Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, July 12, 2011

Panasss..!!! Ustaz Zamri "Mari Mengaji TV9" pun penderhaka jugak yer..!!!


"Assalamualaikum adik-adik semua...apa khabar? Sudah bersedia untuk mengaji hari ini? Hari ni Ustaz nak mengajar macamana nak huru-harakan negara. Kalau adik-adik nak tahu, SPR di negara kita ini tidak bersih dan tidak adil terhadap parti yang Ustaz sokong.

Oleh itu, Ustaz dan adik-adik sekelian, haruslah membuat demonstrasi jalanan untuk mendesak SPR yang tidak adil itu.

Lagipun, 5 buah negeri yang dimenangi oleh parti yang Ustaz sokong membuktikan bahawa SPR tidak adil. Sepatutnya, parti yang Ustaz sokong tu mesti kalah di semua kerusi DUN dan Parlimen. Kalau kalah semua, barulah SPR itu adil dan bersih dalam pilihanraya yang diuruskannya..."

Agaknya, begitulah yang Ustaz Zamri ni ajar kat budak-budak dalam program Mari Mengaji selepas selesai rakaman.

Ustaz, saya sebenarnya tak kisah langsung sama ada ustaz nak sokong mana-mana parti sekali pun. Nak sokong parti Likud kat Israel sinun tu pun saya tak kisah. Saya pun tak kisah kalau Ustaz nak terlibat dalam gesaan untuk menuntut 8 perkara yang Bershit minta tu. Itu pun saya tak kisah sebenarnya...

Tapi kan Ustaz, yang saya kisahkan ialah penyertaan Ustaz dalam menghuru-harakan ibu negara. Yang saya kisahkan ialah sikap Ustaz yang menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong. Yang saya kisahkan ialah cara Ustaz desak tu tak kena langsung dari segi hukum agama Islam!

Ustaz tak dengar ke apa yang Majlis Fatwa dan Mufti-Mufti Kerajaan Negeri katakan mengenai perhimpunan Bershit tu? Ustaz tak dengar ke titah DYMM Yang DiPertuan Agong, DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Pahang, yang melarang rakyat untuk menyertai perhimpunan pimpinan Ambigam itu?

Ustaz, saya fikir, Ustaz sudah tersalah langkah dalam hal ini dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap Ustaz. Ustaz tak malukah menyertai demonstrasi yang melumpuhkan ibu negara dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara, peniaga dan penjaja kecil?

Seperkara lagi, kalau Ustaz berminat sangat nak join Bershit dan menjadi alat mainan politik pembangkang, sila letak jawatan di TV9. Join politik terus. Mintak jawatan dari PAS, PKR atau DAP. Lepas tu bertandinglah di pilihanraya.

Memandangkan Ustaz seolah-olah menyatakan pendirian Ustaz sebagai penyokong dan alat mainan politik Pakatan Haram, maka secara automatik, Ustaz sudah menjadi seteru politik kami semua, para blogger pro-Kerajaan. Saya harap Ustaz jangan kecil hati kalau kami serang Ustaz...biasalah, itukan rencah politikussss...

Tapi walaubagaimanapun kita bermusuh dalam medan politik, saya tetap menganggap Ustaz sebagai saudara seagama saya. Sebenarnya, saya risaukan Ustaz kerana secara tidak sedar, Ustaz telah menyokong seorang yang anti kedaulatan Islam di negara ini kerana menyokong Ambiga. Tentu Ustaz kenal siapa apa latar belakang Ambiga, bukan?

Justeru itu, saya fikir, sebaiknya Ustaz undur diri dari terus menjadi "duri dalam daging" di TV9. Tapi, kalau Ustaz tak malu atau tidak punya rasa malu langsung, Ustaz boleh terus buat muka tembok dan terus berada di Media Prima itu. Saya tidak tahu sama ada Ustaz punya rasa malu atau tidak lagi selepas menyertai Bershit 2.0!

