Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, July 10, 2011

Sabtu, 9 Julai 2011: Tahniah kepada Melayu yang terlibat..!!!

Mangsa ini saya tak tahu apa bangsanya, dia dipijak penyokong sendiri, tapi tuduh polis yang buat...

Semalam, seharian saya bermandi hujan dan hari ini badan saya agak panas, demam agaknya. Dari awal pagi, hinggalah ke lewat petang, saya berada ditengah-tengah kekecohan yang sengaja dicetuskan oleh Pakatan Haram dan penyokong-penyokongnya melalui Ambiga, individu yang entah ke berapa juta yang diperalatkan Anwar demi kepentingan dirinya.

Berbekalkan sebuah kamera “cap ayam”, saya ke sana ke mari melihat Bandaraya Kuala Lumpur yang lumpuh selama 5 jam dihuru-harakan penyokong Bershit 2.0. Bukan Bershit saja, malah saya juga pergi ke Bukit Bintang untuk melihat puak-puak “Patriot”, ciptaan KJ dan Azeez Rempit. Di sana pun agak “kecoh” jugak!

Namun, di tengah-tengah hujan semalam, hati saya agak sedih melihat segala yang berlaku. Apa nak jadi dengan bangsa Melayu, khususnya yang menyokong Pakatan Haram dan Bershit? Majoriti yang hadir di semua kumpulan berhimpun semalam adalah mereka yang berbangsa Melayu. Kaum Cina dan India hanya 5%-10% sahaja.

Melayu semalam membaling batu, kayu dan sebagainya kepada FRU dan pihak polis yang juga berbangsa Melayu. Mereka memaki hamun dan mencarut kepada pihak berkuasa yang juga sebangsa dengan mereka. Mereka mencabar dan enggan mematuhi arahan pihak berkuasa yang juga berbangsa Melayu seperti mereka.

Hasilnya, FRU dan polis yang berbangsa Melayu itulah juga yang mengajar mereka dengan hentakan cota, libasan tongkat rotan dan mereka diheret menaiki trak Black Maria. Melayu kurang ajar itu dikurung seperti haiwan di dalam sangkar. Sedih betul melihat apa yang terjadi kepada Melayu semalam.

Lebih menyedihkan lagi bila mengenang titah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak diendahkan. Baginda Tuanku bertitah supaya jangan diadakan demonstrasi jalanan, tapi mereka-mereka ini tetap degil menderhaka kepada Baginda Tuanku yang menjadi Payung Negara itu.

Tidakkah mereka mengiktiraf DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Keselamatan Tertinggi Negara dan Ketua Tertinggi Agama Islam di negara ini? Ketua sudah bertitah agar jangan buat kacau, tapi mereka buat jugak. Ketua Islam sudah memerintahkan agar jangan huru-harakan ibu negara, mereka tak patuh jugak!

Pada saya, sewajarnya mereka ini ditahan di bawah ISA saja. Tahan selama 5-6 tahun. Biar mereka rasa akibatnya menderhaka kepada Ketua Tertinggi Negara, DYMM Yang DiPertuan Agong.

Cuba bayangkan, mereka membawa ibu, isteri dan anak-anak mereka yang masih bersekolah dan masih menyusu ke sebuah perhimpunan yang sudah pasti akan menjadi huru-hara! Wajarkah tindakan ini? Inikah otak Melayu zaman ini? Sakit hati betul melihat perangai mereka semalam. Macam haram jadah!

Semalam, saya melihat sendiri bagaimana seorang budak berkupiah “hijau putih” dan mencarut kepada seorang salah seorang anggota FRU di tengah-tengah hujan lebat di Jalan Pudu. FRU tu buat tak tahu saja. Tapi bila Bershit merempuh FRU, memang nahas budak tu. Dia kena “hayun” sekali je, terus merangkak! Lepas tu dia diangkut naik trak. Siapa untung, siapa rugi? Siapa sedap, siapa sakit?

Memang saya panas hati melihat apa yang berlaku. Melayu berdepan dengan Melayu, cina pulak sedap-sedap makan nasi ayam kat kedai berhampiran di Petaling Street. Kadang-kadang teringin jugak nak tengok Cina bertempur dengan Cina, Melayu sedap-sedap makan tomyam di Kg. Baru. Tapi rasanya mustahil nak tengok kejadian itu. Cina tidak berperangai begitu, Melayu saja yang bodoh macam tu..!!! “Tahniah” la Melayu semua..

3 comments:

shahanarashahin said...

I think it's important informaton

Anonymous said...

Cepatlah mati. Anwar punya pasal 1Malaysia susah

Anonymous said...

Yang sayang negara tercinta ini, menunggu untok mengucapkan tahziah akan Anuar Ibrahim.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!