Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, August 19, 2011

Panasss..!!! Anwar tak tidur malam menanti 22 Ogos...


Sebenarnya, saya tidak sabar-sabar menunggu tarikh 22 Ogos 2011. Tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi Saiful Bukhari Azlan yang sudah menunggu lebih tiga tahun untuk membawa Anwar dari kandang tertuduh ke kandang saksi bagi disoal peguam dan memberi keterangan kepada Mahkamah.

Tarikh 22 Ogos ini bakal bermulanya pelbagai helah, tipu muslihat, dan konspirasi Anwar serta para peguamnya untuk melepaskan diri dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari. Banyak yang perlu diperjelaskan kepada mahkamah. Dan sudah tentu segala yang diperdengarkan di mahkamah itu akan turut disampaikan ke telinga rakyat.

Sama ada rakyat mahu mempercayai segala yang terbongkar di mahkamah kelak, itu terserah pada mereka. Pada saya, Anwar sudah terhukum seawal pendakwaan kes liwat I pada tahun 1998 lagi. Tiada siapa, meskipun Anwar sendiri mampu menafikan pengesahan mahkamah ketika itu bahawa pengkhianat bangsa ini sememangnya terlibat melakukan aktiviti meliwat.

Namun, itu bukan klimaksnya. Klimaksnya bakal ditentukan di dalam kes Saiful. Saya sendiri teruja untuk mendengar alasan Anwar mengenai bagaimana air maninya boleh diperoleh dari dalam dubur Saiful. Apakah air mani itu dibekalkan Wan Azizah kepada Saiful ketika mereka melakukan hubungan suami isteri dan Saiful memasukkan sendiri air mani itu ke dalam duburnya? Itu hujah Anwar? Rasanya, budak sekolah pun tak dapat terima alasan begitu?

Anwar perlu perjelaskan ayat-ayat yang pernah dilontarkan kepada Saiful seperti “Can I F**k you today?” dan sebagainya. Anwar juga perlu memberitahu asal usul kewujudan kata laluan “Mokhtar!”. Siapa “Mokhtar”? Mokhtar Dahari, kah? Anwa peminat Mokhtar Dahari? Apa rahsia dan signifikannya nama “Mokhtar” sehingga dijadikan kata laluan?

Tentunya 22 Ogos ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta akan dipenuhi dengan pemberita-pemberita dari dalam dan luar negara. Media-media pro-Pakatan Haram seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Harakah Daily, Malaysian Today, Free Malaysian Today dan blogger-blogger mereka akan memenuhi perkarangan mahkamah. Mungkin ketika itu, Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM akan dihimpit ke tepi begitu saja. Maklumlah, kes itu membicarakan “Sivaji”, boss mereka…

Jika di tahun 1998-1999 dahulu, perkarangan mahkamah penuh dengan ribuan penyokong Anwar. Mungkinkah ribuan penyokong itu akan hadir pada perbicaraan kes liwat Anwar kali ini? Dulu Anwar berbalut dileher, dan apakah kali ini Anwar turut akan mengenakan “pakaian rasmi”nya itu untuk ke kandang saksi memberi keterangan lagi? Banyak peristiwa menarik akan terakam pada 22 Ogos ini nanti…

15 Ogos lalu, genaplah 3 tahun Saiful Bukhari bersumpah laknat terhadap Anwar. Walaupun Anwar takut dan enggan menyahut permintaan Saiful untuk bersumpah balas, Saiful teruskan juga sumpah itu dengan sabar. pelbagai tohmahan dilemparkan padanya sepanjang 3 tahun ini. Namun, berkat kesabaran dan istiqamah yang ditunjukkan Saiful, segalanya semakin dipermudahkan Allah padanya…

Saya ingin mengingatkan Saiful bahawa jangan terlalu yakin bahawa Anwar akan disabitkan kesalahan kali ini. Undang-Undang di dunia ini hanyalah ciptaan manusia dan justeru itu sudah tentu banyak pincangnya. Bukankah manusia itu tidak sempurna? Namun, berserahlah kepada Allah. Dialah yang bakal menentukan segalanya. Saiful sudah berusaha menuntut keadilan di dunia, biarlah Pemiliknya yang menentukan…

Namun, sekiranya Anwar berjaya melepaskan diri kali ini, usahlah Saiful lemah semangat atau berkecil hati. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Namun saya yakin dan pasti, sekiranya Anwar terlepas di dunia, insyaAllah, binatang itu tidak akan terlepas di akhirat, di depan Allah kelak. Dia yang Maha Adil, sudah tentu memberikan segala keadilan pada hambanya.

22 Ogos semakin menggamit. Saya tidak pasti sama ada berkesempatan atau tidak untuk ke mahkamah pada hari tersebut. Namun jika diizinkan Allah, pasti saya akan ke sana. Bukan mudah untuk masuk dan mendapat tempat di dalam kamar perbicaraan. Kena datang seawal yang boleh. Pada 8 Ogos lalu, saya terpaksa keluar dari rumah selepas solat subuh untuk memastikan saya tidak tercicir ke mahkamah. Namun, takdir Allah tidak membenarkan saya masuk, apakan daya saya.

Teruja betul menantikan tarikh ini. Sudah tidak lama. Isnin depan ini sahaja. Dan saya yakin, hujung minggu ini, Anwar akan sangat terganggu emosinya. “Bad mood” memanjang! Silap-silap, bertanyakan nak minum air apa pun akan ditengkingnya Kak Wan. Hanya seorang saja yang mampu memujuk hatinya. Siapa lagi kalau bukan isteri Azmin, Shamsidar Taharin!

Sumber: klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!