Sumber: myKMU.net

10 comments:

pak jabit kg pisang said...

aku yg tak faham atau ustaz zamri yg tak faham ?

confuse!

Anonymous said...

hilang rasa hormat aku dengan ustaz zambri ni..

ANGGUN said...

mengongnyer hang ni...
semua org suka yg BERSIH, ko n talibarut busuk ke usus jer yg tak suka. suka ati ustaz tu la nak bersama2 berhimpun aman.
mengong!

TOKWAN said...

PAS : PENGIKUT AMBABIGA SHIT

SESAT LAGI MENYESATKAN

USTAZ.....BAIK ENGKO CABUT JE DARI TV9 TU.....TAK RASA BERSALAH KE TERIMA GAJI BULAN2...TP MULUT DAN HATI DUK MENGUTUK....

Anonymous said...

HILANG RASA HORMAT TERHADAP USTAZ ZAMRI

SEMOGA USTAZ2 LAIN TAK TERPENGARUH DGN DAKYAH PEMBANGKANG..

AMIIN...

Anonymous said...

11:56am

Saya pun camtu.Meluat pun dah ada! Pi join si wardina tuh.. pi.

Anonymous said...

ANGUN TUE LAGI BENGGONG..DAH MUFTI CAKAP PERHIMPUNAN TUE HARAM KAN KENAPA PULAK USTAZ ZAMRI NI X FAHAM2.MENENTANG PEMERINTAH TUE DOSA BESAR MAKA UNSTAZ ZAMRI PUN BOLEH DIKATAKAN TELAH MENENTANG PEMERINTAH YG DALAM ISLAM HUKUMNYA PANCUNG SAMPAI MATI(X CAYA BOLEH CEK DALM AL QURAN)...

Anonymous said...

Dia cuma hafal sahaja Al-Quran tu.Tentang kefahaman rasanya tiada,kalau tidak masakan Ambiga dan DAP yang jadi khiblat.Kalau di US,serta merta orang macam ni diberhentikan.Tapi ini Malaysia,dari Isnin sehingga hari ini di tempat kerja aku (kementerian...)majoriti yang buka mulut pasal hari Sabtu lepas rata-rata adalah penyokong Bershit.SPA suka sangat dengan mereka ini.

Anonymous said...

dalam Islam mmg la berdosa kalau menentang pemimpin atau pemerintah. tapi tu kalau pemimpin atau pemerintah sesebuah negara tu betul2 mengamalkan Islam. mslhnye pemimpin negara kita ni betul2 mengamalkan ajaran Islam ke??

tepuk dada, tanye iman masing2.

aku said...

antara Islam ngan Melayu, soalan mana ditanya dalam kubur kelak? Pemimpin yang adil. Siapa Ambiga, semua orang tahu. Tetapi pnah x korang dengar sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud musuh yang bertitlekan Islam tetapi merosakan agama secara terangan harus dihapuskan sebelum berperang dengan orang2 kafir?

Sistem pentadbiran Islam better daripada sistem demokrasi skarang.
Dalam Islam, Mahkamah & Polis xkenal lah dia tu pembesar ke, rakyat biasa ke, asal bersalah, mesti dihukum. DEMOKRASI?? Menteri bleh pecat Hakim..bleh pilih mane suke dia. Adil gitu?

Kalau nk kejar dunia untuk kesenangan, Allah akan bg dunia je lah. Kalau kejar dunia untuk Akhirat, maka Akhirat lah dapat. Kalau rasa dah jelas salah mana2 pihak x kira mana2 parti pun..tinggal2kan..
Pilih...
Antara Akhirat atau dunia?
Antara Islam atau Melayu?
Hang ada pertimbangan kan... bagi sy, Melayu tu xde ape yg boleh di gahkan. xkemana pun sdara..merempit, dadah, maksiat...Melayulah no.1..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!