Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, July 14, 2011

Panassss..!!! PAS bisu bila DAP hina Islam dan YDP Agong..!!!


Kita tidak hairan kalau akhbar Harakah langsung tidak melaporkan berita di Sidang DUN Selangor mengenai pengharaman menyebut nama YDP Agong dan Ng Sue Lim membaca hadith.

Kedua-dua insiden ini berakhir dengan Datuk Satim Diman yang mempersoalkan kelayakkan Ng Sue Lim untuk membaca hadis dan kegagalannya menjelaskan kesahihan riwayat hadis berkenaan, dijatuhkan hukuman.

Begitu juga dengan YB Shukor Idrus yang cuba memberi hujah balas terhadap usul yang dibawa oleh Nik Nazmi tentang BERSIH dan menyebut nama YDP Agong, telah juga dihukum.

Kebencian DAP terhadap Melayu/Islam terlalu mendalam dan tidak dapat dibendung lagi sehingga terserlah secara nyata akhir-akhir ini. Baru beberapa minggu lepas, mereka menunjuk kebencian tersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.

Dan ini pula kenyataan bekas PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas, Bayan Baru mengenai sifat chauvinis DAP dalam wawancara dengan AIDC:

“Bila Anwar Ibrahim tak ambil tindakan atas isu-isu ini. Isu Melayu, di mana kita nampak terserlah masalah peniaga-peniaga Melayu, isu-isu agama, majlis perarakan Maulidur Rasul dia kata dibatalkan. Bila kena serang, dia kata tak batal. Ini semua pembohongan.

Jadi bila perkara ini berlaku, Anwar masih tidak mahu menegur ataupun menyerang jauh sekalilah, tapi sepatutnya sebagai rakan kongsi, kita patut serang dia. Dia patut diserang, dikritik dengan teruk supaya dia sedar. Memperingat dia bahawa kita berkongsi kuasa, bukan you seorang yang memerintah.

(Tapi) ini tak berlaku.

Bila kita bawa kepada Anwar, seperti saya kata, ucapan saya diremehkan. Diremehkan dan dia mengatakan bahawa, tak apa, sabar..sabar, kita ada agenda lebih besar, so kita perlu sokongan Guan Eng. Itu yang disebarkan, yang diketengahkan.

Itu saya kata, tindakan saya bila saya serang Guan Eng. Bila saya serang Guan Eng atas tindak-tanduk dia terhadap PKR, terhadap orang Melayu, terhadap agama Islam. Bila saya bawa beberapa kali yang isu-isu di Majlis tempatan dan sebagainya, dia tak endah, saya tegurlah, saya serang.

Tapi bila saya bawa isu ini, bukan saya diminta duduk semeja (untuk) berbincang, tapi (PKR) terus rujuk saya kepada Lembaga Dispilin”.

YB Zahrain telah meninggalkan PKR akibat mula meragui Anwar serta tidak dapat menerima cara ‘perkongsian kuasa’ ala Pakatan Rakyat kerana jelas yang berkuasa hanyalah DAP. .

Selain dari apa yang berlaku yang melibatkan pemimpin atasan, sifat perkauman DAP sememangnya terlalu jelas dalam layanan mereka terhadap rakyat jelata apabila kampung-kampung dan gerai melayu dan india diroboh tanpa banyak bicara tetapi kampung-kampung dan gerai cina tidak pula diganggu. Jika ada cadangan meroboh kampung cina, penduduk kampung akan dibawa berbincang, disediakan peguam dan diberi pertimbangan sebaiknya.

Inilah bayangan hidup sebenar di bawah Pakatan Rakyat. Iaitu dikuasai secara kukubesi oleh DAP. Tidakkah penyokong-penyokong pembangkang melihatnya? Apakah mereka rela, ditindas sedemikian rupa? Suara dikongkong di parlimen, hak untuk mengkritik dan membincangkan isu juga ditutup. Tanah pula dirampas sesuka hati.

Sampai bila penyokong PAS dan PKR akan menyangka bahawa kekejaman DAP hanyalah propaganda politik BN. Sedangkan, ia boleh dilihat dengan jelas, sejelas-jelasnya?

Sumber: klik sini

3 comments:

TMHD said...

Apalah nak diharapkan pada PAS & PKR.Bg mereka,apa saja yg menghalang mereka drpd berkuasa,mesti dimusnahkan hatta Islam itu sendiri.

Mereka akan mempertahankannya dgn kata2 bahawa merekalah pejuang Islam & pembela bangsa Melayu walhal merekalah yg merosakan Islam & Melayu itu secara besar-besaran.Tp hanya kerana kepetahan lidah yg Allah kurniakan & ketaksuban pengikut2 yg merasa diri mereka sebagai bijak kerana 'menentang arus' rakyat kebanyakkan,semua itu diputarbelitkan semhu-mahunya.

Apa yg lebih penting skg,blogers pro kerajaan perlu menggunakan strategi sama yg telah digunapakai oleh Tun M dalam menyemarakkan kebangkitan masyarakat dunia menentang keganasan Israel iaitu dgn mengurangkan'musuh' & menambahkan 'rakan'.Sasaran utama kita adalah utk memahamkan rakyat kebanyakkan tentang kebenaran kita & niat jahat pembangkang.Lebih mudah menjelaskan kebenaran kepada yg mempunyai hati & fikiran terbuka drpd fanatik2 yg merasa diri mereka cerdik itu.Dan yg plg penting,AMAT berbaloi mendapat keyakinan rakyat yg ramai berbanding pemimpin kotor sperti mereka.

Anonymous said...

pemimpin-pemimpin pas sebenarnya merupa orang-orang haram jadah yang sanggup buat apa sahaja janji dapat memerintah. apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah sesat lagi menyesatkan. kopiah dan serban tak tinggal, tetapi hati macam hati syaitan

pakngah santan said...

meayu pas dan pkr berani sesama melayu saja. dengan cina dan india, depa sanggup sembah. kita dapat lihat pemimpin parti mana beriya-iya sakan menggadaikan maruah. pemimpin parti mana yang terhegeh dan terlebih banyak cakap tentang kerjasama antara parti. dap nampak rilek saja.

parti kafir sendiri boleh nampak macamana nak mempergunakan islam untuk memperdaya orang islam sendiri. masih buta lagi ke?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!