Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, July 30, 2011

Peniaga Pulau Pinang cari rezeki hingga terpaksa rasuah coli dan seluar dalam..???


Kesian aku tengok peniaga dan penjaja di Pulau Pinang, dah teruk sangat ditekan oleh rejim Guan Eng. Sampai terpaksa rasuah Guan Eng dan Setpolnya, Ng Wei Aik..??! Sampai kena rasuahkan mereka dengan seluar dalam dan coli bercorak harimau..?!!! Tu dah teruk bhaiiii...

Susahnya mereka mencari sesuap nasi di negeri sendiri bila DAP memerintah. Apatah lagi yang memerintah itu ialah anak lelaki Lim Kit Siang yang terkenal dengan chauvinis, rasis dan ultra-kiasunya.

Itukah yang harus dibayar oleh rakyat setelah memilih Pakatan Haram ini sebagai pemerintah? Aku masih teringat lagi bagaimana Wei Aik ni sita kedai mamak hari tu. Kalau nak sita, sita je la. Yang nak berkurang ajar tu kenapa? Apa mak bapak dia tak ajar sivik ke?

Aku nak tengok, sampai bila rakyat Pulau Pinang boleh tahan sabar dengan Guan Eng, Setpol gila kuasa anti Melayunya, dan semua barisan Pakatan Haram di sana. Aku nak tengok, sampai bila Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di negeri itu boleh bertahan...

Sanggupkah mereka meneruskan Kerajaan "Khalifah" Guan Eng dan terus menjadi "balaci" dan terus merempat di negeri sendiri? Teruskanlah jika mahu Guan Eng menjadi Raja di Pulau Pinang. Aku tak hairan sekiranya Guan Eng akan pisahkan Pulau Pinang untuk menjadi sebuah negara republik seperti yang berlaku pada Singapura! Contoh dah ada...
Lim Guan Eng Terima Hadiah Seluar Dalam, Coli Corak Harimau

GEORGE TOWN, 29 Julai – Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua MenteriPulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

“Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat,” katanya di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.

1 comment:

Anonymous said...

Pangkah lagi la cina.. contoh terdekat pon dah ada dah... singapore.. itu pon nak jugak ada pengalaman cina memerintah..diorang kalo dapat kuasa control industri pon dah xda bgi peluang kat bangsa2 melayu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!