Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, August 20, 2011

Panasss..!!!!! Jualan Penghabisan Stok Pembangkang..!!!


Seolah-olah berada dalam minit-minit kecemasan, pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi dalam keadaan kelam kabut dan kehilangan arah.

Malah serangan yang telah dipatahkan dengan begitu nyata seperti isu cincin juga terus dimainkan berulang-ulang gara-gara terlalu kalut dan panik.

Ketakutan mereka ini, mungkin kerana 22 Ogos semakin hampir atau mungkin juga kerana percaya bahawa pilihan raya semakin dekat tidaklah dapat dipastikan.

Kini pembangkang mencuba nasib menyerang kerajaan lagi dengan memainkan isu perlantikan Fact Based Communication (FBC) untuk pembikinan filem dokumentari bertajuk Propaganda Malaysia bagi siaran BBC.

Blog pro-pembangkang tersebut turut memetik minit mesyuarat yang menyatakan bayaran berjumlah RM28,350,000 yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia kepada syarikat tersebut bagi tujuan ini.

Dalam kekalutan, pembangkang nampaknya tidak berfikir panjang sebelum menyerang.

Jika mereka melakukan sedikit penyelidikan mereka pasti akan mendapati bahawa FBC telah dilantik oleh Perdana Menteri terdahulu iaitu Tun Abdullah Badawi.

Dato’ Seri Najib yang mengambil alih jawatan beliau pada 3 April 2009 hanyalah ‘mewarisi’ kontrak yang telah ditandatangani.

Kos menamatkan kontrak adalah jauh lebih tinggi, maka kerajaan mengambil langkah bijak dengan menggunakan khidmat FBC sebaik mungkin.

Lebih dari itu, kontrak lantikan tersebut yang berakhir dalam masa 2 tahun, telah pun tamat kini. Oleh itu secara automatiknya ia tidak lagi menjadi isu.

FBC sebenarnya bukanlah dilantik semata-mata untuk membikin sebuah dokumentari tetapi telah berkhidmat mempromosi Malaysia serta membantu memperbetulkan gambaran serta menaikkan kembali imej Malaysia yang teruk dirosakkan oleh pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim.

FBC menjalankan tugas dengan baik untuk memperomosi Malaysia bukan sahaja melalui BBC, tetapi juga CNBC, AlJazeera dan lain-lain.

Justeru, jumlah RM28.4 juta tersebut tidaklah banyak jika diambilkira kepentingan negara.

Oleh itu pembangkang tidak usahlah merungut berteriak konon kerajaan membazir wang, mengupah Yahudi atau sebagainya kerana jika tidak kerana pengkhianatan mereka yang sering memburuk-burukkan negara sendiri, tentu kerajaan tidak perlu mengeluarkan walau sesen pun untuk tujuan itu.

Tidak ada pembangkang di negara lain yang begitu giat memburukkan negara sendiri sepertimana pembangkang di Malaysia.

Jika kerajaan tidak bertindak memperbaiki nama dan imej Malaysia di mata dunia, tentu Malaysia sudah lama mengalami kemerosotan yang teruk dari segi pelaburan, pelancongan dan sebagainya akibat dari sikap tidak bertanggungjawab dan khianat pihak pembangkang.

Tidak perlu juga pembangkang menyalak-nyalak mengaitkan kerajaan UMNO/BN dengan Yahudi kerana isu itu telah lama selesai dijawab oleh pihak kerajaan dan APCO sendiri yang menafikan penglibatan mereka dengan Israel.

Satu-satunya yang pasti mengenai Yahudi dan hubungannya dengan Malaysia adalah melalui pembangkang secara am dan Anwar Ibrahim secara peribadi.

Hubungan pembangkang/Anwar dengan Yahudi boleh dilihat dengan jelas melalui latarbelakang portal pro-pembangkang tegar iaitu Malaysiakini dan ‘alat penyamaran’ pembangkang iaitu Bersih.

Maria Chin Abdullah yang juga salah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang mengakui BERSIH menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu NDI (National Democratic Institute) dan OSI (Open Society Institute) NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang didalangi Yahudi, dipengerusikan Carl Gershman.

NDI pula dipengerusikan oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Kedua-dua tokoh Yahudi itu mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak pengakhiran tahun 1990-an lagi

Philip Agee, bekas pegawai CIA mendedahkan penubuhan NED adalah tiruan daripada modus operandi CIA. Menurutnya sebelum ini, CIA menyalurkan dana kepada yayasan Kristian Jerman, termasuk KAF (Konrad Adenauer Foundation), namun selepas penubuhan NED, saluran wang CIA dipindahkan dari KAF kepada NED.

Di Malaysia, NED melalui cabang-cabangnya turut memberi bantuan kewangan kepada SUARAM, Malaysiakini, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), SEAPA (Southeast Asian Press Alliance), dan CIJ (Centre for Independent Journalism), selain pernah mengadakan bengkel khas kepada tenaga penggerak BERSIH.

Pada Februari 2001, Far Eastern Economic Review (FEER) mengaitkan Malaysiakini dengan Open Society Fund. Kemudiannya, bekas ketua editor Chon Yen Long membuat satu kenyataan mengejutkan bila mendedahkan Malaysiakini mendapat pembiayaan sejumlah RM188,000 daripada Media Development Lond Fund (MDLF) yang turut dikaitkan dengan George Soros.

MDLF turut menyenaraikan Malaysiakini sebagai klien mereka di serata dunia. BBC melaporkan George Soros telah memberi dana awal sejumlah USD$500,000 kepada Sasa Vucinic (Managing Director MDLF), pada 1995 untuk membantu MDLF menggerakkan media bebas di 17 negara pada awal penubuhannya.

Projek pertama MDLF ialah membantu surat khabar Bratislavan yang beroperasi di Slovakia. Kaitan antara MDLF dan Soros amat jelas iaitu Soros selaku penaja dana awal kepada MDLF.

Ini hanyalah sebahagian kecil atau ringkasan hubungan pembangkang dengan Yahudi. Semua ini bukan lagi rahsia dan hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenainya.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana blogger pembangkang mencuba-cuba menyerang kerajaan dengan mengaitkan kerajaan dengan Yahudi dalam usaha menonjolkan pembangkang sebagai Islamik kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa pembangkang bukan sahaja agen Yahudi tetapi juga penyokong dan pembela agen yang memurtadkan orang Islam.

Kesimpulannya, isu FBC ini jelas ditimbulkan pembangkang kerana sudah ketandusan isu dan idea untuk membelit dan memfitnah. Nampaknya, pembangkang telah benar-benar kehabisan modal dan kini terpaksa membuat jualan penghabisan stok bagi menampung sisa-sisa hidup parti mereka.


Sumber: Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!