnya kita sebagai rakyat harus tahu membezakan siapakah ulamak sebenar dan juga ulamak yang hanya mencari makan dengan menjual agamanya sendiri. Jangan cepat melabelkan seseorang itu sebagai Tok Guru hanya dengan melihat penampilan luarannya sahaja.

Apa gunanya ilmu yang Allah anugerahkan terhadap Pak Syeikh, Tok Mufti, Ustaz, Tok Guru, Tok Wali dan sebagainya jika ianya digunakan untuk menjaga kepentingan kafir laknatullah sehingga mengenepikan kepentingan umat Islam itu sendiri?

Apakah dengan menjaga parti dan mengejar kuasa politik itu lebih besar dari keutamaan terhadap agama?


Sumber: klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!